Sahabat Alam Maya

Monday, May 16, 2011

Puding Tauhu Yang Nyaman Rasanya




Menjadi juga puding tauhu yang munna nak buat ini akhirnya. Memang sedap makan puding ini sejuk-sejuk bila cuaca panas sekarang ini. Puding ini ada rupa ala-ala tau fu fah dan lembut je ... bila je makan nyaman je rasa tekak ni. Siapa-siapa yang nak mencuba bawah ini munna bagi resepi ye....  




PUDING TAUHU Oleh kak nor67

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat 
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan



Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit cocktai)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:

Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.


Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan letakkan laici/fruit coktail dan kuah atasnya.

21 comments:

  1. ayie copy tau resepi nie..ank suh umi bt..nak try gitu..nk suh kak muna anta lmbt lh nampak yer..hehe

    ReplyDelete
  2. sedap eh munna? kc suka buat agar-agar. cepat, senang dan murah. hihi

    ReplyDelete
  3. 1st time saya dengar ada puding tauhu ni

    ReplyDelete
  4. kak munna, terasa2 kat tekak ni agar2 tauhu tu, hehehe...

    ReplyDelete
  5. Wahh!! nampak pun dah tau sedap dan dah rasa sejuk nyaman ha..
    Tp cheq kena berpantang dulu..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kakak baca dua-tiga kali cara nak buat Munna sebab macam sejuk dan lembutnya terasa di tekak....

    ReplyDelete
  7. kak munna meh la anta sikit puding tue , amne tau dnegan makan puding kak munna boleh hilang sikit rasa kesedihan ini..

    p/s:http://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/blog-di-tutup-sinar-raudah-akan-bersara.html

    ReplyDelete
  8. mnarik gak bleh lah buat time raya nnti heheh.
    ingatkn ltak tauhu tadi ;D

    ReplyDelete
  9. ingatkan taufu fah td.......atas tu laici ek...perghh dpt bayangkan nyaman je masuk tekak

    ReplyDelete
  10. senang je buatnya.nanti bolehlah cik ina cuba. cuaca panas ni sedap je masuk tekak.

    ReplyDelete
  11. PANAS2 MMG SEDAP MKN NI..LETAK DLM PETI AIS DULU.. ADA MASA BLH TRY

    ReplyDelete
  12. kak...
    mmg nampak mcm tau fu fa....addeh...ntah bila leh buat ....huhuhu....

    ReplyDelete
  13. aduhh munna .. sejukk tetiba tekak akak nie .. adehhh bak mai semangkuk huhuhu

    ReplyDelete
  14. puding tauhu? kenapa saya tak pernah dgr sebelum ni?

    ReplyDelete
  15. tengok gambar pun dah rasa nyaman munna.. semalam akak buat puding roti resepi dari internet.. Alhamdulillah menjadi..

    ReplyDelete
  16. tengoh lapo paling sedap makan, tak toleh mana dah!

    ReplyDelete
  17. lebih kurang cam puding laici dangdut.. hehe

    ReplyDelete
  18. wah! baru tengok pun dah rasa sejuk tekak munna...

    nanti bila rajin nak cuba, sekarang malasss...hahahah

    ReplyDelete
  19. la..igt guna tauhu..kalu guna tauhu..akak xmkn..
    rupa2nya guna laici..mmg la sejuk tekak ni..hehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails