Sahabat Alam Maya

Tuesday, May 31, 2011

Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Dari Pekan Ke Putrajaya


Pagi tadi semasa nak pergi kerja terserempak dengan ekspedisi berbasikal ini. Punyalah jem jalan sebab time tu sekali dengan orang semua pakat nak pergi kerja. Jadi lambatlah sikit masuk office hari ini.

110 sertai ekspedisi berbasikal 1Malaysia


2011/05/31

SEBAHAGIAN peserta melalui Jalan Kuantan-Gambang pada Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya.
SEBAHAGIAN peserta melalui Jalan Kuantan-Gambang pada Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya.
PEKAN: Seramai 110 peserta terdiri daripada penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah Pekan menyertai Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya yang bermula di pekarangan rumah Datuk Sri Najib Razak, di sini, semalam. 

Ekspedisi sejauh 322 kilometer itu akan berakhir Khamis ini, adalah sebagai simbolik kepada perjalanan politik Perdana Menteri yang bermula sebagai Ahli Parlimen Pekan dan kini memikul tugas sebagai Perdana Menteri.
Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata program itu bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara UMP dengan SMK Tengku Abdullah Pekan seterusnya merealisasikan konsep 1Malaysia di kalangan generasi muda.


“Di lokasi hentian sepanjang perjalanan, peserta akan mengedarkan risalah gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang dalam usaha menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya menjaga kesihatan. 

“Kemuncak kepada ekspedisi ini ialah peserta akan berpeluang melawat Putrajaya seterusnya menyertai program bersama Perdana Menteri pada 2 Jun,” katanya selepas Majlis Pelepasan Ekspedisi Berbasikal yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail. Turut hadir, Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Pegawai Tanah dan Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali. 

Ibrahim berkata, penganjuran ekspedisi itu diharap dapat melahirkan belia yang mempunyai jati diri terpuji seterusnya berdisiplin, kuat fizikal dan mental. 

“Masa depan negara terletak di bahu golongan belia, mereka menjadi penentu kepada hala tuju kemajuan seterusnya kemakmuran yang diimpikan,” katanya. 
Peserta Wan Noor Izzati Wan Ahmad, 21, menganggapnya pemilihannya sebagai hadiah bermakna kerana berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri nanti. 

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan Perdana Menteri, peluang terbaik itu meningkatkan lagi semangat mengayuh basikal menempuh pelbagai cabaran terutama dalam keadaan cuaca panas. 

“Saya ingin buktikan wanita mempunyai daya tahan dan semangat kental mengharungi cabaran dan halangan untuk mencapai impian,” katanya yang kini belajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. 

Credit : Berita harian

Tayang Baju Baru

Budak berdua ni nak tayang baju baru diaorang ni... comel tak? Ini kesinambungan dari entry INI


Yasmin puas suruh tgk camera dia buat dek je



Baju ni agak besar sikit buat budak berdua ni sebab memang munna order yg besar satu size dari  size sebenar jadi lama sikit boleh pakai 

Monday, May 30, 2011

Blogspot Ni Buat Hal Lagi


Bencinya.... korang ada masalah dengan blogspot tak macam munna. Dari malam tadi munna tak boleh buka dashboard munna... macam gambar kat atas tu je yg keluar. Kalau nak buka blog atau nak komen blog kawan-kawan semua, munna kena buka dengan taip address blog munna. tak boleh melalui dashboard. Yang tak bestnya, nak tahu siapa yang update blog pun tak boleh nak tgk komen pun susah. Hai lah blogspot apasal kau kena penyakit lagi.... 

Rasa Macam Dah Raya Pula

 Kebelakangan ini asyik citer pasal persiapan nak raya je kan. Baru-baru ini mertua munna tebang pokok kelapa kat belakang rumah diaorang jadi ada daun pucuk kelapa untuk buat sarung ketupat. Kebetulan SIL munna balik kampung jadi dia pun buat lah ketupat. En. abang munna pula buat ayam masak merah untuk di makan bersama ketupat.


Bila makan ketupat dengan kuah kacang feeling macam hari raya pula rasanya. Sarung ketupat tu semuanya SIL munna yang anyam. Munna cuba nak anyam tapi asyik tak menjadi je...

Saturday, May 28, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu Kesembilan

Layan Video Maharaja Lawak Minggu Kesembilan

Kedudukan Undian Peserta


Kumpulan R2 dan Sathiya


Kumpulan Balas dan Bell Ngasri


Kumpulan Sepah dan AR Badul


Nabil dan Sharifah Shahira


Kumpulan Jozan dan Kenchana Devi


Kumpulan Jambu dan Along SweetChild


Penyingkiran kumpulan Balas

Balas Di Tersingkir Dalam Maharaja Lawak Minggu Kesembilan


Giliran kumpulan Balas disingkirkan dari Maharaja Lawak untuk minggu kesembilan ini. Memang dah agak diaorang akan tersingkir minggu ini. Kali ini lawak pilihan munna ialah kumpulan Sepah, Jambu dan Jozan. Bergandingan dengan pelawak-pelawak tempatan yang lain memang lawak jadinya. Satu kelainan bila buat macam tu memang bertambah lawak jadinya.

Friday, May 27, 2011

Rezeki Dari Bos Lagi

Banyak baik hati bos munna ni. Katanya dia terserempak ada orang jual jagung murah, dia borong 10 ikat. Seikat dia bagi munna. Ada dalam 7 ketul besar-besar semuanya. 


Nak buat apalah dengan jagung ni


Munna rebus semuanya. Bila dah masak, time panas-panas tu sapukan planta ..pergh.. terbaekkk dari ladang jagung ni. 

Thursday, May 26, 2011

Terpengaruh Dengan Heart Of Mine Punya Pasal


Gara-gara  tengok tuan punya blog Heart Of Mine tu shopping sakan pyjamas ini. Munna pun dah tersangkut sekali. Sangat puas hati dengan layanan tauke kedai ni harga pun antara yang termurah rasanya. Kalau berkenan singgah lah ke Kidz Booth ye.

Hari Ini 4 Tahun Yang Lalu

Pejam celik dah 4 tahun munna bersama membina rumahtangga dengan en. abang. Alhamdulillah setakat ni semuanya bejalan lancar dan amat bersyukur di kurniakan suami yang cukup sayangkan munna dan anak-anak.





Munna harap ikatan perkahwinan ini semakin teguh dan sentiasa di sulami dengan kasih sayang antara kami berdua selamanya.

Happy Anniversary Abang

Wednesday, May 25, 2011

Benci Tahap Gaban Dah Ni

Dah dua hari masuk hari ini...
 dah banyak kali munna call suctomer service center diaorang 
tapi  sampai sekarang tak elok juga lagi.
 Memang naik hangin rasanya kalau macam ini.

Pelik betullah rasanya dalam tahun ni dah 2 kali ada masalah kabel Telekom kat rumah munna. Jangankan nak connect streamyx nak buat call out pun tak boleh.
Katanya masalah teknikal kat kabel tiang rumah tapi tak nampak pun technician Telekom datang repair. 
Selagi tak elok talian telefon kat rumah munna ..tiap-tiap jam munna akan call Telekom.


Tapau Nasi Air Aje Hari Ini


Ini jelah untuk santapan tengahari hari ini. Bukan pasal berdiet tapi pasal dah jemu dan tak tahu nak makan apa utk lunch hari ini.  Bila hari2 makan kat luar jadi bosan juga kan. Nasi air ini pun dah mengenyangkan. 

Tuesday, May 24, 2011

Alhamdulillah..Yasmin Kembali Ceria .. Nak Kena Botak Rambut Budak Ini

Kan dah kata .. Yasmin ni suba sangat kalau orang ambil gambar dia. Mesti sengih tunjuk gigi dia yg besar dan jarang tu. Hai semua!... Yasmin dah sihat.. takde bintik-bintik merah dan cirit birit lagi. Sekarang ni sesi berphoto gediks dengan Yasmin


Gambar close up... 


Gambar tayang gigi macam selalu


Kelakar pula ummi tengok bila yasmin sikat rambut macam tu. Dah setahun lebih tapi rambut yasmin tak panjang-panjang juga. Nenek dia suruh munna cukur je rambut Yasmin supaya tumbuh yang baru lagi lebat dan lawa katanya. Tapi munna pula tak sanggup rasanya .. dah ler nak dekat raya.. di buatnya tak tumbuh menjelang raya nanti mesti tak comel Yasmin pakai baju kurung dengan dress nanti.

Ole-Ole Dari Vietnam

Last week boss munna ke Vietnam berjalan-jalan katanya. Yang bestnya munna dapat ole-ole dari boss. Thanks boss ... terima kasih daun keladi...kalau pergi jenjalan lagi jangan lupa ole-ole nanti.


Ini kain pasang sutera vietnam. Kain ni berbau wangi dan kita boleh jahit tak kira manasatu yang belah luar atau dalam .


Macam tahu-tahu je munna minat kumpul FM sekarang ni. Boss bagi juga sepasang FM yang kiut miut ni... thanks sekali lagi boss

Monday, May 23, 2011

Yasmin dan Roti Sapu Nutella

Lepas saja di serang cherry berry  dan gatal-gatal sebab allergi hari itu. Alhamdulillah sekarang ni Yasmin dah kembali ceria selera makan pun dah bertambah baik. Munna perasan sekarang Yasmin suka sangat makan roti yang di sapu dengan nutella. Sekeping tu dia boleh habiskan sekejap je.. 



Comot dah anak ummi dengan nutella. Kehulu kehilir membawa sepotong roti yang di sapu nutella. Bila kakkak meya nak ambil dari tangan dia..menangis dan menjerit dengan sekuat hatinya 


Tapi tak boleh selalu makan nutella ni..manis sangat rasanya. Alamak posing maut lah Yasmin ni...

Al-Fatihah Buat Mangsa Korban Tragedi Tanah Runtuh Di Madrasah Al-Taqwa


Lihatlah wajah ceria dan gembira mereka .. begitu tenang dan damai di hati melihat kegembiraan mereka. Gambar ini diambil sebelum kejadian tanah runtuh yang telah meragut sebahagian nyawa penghuni Madrasah ini. Mari kita sedekahkan Al-Fatihan buat yang telah pergi dan doakan yang cedera agar lekas sembuh 

Jom Makan Buah Ciku



Sedapnya buah ciku ini.. simpan dalam fridge sekejap .. lepas tu baru makan..memang sedappp... Buah ciku ini dapat dari ruamh MIL munna. Itupun buah yang akhir lepas ni tak merasa dah buah ciku ni sebab pokok ciku di rumah MIL munna dah di tebang kerana pokok ni dah tua dan besar sangat sampai kena  atap dapur  rumah MIL. Nampaknya kalau nak makan buah ciku lepas ni kena beli lah jawabnya... tapi susah nak jumpa buah ini sekarang .......

Sunday, May 22, 2011

Langsir Pun Nak Kena Tukar Untuk Raya Ini


Kebetulan pergi Nilai 3 baru-baru ini, munna pun belilah kain langsir untuk tukar langsir lama kat rumah yang dah 2 tahun tak tukar yang baru. Kat sana macam-macam pattern terbaru ada, cakap je nak pattern macam mana semuanya ada. Nak suruh jahit sekali pun boleh .. 1 jam dah siap.


Tengok tu macam-macam pattern dan sytle yang ada...  tinggal pilih je nak design macamana. 


En. Abang yang pening nak pilih yang mana satu. Dekat sini memang kena pusing satu Nilai baru kita akan dapat harga yang murah. Munna dekat 7 kedai langsir pergi baru jumpa satu kedai yang baru di buka dan sedang buah promosi pembukaan kedai. Jadi dari harga RM 12.90 semeter dari kedai lain, kat sini munna dapat harga untuk RM 7.80 semeter.

Saturday, May 21, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Di Hulu Langat

Hari ini satu lagi berita sedih yang kita terima tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat telah menimbuskan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa. Setakat ini dipercayai seramai 24 orang yatim yang tertimbus. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan yang tertimbus akan segera ditemui.


24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat


2011/05/21

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.


Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki. 

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. 
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA 












Credit to Berita harian dan Bardbahtiar

Shopping Sakan Di Nilai 3

Minggu lepas munna dan adik ipar munna ke Nilai 3 untuk mencari barang-barang kelengkapan untuk kenduri kahwin adik ipar munna pada bulan November nanti. Memang seronok shopping kat sini sebab semuanya ada .


Tengok penuh kat belakang kereta dengan barang-barang dia.


Bila guna MPV rasa sempit pula sebab takde bonet kena pandai susung barang barulah muat semuanya. Banyak juga yang adik ipar munna borong hari iti..ada kain pasang untuk baju sedondon family, kain langsir, cadar, bunga telur, dan paper bag.


Paper bag warna dark purple sebab thema dia warna tu. Ini baru 500 je paper bags tak cukup lagi rasanya, nak kena pergi Nilai lagi nampak gayanya.

Video Maharaja Lawak Minggu Kelapan

NABIL


JAMBU


R2


MAN


JOZAN


BALAS


SEPAH


PENYINGKIRAN

Man Pula Tersingkir Dalam Maharaja Lawak Minggu Kelapan

Seperti sudah di duga minggu ini giliran Man pula disingkirkan. Man yang merupakan juara Raja Lawak musim kelima nampaknya sudah dapat mengagak dia yang akan disingkirkan minggu ini. R2 yang baru di undi masuk malam tadi tidak mengecewakan. Malam tadi persembahan lawak yang munna suka ialah kumpulan Sepah dan Jambu. Dua kumpulan ini memang konsisten tiap-tiap minggu. menyampah betul dengan sikap Nabil.. buat main-main je masa penyingkiran di lakukan. Eloknya dia di undi keluar minggu depan. Minggu depan juri dah bagi tugasan yang peserta Maharaja Lawak akan berganding dengan artis lain minggu depan. Pasti menarik minggu depan

Friday, May 20, 2011

R2 Di Undi Masuk Ke Dalam Maharaja Lawak

Memang munna dah agak yang kumpulan R2 akan di undi masuk ke dalam Maharaja Lawak untuk minggu kelapan ni. Banyak juga undi yang R2 dapat dari undian di Facebook. Tak sabar nak tunggu R2 buat persembahan. Oklah nak layan Maharaja Lawak dulu... nanti munna update lagi ye

Hujan Sikit Aje Pun Nak Merajuk

Malam kelmarin hujan turun kat Temerloh ini. Hujan rahmat betul bila dah panas terik di siang hari bila Allah turunkan hujan memang bahagia rasanya sejuk sikit malam tu, tidur pun sedap aje ... 

Tapi yang buat munna naik angin ialah siaran ASTRO yang kejap-kejap ada, kejap-kejap hilang macam biskut. Kalau hujan tu turun dengan lebatnya dan lama  bolehlah kan nak marah tiada siaran tapi ini hujan  yang lebatnya sekejap je lepas tu dan renyai-renyai siaran masih lagi takde. Terbantut nak tengok program Bersamamu malam tu. Dah lah tu lama pulak tu.. Kenapalah takde ke resolusi yang terbaik pihak ASTRO dapat berikan untuk menyelesaikan masalah ini.. rasanya bayaran bulanan diaorang pun dah naik patutnya tingkatkanlah lagi mutu perkhidmatan ASTRO.

Malam ni jangan buat hal lagi sudah lah.. tengok kat luar awan mendung hitam dah mula nak berkumpul tu.. Nanti kalau hujan nanti tak dapat nak tengok Imam Muda dan Maharaja Lawak malam nanti. Ulangan ada.. tapi macam tak best bila tak tengok live time tu juga....

Dah Tempah Baju Raya Ke?

 Bulan 5 pun dah nak sampai hujung bulan.. tak lama je lagi nak raya. Dah jahit atau tempah baju untuk raya ke? Munna baru je tempah semalam.. tiap-tiap tahun munna mmg akan beli kain dan terus jahit di kedai Rosmart... memang rasa selesa dan sesuai je baju yang dia buatkan. 


Ini baru sepasang je.. ada lagi kain sutera yang beli di Kelantan yang belum  hantar untuk di jahit ..sepasang lagi baru je dapat sutera Vietnam dari bos munna yang pergi ke Vietnam hujung minggu yang lalu... jadilah 3 pasang je baju kurung tahun ini..

Thursday, May 19, 2011

Al-Fatihah Buat Blogger Telor Dibasuh

Munna baru je dapat berita mengenai pemergian seorang lagi blogger kembali ke Rahmatullah. Rasanya ramai rakan-rakan yang pernah singgah ke blog arwah iaitu Telor Dibasuh. Mari kita sedekahkan Al- Fatihah buat arwah.


Sayang Selalu Kalau Macam Ini



Baru je lafaz sayang dia dah bagi hadiah baru lagi...agaknya kalau selalu ucapkan sayang... sokmo lah dapat hadiah ye...thanks Nuffnang.....

Selasa yang lalu dah dapat satu BE baru..tengok hari ini Nuffnang bagi lagi 2 BE baru

Tukar Syiling Baru

Sebelum ini syiling rumah mak munna cuma guna syiling plywood yang biasa je. Di sebabkan zaman dah maju dan syiling lama pun dah teruk sangat jadi parents munna tukar kepada syiling kapur pula.
Siapa-siapa area Temerloh yang nak tukar syiling rumah mereka boleh hubungi munna ye... munna kasi kawtim dengan kontraktor tu...


ini rupa masa belum pasang kawah telur kat tengah-tengah tu..


Perlukan 4 orang yang kena pegang sebab berat sungguh kawah tu...


Ini rupa yang dah siap pasang... tapi ini belum siap lagi... belum cat dan kipas pun belum pasang lagi...

Disebabkan mak munna tak upah orang utuk mengecat syiling tu.. anak menantu dia bergilir-gikir siapkan cat syiling ni...

Wednesday, May 18, 2011

Bila Yasmin Moody


Biasanya pantang nampak kamera mesti sengih lebar anak dara munna ni. Tapi tak tahu mengapa dia moody sangat 2-3 hari lepas. Tengoklah menangis sesungguhnya bila munna ambil gambar dia... siap garu-garu lagi kepala dia.. ini kes dia kena serang bintik-bintik merah di badan...pergi jumpa doktor dia kata anak munna allergi... tapi tak tahu allergi dengan apa...


Gambar ini dah sengih sikit.. ini masa munna pergi harijadi anak sepupu munna hari ahad yang lalu. Di sebabkan Yasmin moody hari tu tak sempat nak ambil gambar masa jamuan tu...

Ini FM Dari Alin Marlini


Ini FM  munna terima dari Alin Marlini sebab menang di antara yang bertuah dari Giveaway yang dia anjurkan. Munna terima FM ni minggu lepas lagi, baru sepat nak update.Thanks Alin .. nampaknya bertambah lagi koleksi FM munna. 

Tuesday, May 17, 2011

Sayang Nuffnang Laju-Laju Dan Ketat-Ketat


Alhamdulillah setakat ini ...Nuffnang selalu bagi munna BE baru lah... tak putus-putus. Bila ada je Be yang dah jadi ME. Esok lusa mesti Nuffnang gantikan dengan BE yang baru. Kalau macam ni memang munna sayanglah dengan Nuffnang ni... 

Monday, May 16, 2011

Gara-Gara Ini Lebih 1 Jam Baru Sampai Rumah


Memang kalau ada je accident automatik jalan akan jammed. Balik kerja hari ini atas jambatan Temerloh ada  kemalangan membabitkan 3 kereta ..ini kes langgar  cium belakang kereta lah ni...yang lori sondol waja..waja pula sondol belakang iswara.. yang teruk mestilah waja sebab di tengah-tengah.

Yang tak bestnya orang lain yang terperangkap dalam jammed..bayangkan biasanya jalan balik ke rumah munna cuma dalam 15 minit je tapi sebab accident ini dah jadi 1 jam lebih.. ini semua gara-gara pemandu lain sibuk perlahankan kenderaan masing-masing sebab nak tengok kemalangan ini. 

Kebetulan kemalangan ini terjadi atas jambatan yang sempit dah tu pemandu yang terlibat dlm kemalangan pula sibuk bertikam lidah jadi lambat lah diaorang alihkan kereta ke tepi jalan..dah ada polis barulah sibuk-sibuk nak alihkan kenderaan mereka.

Puding Tauhu Yang Nyaman Rasanya




Menjadi juga puding tauhu yang munna nak buat ini akhirnya. Memang sedap makan puding ini sejuk-sejuk bila cuaca panas sekarang ini. Puding ini ada rupa ala-ala tau fu fah dan lembut je ... bila je makan nyaman je rasa tekak ni. Siapa-siapa yang nak mencuba bawah ini munna bagi resepi ye....  




PUDING TAUHU Oleh kak nor67

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat 
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan



Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit cocktai)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:

Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.


Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan letakkan laici/fruit coktail dan kuah atasnya.

Saturday, May 14, 2011

Nak Buat Puding Tauhu Ini

Puding_tauhu_2

Pic credit Google

Plan hari esok nak buat puding tauhu ni . Kebetulan ada makan-makan dengan family sempena hari ibu jadi munna ingat nak buat puding yang best ni... kalau menjadi nanti munna buat entry pasal puding ni ye... kalau takde ..jawabnya tak menjadi lah ... Sebelum ini dah pernah buat .. tapi dah lama...  takut tak menjadi pula nanti... Ok lah... nak keluar ni ... nak pergi beli bahan2 untuk buat puding ni...

Video Maharaja Lawak Minggu Ketujuh

SEPAH


AMIR


NABIL


JAMBU


BALAS


JOZAN


MAN


PENYINGKIRAN

Amir Tersingkir Dari Maharaja Lawak Minggu Ketujuh


Minggu ini Amir tersingkir dari Maharaja Lawak malam tadi. Penyingkiran Amir memang dah di duga.... persembahan dia memang mengecewakan semalam. Minggu ini bertemakan silent comedy bagi munna yabg terbaik ialah Jambu dan Sepah. 

Thursday, May 12, 2011

FM Dari Cik Mot Pula


Cantik tak?. Fridge magnet dari  Sarawak ni munna dapat dari Cik Mot sebab menang simple Giveaway yang beliau anjurkan. FM ni munna terima hari Selasa baru-baru ini. Mula-mula cuak juga takut FM ni tak sampai sebab dah lebih seminggu baru sampai FM ni pada munna. Thanks Cik Mot.

From Bandung With Love

Ececeh.. tajuk macam dalam majalah kartun Gila-Gila lah pulak... pernah baca majalah komik tu tak? From Taiping With Love tapi versi munna From Bandung ye.


Sebenarnya nak tayang buah tangan yang munna dapat dari Madam Azian masa dia datang bertandang ke rumah mak munna masa birthday Yasmin dulu. Sini ye kalau nak baca citer pasal tu.  Sebenarnya Madam Azian ni baru balik dari honeymoon dari Bandung jadi adalah ole-ole dari dia. Thanks Azian kak munna suka sangat lagi-lagi FM tu.

Wednesday, May 11, 2011

Resepi Kek Ala-Ala Pandan Layer


Nampaknya ramai yang bertanya pasal resepi kek ini. Jadi munna pun risik-risik lah kat en. abang apa dia resepi yang dia gunakan. Rupanya dia pun google je resepi kek itu. Siapa-siapa yang nak resepi tu KLIK SINI je lah.
Related Posts with Thumbnails