Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Aiskrim Baba Di Rantau Panjang

Hujung minggu yang lalu munna sekeluarga balik ke Kelantan. Kebetulan Mek en. abang nak balik ke sana jadi kitaorang hantarkan sambil jalan-jalan kesana. 

Kalau balik ke Kelantan wajib ke Rantau Panjang cari barang-barang sikit di sana. Kali ini munna rembat periuk kukus size 44cm dan toto je. 

Satu lagi yang wajib dibeli di sana ialah aikrim baba ni... memang tercari-cari aiskrim ni kalau ke sana. 


Kakak Meya sedang menikmati aiskrim baba ...pilihan dia dalam aiskrim tu cuma pulut dan jagung je.


Pilihan mana yang berkenan dan nak tambah apa pun tapi harga tetap sama RM2 untuk secawan tu.


Pilihan munna ... semuanya munna isi kat dalam tu dan dgn extra kacang... memang sedap!!

Thursday, October 6, 2011

Baru Jumpa Kuih Beko Kat Sini

Selalunya kalau munna balik kampung en. abang di Kelantan munna mesti cari kuih ni. Memang munna suka sangat makan . Kalau ada yg balik ke sana mesti pesan belikan kuih ni buat munna.


Rupa-rupanya tak payah jalan jauh sampai kat Kelantan kat area rumah munna ni ada yang jual kuih ni panas-panas. 
RM 2 untuk 4 ketul... kalau kat Kelantan warna hijau sikit.

Tuesday, April 12, 2011

Tanda Kenangan Dari Terengganu

Kalau dah pergi bercuti-cuti, mestilah beli tanda kenangan kan. Ini je yang sempat munna beli sebagai tanda kenangan di Terengganu.


 Fridge magnet yang comel. Sejak dua menjak ni minat pula kumpul FM ni.  Mesti beli kalau pergi mana2 atau nampak orang jual FM yg comel2. 


Keychain penyu sebab Terengganu kan trademark dia penyu....yang kecil tu Kakak Meya yang pilih yang besar tu untuk adik Yasmin.

Thursday, April 7, 2011

Satar Terbaik Setakat Ini Yang Munna Pernah Rasa

Pernah makan satar tak?. Munna kalau nampak je ada yang jual satar ni memang comfirm beli. Rupanya satar ini makanan tradisional orang Terengganu rupanya.
Kebetulan masa beli keropok lekor ada jual satar di situ. Apalagi borong sampai RM 20 makan ramai-ramai kat situ. Tengah-tengah panas lagi sedap rasanya. Lama juga menunggu untuk dapatkan satar ni sebab ramai sangat dah beratur untuk beli satar ni. Dekat 1/2 jam menunggu baru dapat.
Alhamdulillah tak rugi dan penat rasanya menunggu sebab satar ni memang sedap dan terbaik setakat ini yang munna pernah makan.

Meh munna bagi sikit info pasal satar ni :-

 Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.


Inilah rupanya yang baru siap di bakar


Ini rupa kat dalam bungkusan daun pisang


En. abang sedang menunggu satar masak


Ini dia Satar 97 di jual di Marang .. memang terbaekkk...


panas-panas lagi ini

Jadi kalau pergi ke Marang jangan lupa singgah beli Satar 97 ni ye...

Wednesday, April 6, 2011

Keropok Lekor Dari Marang

Sepanjang perjalanan balik ke Pahang munna lalui kawasan pantai. Seronok je menghirup udara nyaman di tepi pantai. Melihat laut buat hati jadi tenang dan damai tapi menjejakkan kaki pun kat pantai sebab hujan. Kalau ke Terengganu memang tak sah kalau tak beli keropok lekor. Cadangnya nak beli dekat Kemaman sebab keropok kat sana khabarnya sedap tetapi takut sampai di Kemaman hari dah gelap dan kedai pun tutup jadi kami singgah je di Marang untuk beli keropok lekor.


Sempat ambil gambar Majlis Daerah Marang buat kenangan


Singgah di sini unutk beli keropok lekor


Ini dia keropok lekor yang munna beli sebungkus RM 5 beli 3 bungkus 


Ini rupanya bila di buka dalam pembalut tu... keropok lekor kat sana pendek-pendek aje, kalau di sini panjang-panjang. Rasa dia pun oklah boleh tahan tapi tak sesedap yang di Kemaman kata BIL munna.


Dari Kelantan Ke Kuala Terengganu

Cerita Kelantan tak habis lagi ye... sorry kalau dah ada yang menyampah. 

Balik ke Pahang memang munna plan tak nak lalu ikut Gua Musang - Jerantut kali ini. Alternatif yang lain ialah melalui jalan Terengganu dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur untuk ke Temerloh. Alang-alang dah sampai Terengganu kami ambil kesempatan untuk singgah sebentar di Pasar Payang untuk cuci mata dan menghabiskan baki duit yang mana ada.


Sutera yang memikat mata dan hati munna, tapi harga dia sangatlah mahal. Jauh bezanya dengan sutera yang munna beli dekat Kelantan walaupun design dia lebih kurang je. Mungkin beza pada kain sutera yang digunakan agaknya. 


Munna rembat 2 helai kain batik je kat sini dan beberapa cenderahati seperti key chain dan fridge magnet untuk kenangan 


Kakak meya yang keletihan menunggu ummi dia tengah pilih kain batik kat sini


Yasmin dan abah sempat lagi posing.

Ingatkan lepas tu nak pergi Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam tapi hujan turun dengan lebatnya terpaksa batalkan niat ke situ dan terus bergerak pulang ke Pahang

Friday, April 1, 2011

Rantau Panjang.... Destinasi Seterusnya

Hari kedua di Kelantan , lepas je Pasar Siti Khatijah kami sekeluarga terus bergerak ke Rantau Panjang. Sepanjang perjalanan memang kagum melihat rumah-rumah banglo orang kelantan semuanya cantik-cantik dan besar-besar pula. Bila tanya kat BIL Munna dia kata kat sini harga bahan binaan murah sedikit dan upah pun agak murah dari tempat lain tu yang pakat buat rumah besar-besar agaknya.

Rantau Panjang memang munna pergi punya kalau pergi ke Kelantan. Tak pernah jemu walaupun barang yang di jual boleh je beli di tempat lain. Cuma dekat sini adalah kawasan bebas cukai jadi barang-barang yang di jual agak murah dari harga di luar.


 Baju 2 pasang sorang untuk budak berdua tu murah je ni RM 5 sehelai untuk Yasmin dan RM 8 untuk kakak Meya. Munna juga beli jersi Harimau Malaya 2 pasang untuk anak buah munna dan beli 2 toto Narita dengan harga RM 35. 


Ikan bilis perasa tom yam memang sedap. Kalau pergi ke sini memang munna beli dekat akak tu sorang je. Sebab dia jual yang baru kalau yang orang lain takut yang dah lama.Munna beli ini 2 kilo harga dia sekilo untuk RM 18 lepas tu pack balik sikit2 untuk bagi dekat member opis dan jiran


Biji gajus ini munna beli 2 paket sepaket RM 10 aje memang murah ler. Kalau orang kelantan panggil biji tereh. Mula2 dulu tak tahupun apa dia biji terer ni tapi bila en abang tuntuk buah ni dekat tempat yang nama Ketereh baru tahu rupanya Ketereh tu gajus.

Itu je yang munna beli kat Rantau Panjang kalau mak munna macam2 macam dia beli ada pengukus, plus nasi, toto dan set mangkuk Vision. Kakak munna yang paling banyak shopping kat sini dekat rm 1,000 dia habiskan untuk beli set pinggan Vantage kat sini.

Thursday, March 31, 2011

Nyenyaknya Budak Berdua Ini Tidur

 Ini diaorang tidur dalam kereta on the way nak ke Rantau Panjang. Lepas ni kita cerita pasal Rantau Panjang pula ye... Ke uoals semua dah muntah hijau dengan cerita munna pasal Kelantan ni...sorry ye



Seronok je tengok diaorang tido... takde masalah lagi yang nak di pikirkan. Tenang dan damai di hati bila tengok wajah anak2 kita. Semoga anak-anak munna dilindungi oleh ALLAH selalu.

Pertama Kali Makan Nasi Tumpang

Masa jalan-jalan di Pasar Khatijah nampak makanan yang menarik ini. Area Temerloh memang takde orang jual ni. Nama dia nasi tumpang. Sebungkus makcik tu jual RM 2. Munna borong sampai 7 bungkus sebab semuanya nak merasa makan nasi tumpang ni

  Ini dia nasi tumpang yang munna beli di Pasar Khatijah

 Ini pula rupa dalam nasi tumpang. Gambar ini munna google je sebab yg munna punya tak sepat nak posing dah habis kena ngapsebab sedap sangat


Gambar ini lebih kurang sama dengan yang munna beli

Ini info berkenaan dengan Nasi Tumpang

Latar Belakang Sejarah :
Nasi tumpang merupakan makanan yang terkenal di negeri pantai timur khususnya di negeri Kelantan. Nasi yang digunakan agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu nasi tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang akan turun ke laut.

sumber


Wednesday, March 30, 2011

Jalan-Jalan Di Pasar Khatijah

Hari kedua di Kelantan, munna dan keluarga bercadang ke Rantau Panjang. Tapi pagi tu singgah dulu ke Pasar Khatijah yang popular tu. Tapi nampaknya dah tak meriah di pasar ni... bau pun kurang enak di sini. Jadi jalan-jalan kamu mata saja di sini.


permandangan dari atas ...memang kaum wanita je majoriti yang jadi penjual di pasar ini



Murah-murah je makanan yang di jual di pasar ni, bewarna warni pula . Makanan mmg wajib di beli... lagi2 yang takdedi jual kat tempat munna. 


keropok yang berbagai jenis... tapi munna tak beli sebab bercadang nak beli keropok di Terengganu je bila balik nanti. Teruskan perjalanan ke Rantau Panjang pula selepas ini.


Munna Pergi Ke Rumah Agam Tu Sebenarnya....

Munna datang ke rumah cantik ni sebenarnya untuk

Dan sebenarnya nak 

>

>

>

>

>

>

>

beli serunding  ni aje.ha..


Officemate  munna pesan suruh beli serunding di Kelantan. Tanya BIL kat mana ada jual serunding yang sedap...  sekali dia terus bawa ke sini. Dah pernah lalu sebelum ini kat depan rumah ni tak tahu pula rumah ni tauke serunding & dodol yang punya... ingatkan hotel mula-mula tu


Alang-alang munna beli juga dodol dan gelembung buaya dari rumah agam tu


Ini pula serunding daging ... yang bungkus besar tu daging fresh yang kecil pula daging import , harga pun banyak beza....

Sempat juga bertanya kepada pekerja yang membuat dodol di situ dalam rumah agam ni ada lebih kurang 60 bilik dan didiami oleh keluarga Hjh. Wan Sabariah  dan seluruh ahli keluarganya.

Rumah agam ni dah pernah masuk KOSMO tau . Klik sini untuk baca.

Sayangnya masa ni batteri camera munna dah kong... tak dapat nak ambil gambar sekitar rumah ini. Nasib baik camera kakak munna ada...  sempat juga mengabadikan kenangan di situ. Tapi tak sempat lagi nak upload gambar dari kakak munna ..asyik lupa je nak minta. Nanti kalau dah dapat copy gambar tu dari kakak ... munna share dengan uoals semua ye.

p/s : Ingatkan yang warna emas kat dinding rumah agam tu cat je...  rupanya memang tembaga betul tuan rumah tu letak kat rumah dia...

Tuesday, March 29, 2011

Cantik Tak? Apa Yang Munna Buat Kat Rumah Agam Ini ?


Cantikkan rumah agam ini. First time munna lalu depan rumah ni memang kagum betul. Selalunya kalau pergi Rantau Panjang lalu je. Tapi kali ni BIL munna ajak singgah dulu kat sini. Agak-agak apa yang munna buat kat sini. Rasanya bloggers dari Kelantan memang dah tahu kan?

Ini Aje Yang Munna Beli

Memang kalau dah pergi Wakaf Che Yeh macam rasa nak pergi lagi ke sana. Macam-macam ada di situ . Ini je yang munna beli di sana.


Kain sutera jacquard sepasang ... ada blink2 kat kain sutera ni... puas dah tawar menawar harga dia akhirnya dapat RM 210 sepasang kedai lain semuanya bagi harga dalam RM230 paling murah. 


Jumlah semua sekali munna bayar untuk 3 helai kain sutera ini termasuk mak dan kakak munna punya sekali. Adik yang jual tu kata nanti kalau munna beli lagi kain dari kedai diorang kalau tunjukkan resit ni diaorang boleh bagi diskaun. 


Tudung pula munna borong dalam 10 helai untuk munna cuma 3 helai je... yang lain tu munna beli untuk MIL, SIL, kakak dan adik munna. Kain pasang Viscose pun munna beli juga untuk anak2 buah munna, memang murah lah kat sini. Kalau pergi ke Kelantan memang munna syorkan ke sini...

Ke Wakaf Che Yeh

Kalau ke Kelantan tak singgah ke Wakaf Che Yeh memang tak sah. Malam tu sampai je di rumak BIL, berehat sekejap, mandi manda, solat dan makan malam kami  terus ke  Wakaf Che Yeh. 

Sebelum tu posing dulu dengan budak berdua ni

Seronok betul malam tu munna ronda-ronda di Wakaf Che Yeh banyak kain murah-murah di jual di situ ada yg 2 pasang RM 50 ada yg 4 pasang RM 50. Tudung pun murah2 kat sini, memang berbeza dengan harga yang di jual di Temerloh..selisih sampai RM 15 - RM 20 harga sehelai tudung kat sini. Kalau ambil kodi lagi murah.

Kedai kain batik sutera semuanya munna masuk nak cari harga yang terbaik boleh dapat. Akhirnya jumpa juga yang jual paling murah di antara kedai-kedai yang ada di situ.

Yasmin yang sentiasa ceria ..nasib baik abah dia  dukung dia sepanjang malam tu... nak bawa stroller mmg tak dapat nak gerak rasanya ... ramai sangat orang malam tu...

P/s : kejap lagi munna citer apa yang munna borong masa di Wakaf Che Yeh

Monday, March 28, 2011

Sungai Yu... Bukannya Lubuk Yu

Nampaknya ramai yang dah confuse pasal Sungai Yu yang  munna ceritakan sebelum ini. Kebanyakan confuse antara Sungai Yu dan Lubuk Yu yang glamour gara-gara ada virus kencing tikus hari tu. Tempat yang munna singgah masa nak pergi Kelantan hari tu ialah Sungai Yu yang terletak dalam daerah Kuala Lipis . Manakala Lubuk Yu pula berada di daerah Maran. Ini sedikit info tentang Hentian Rekreasi Sungai Yu.


Rekreasi Sungai Yu

  • Taman Rekreasi Sungai Yu di Mukim Batu Yon dan ianya  terletak di tepi Lebuhraya Timur-Barat.
  • Aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan  ini seperti berkelah  dan  mandi-manda.
  • Air sungai yang mengalir jernih dan bersih.
  • Beberapa kemudahan ada disediakan di kawasan ini seperti surau tandas, tong sampah, gazebo dan sebagainya
 
Rekreasi Sungai Yu Rekreasi Sungai Yu

Kalau siapa-siapa nak ke Kelantan melalui jalan Kuala Lipis - Gua Musang singgahlah di sini dulu untuk merehatkan badan.

sumber ..Portal Majlis Daerah Kuala Lipis

Singgah Di Sungai Yu Dulu

Dalam perjalanan ..perut dah mula bergendang tandanya dah lapar. Kebetulan mak munna bawa bekal hari tu jadi kami singgah dulu di Taman Rekreasi Sungai Yu untuk isi perut yang dh mula berkeroncong sebab lapar. Nasib baik tak ramai orang jadi senang cari tempat port nak makan

Walaupun menu hari tu cuma rendang ayam dengan sambal ikan bilis campur kacang tanah, semuanya berselera makan... bertambah semuanya..makan pula kat tepi sungai yang nyaman suasana

Puan rumah yang makan dalam tupperware saja.. pinggan dah tak cukup... nak tunggu diaorang habis makan perut dah lapar.. bedal jelah dalam tupperware pun


En. abang munna..menunjukkan dia makan sikit je... padahal itu yang dah second round punya

Wahai perigi airnya biru, tempat bermain pari dan mambang, izinkan aku merayu ibu,..
.macam nyanyi lagu dalam cerita bawang merah bawang putih gayanya dah

Ini tukang masak hari tu..mak munna memang pakar masak rendang ni... sokmo je org jemput masak kenduri. Dah siap makan budak-budak sibuk nak mandi tapi sebab nak gerak dah.. kalau mandi karang lambat pula sampai ke Kelantan.
Related Posts with Thumbnails