Sahabat Alam Maya

Monday, October 31, 2011

Tempahan Pertama Apam Dot Dot

Ada yang terpenyek dlm bekas ni

Baru berani nak ambil tempahan buat apam dot dot ni. Ini boss munna yang minta buatkan apam ni untuk jamuan sekolah anak dia.


Sebekas ni dapat 50 biji... boss munna tempat 100 biji. Alhamdulillah boss kata kawan-kawan anak dia suka sangat. TQ boss... lain kali bolehlah tempah lagi.

Hujung bulan ni pun ada tempahan lagi..untuk majlis kahwin. 20/11/11 pula nak buat lagi apam ni sponsor untuk adik ipar munna yang akan berkahwin.

Friday, October 28, 2011

Maharaja Lawak Mega Bermula Malam Ini


Nampaknya tiap-tiap malam hari Jumaat munna akan terpaku depan tv tengok Maharaja Lawak Mega. Rancangan ini menggabungkan pelawak-pelawak dari 3 buah negara Malaysia, Indonesia dan Singapura. Jangan lupa ye malam ini

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah... Naik Satu Tangga Lagi

Syukur Alhamdulillah..... hari ini naik lagi umur munna satu tangga. Dah 31 tahun rupanya ...rasa mcm baru je semalam munna ni dilahirkan... Cepatnya masa berlalu .... Terima kasih pada Allah kerana panjangkan usia munna dan dapat menikmati hidup ini dengan keluarga munna yang sangat munna sayangi. Pada teman-teman yang menitipkan ucapan buat munna... terima kasih munna ucapkan. Sesungguhnya munna sayangkan kamu semua.

Monday, October 24, 2011

Berjimba-jimba Dengan Family

Hari ini di Pahang cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. Jadi hari ni nak berjimba-jimba dengan family tapi tak tahu nak buat apa lagi. Tengok cuaca baik elok juga kalau pergi mandi manda. Oklah apa-apa pun nanti munna citer ye.

p/s : Doakan blogger Amy Syaquena dari Sinar Raudah agar lekas sembuh dari demam denggi yang agak kritis

Saturday, October 22, 2011

MasterChef Malaysia Bermula Malam Ini

contestant

Tak sabar nak tengok rancangan realiti memasak ni. Sebelum ni memang munna suka tengok MasterChef Australia dan Junior MasterChef di Star World. Rancangan ini akan bermula pada 9.00 mlm Sabtu hingga Rabu. 40peserta akan diuji kepandaian mereka dalam menyediakan hidangan pada episod pertama malam ini.

Friday, October 21, 2011

Apakah Ibu Negara Israel...






Sumber : Facebook

Bekas Pemimpin Libya Muammar Gadaffi Mati Di Tembak

Semalam berita mengatakan bekas pemimpin Libya Muammar Gadaffi telah mati ditembak. Seorang lagi musuh ketat Amerika Syarikat dah di bunuh nampaknya makin berkuasalah Amerika lepas ni.


Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarka Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.
IMEJ yang dirakam melalui telefon kamera menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripoli, hari ini. -
Menteri PeneranganLibya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya….Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.
Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.
Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.
Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.
Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. – APAS


Gambar Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi terbunuh

Thursday, October 20, 2011

Dah Takde

Sedihnya ... 2 BE munna dah jadi ME. Sekarang dah takde BE langsung kat blog munna. Nak cash out pun tak cukup lagi...ada beberapa ringit lagi nak cukup RM 50.

Yang tak bestnya time UV munna dah maintain dan update sokmo masa tu lah BE semua lari . Nanti bila dah jarang update dan UV pun dah suam-suam kuku je masa tu mulalah berduyun-duyun BE masuk. Itu yang tak syoknya.

Sempat Lagi Diaorang Berphotoshoot

Hari tu masa pergi ke rumah blogger Azian sempat lagi anak-anak buah munna ni berphotoshoot kat sana . Layan jelah.. ini pun pakai camera kompak munna yg dah nak condem tu..











suka tengok diaorang bergembira

Wednesday, October 19, 2011

WW : Bilahlah Nak Petik Sendiri

WW : Renungkan

Tuesday, October 18, 2011

Patutlah... Pergi Ke Spam Semuanya


Pelik juga munna rasa ..selama ni kalau munna komen kat blog Ardini Humaira mesti Dini akan komen balik entry munna. Tetapi rasanya dah lama dia tak komen...ingatkan dah sombong. Rupa-rupanya semua komen dari Dini dah masuk ke kotak Spam ..patutlah. Nasib baik tergerak hati nak check tadi....  ada juga beberapa komen dari bloggers yang lain dah masuk Spam. Nampaknya kenalah selalu check kat kotak Spam tu takut ada komen2 dari kawan yang termasuk ke sana

Video Budak Perempuan 2 Tahun Di Gilis Kenderaan Di China Dan Di Biarkan Begitu Saja Oleh Orang Ramai

Sayu hati munna melihat video budak yang dilanggar oleh van di China. Pemandu dah lah langgar budak tu lepas tu dia buat macam tak tahu dan langgar sekali lagi. Dibiar macam tu aje orang lain yang lalu lalang kat situ pun buat tak tahu je. Memang tak berperikemanusaan betul. Nasib baik akhirnya ada yang membantu. Berita terkini tadi mengatakan pemandu yang melanggar budak yang malang tu dah di tahan polis..harapnya dia dikenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada orang lain. 

Munna bagi link je lah ye tak sanggup nak tayang video tu kat sini... mesti nangis munna nanti

Monday, October 17, 2011

Yang Mana Satu

Ingatkan nak layan citer Jepun tapi tak jadilah pulak... tetap nak layan Kdrama gak. Tengah nak pilih antara 2 drama ini

 
 My Fair Lady

Munna suka sebab ada heroin Yoon Eun Hye


Secret Garden

Ini pula sebab ada hero Hyun Bin yg  memang munna minat sejak tengok dia berlakon dalam My Lovely Samsoon. Cerita ini Diana Senyum-Senyum yang rekomenkan. Survey dulu lah...

Sunday, October 16, 2011

Dah Habis Tengok 54 Episod


Hari tu munna ada citer kan yang munna tengah gigih nak menghabiskan tengok drama korea Jewel in the palace ni secara online. Akhirnya habis juga 54 episod itupun ada yg munna forwardkan mana2 scene yg tak mendebarkan.

Lepas ni plan nak tengok drama jepun pulak... ingat nak tengok Beautiful Life. Antara citer jepun yang munna suka lagi-lagi sebab ada Takuya Kimura dalam drama ini.



Friday, October 14, 2011

Cer Citer Ke Rumah Blogger Azian

Dah lama juga citer pasal ni. Cuma munna je tak sempat nak cer citer kat sini. Sebenarnya dah lama planning nak beraya ke rumah blogger Azian tapi ada saja halangan di kedua-dua pihak. Akhirnya dah habis bulan raya baru dapat berjumpa. Ini bukan kali pertama Munna berjumpa dengan Azian... sebelum ni  dah jumpa masa birthday Yasmin hari tu


Sampai je ke rumah Azian dah terhidang atas meja mee goreng ala lasih sayang dan soto. Munna dan family makan sampai kenyang hari tu....

 
Perut dah kenyang dengan soto dan mee  Azian keluarkan pula pizza homemade dia yg panas baru je keluar dari oven. Makan lagi... kenyang lagi....


Akhir sekali kek marble chocolate cheese ni pula Azian hidangkan ..kenyang lagi...


Kek ni memang munna request dengan Azian. Memang sedap kek ni mak munna yang kurang suka makan kek pun kata kek ni sedap. Thanks pada Azian sebab sudi buatkan kek ni untuk kak munna


Last sekali mestilah sesi bergambar kan. Inilah blogger  Azian yang ramah tamah dan pandai memasak. Azian pun ada kedai online tau... menjual baju-baju anak di Baju Branded Kanak-Kanak

Thursday, October 13, 2011

Maharaja Lawak Gabungkan 47 Otai Pelawak Dari 3 Negara

Tengok dalam iklan kat Astro macam best je Maharaja Lawak Mega ni. Lagi-lagi ia menggabung pelawak-pelawak dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Akan mula bersiaran di Astro Warna pada 28 Oktober ini. 


Info Lanjut DISINI


Wednesday, October 12, 2011

Drama Jiwa & Lara Tak Boleh Tak Tengok


Sekarang ini.. munna dah tertambat dengan drama ni. Setiap malam selasa hingga khamis mesti setia tengok drama ni. Suka tengok Aaron Aziz dalam cerita ni walaupun dia jahat sangat.



Macam Ini Agaknya

Tuesday, October 11, 2011

Ahli Mesyuarat Tingkap Sedang Mesyuarat


Punyalah kecoh bila budak2 ni berkumpul. Ummi2 diaorang yang pening kepala.Tapi yang jadi kepalanya kakak meya lah.. pergi rumah orang dia pulak yang lebih2. 

Friday, October 7, 2011

Belanjawan 2012... Harapnya Menggembirakan Semua Pihak


Perdana Menteri kita akan membentangkan belanjawan negara petang ni. Harap-harap bajet kali ini akan menggembirakan semua pihak. Semoga apa yang di war-warkan sebelum ni menjadi kenyataan. 

Thursday, October 6, 2011

Baru Jumpa Kuih Beko Kat Sini

Selalunya kalau munna balik kampung en. abang di Kelantan munna mesti cari kuih ni. Memang munna suka sangat makan . Kalau ada yg balik ke sana mesti pesan belikan kuih ni buat munna.


Rupa-rupanya tak payah jalan jauh sampai kat Kelantan kat area rumah munna ni ada yang jual kuih ni panas-panas. 
RM 2 untuk 4 ketul... kalau kat Kelantan warna hijau sikit.

Wednesday, October 5, 2011

WW : Percubaan Pertama


Homemade Pizza

Agak hangus sikit...tapi puas hati berjaya juga buat sendiri

p/s : tgk tarikh pada kamera ..sila abaikan ye

Monday, October 3, 2011

Campak Bayi Dari Tingkat Atas ...Tergamaknya Kamu Wahai Ibu

Berita yang munna dengar tadi di Buletin Utama memang buat rasa sedih , marah, geram dan bercampur baur semuanya. Sanggup ibu kandung yang berusia 19 tahun campak anak sendiri. Ya Allah...apalah dosa bayi tu... Itulah kerana dosa sendiri anak yang tak berdosa jadi mangsa.... Masa buat dosa tak ingat tu semua ....Al-Fatihah buat baby yang tak berdosa 

Layan Citer Korea Jewel In The Palace


Walaupun dah pernah tengok cerita ni...tapi masih tak jemu munna ulang tengok cerita ni. Rasanya ni kali ketiga munna tengok cerita ni. Kali ni tengok online dekat Maadu je sebab original dvd cerita ni ada yang pinjam tapi tak tahu nak pulang balik.


Gara-gara cerita ni lah munna gilakan kdrama. Suka tengok adengan masak2 dalam cerita ni.

Baru habis tengok 3 eps ada lagi 50 eps nak khatam citer ni....

Sunday, October 2, 2011

Nak Jumpa Blogger

InsyaALLAH... kalau tak ada aral melintang munna dah plan nak jumpa blogger petang ni... Dah lama plan tapi asyik ada halangan je. Nanti munna citer ye

Saturday, October 1, 2011

Majlis Pernikahan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub

Alhamdulillah..... selamat sudah Nabil menjadi suami kepada Nazirah. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya....





Sama cantik dan sama padan....

Related Posts with Thumbnails