Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Makan-Makan Di Kemaman Kopitiam

Ini kali pertama munna makan kat sini. Selalunya kalau kopitiam munna suka makan di Old Town White Coffee. Tapi sebab kopitiam ni baru buka kat Star Mall ni.... kitaorg cubalah makan kat sini... rasanya bolehlah .....


Garlic bread kesukaan kakak meya 


Makan cicah dengan mushroom soup...memang ngam.


Set nasi lemak kukus dengan rendang daging....


Chicken chop.... 

     

3 layer tea.... air feveret munna.

Rasanya makanan kat sini takdelah sesedap mana ...bolehlah .... 

Thursday, February 14, 2013

Pemanas Badan

Dah lama tak berblog ... rindu rasanya... ni entry pemanas badan.... layan gambar masakan munna sepanjang cuti ni...






Tuesday, January 29, 2013

Ikan Siakap Stim Kali Pertama

Ini first time munna masak ikan siakap stim... selalunya makan kat kedai je. Saja nak mencuba alhamdulillah menjadi.


Inilah rupanya..... hirup kuah tu tengah panas-panas sedapnya.


Lauk sampingan ... daging goreng kunyit


Sup sayur campur untuk 2 orang puteri munna.... meya kalau ada kentang memang dia suka .... habis kentang tu je yang dia pilih makan.

Patin stim asam boi pun sedap juga.... lepas ni nak cuba resepi tu pulak... jemu juga asyik masak patin tempoyak je....

Friday, November 30, 2012

Durian Crepe Punya Cerita

Semalam munna ada buat entry pasal durian crepe ni kan. Munna buat sendiri je durian crepe tu, lepas mengkaji resepi dan cara-cara membuatnya kat blog kawan-kawan. Kebetulan ada banyak durian yang en abang bawa balik dari kampung jadi terhasillah durian crepe ni. Itupun percubaan kali kedua baru berjaya buat durian crepe yang cantik dan comel-comel


Crepe yang belum di balut dgn whipping cream dan isi durian.


Proses membungkus sedang dijalankan


Inilah hasilnya.... licin je permukaan kulit crepe tu


Setelah dingap separuh.... keratan rentas durian crepe munna


Ini hasil percubaan pertama... tengoklah tak lawa dan besar gedabak...

Patutlah durian crepe ni jadi fenomena sekarang ni... memang sedap rupanya terutama buat orang-orang yang memang peminat durian tegar macam munna ni.

Monday, November 26, 2012

Sepanjang Minggu Lepas







Antara yang dan selamat di hadamkan dalam perut munna


Kak meya yang jadi peneman munna untuk 2 minggu ini di ofis sebab nenek dia pergi Sabah.. jadi takde yang jaga kenalah angkut ke ofis hari2.


Friday, November 23, 2012

Alahai.... Nasi Arab Dah Habis


Semalam teringin nak mencuba  makan nasi arab kat restoran Al-Miftah. Sekali sampai kat sana pekerja dia kata nasi arab dah habis yang tinggal cuma nasi panggang je. Nasi arab kena tunggu lagi 20 minit, munna malas nak tunggu order je lah nasi panggang. Alahai tak merasa lagi makan nasi arab.

Thursday, November 1, 2012

Perghhhh... Sejuk-Sejuk Pun Layan


Dah berkira-kira malam ni nak pergi Mentakab Star Mall... nak makan kat McD. Menu kat atas ni mesti munna order nanti... memang suka sangat McFlurry di McD

Menu Balik Kampung

Sempena Raya Aidiladha yang lalu munna ada sediakan buah tangan untuk di bawa balik kampung en abang munna. Selalunya memang ada juga buat biskut tapi tahun ni mmg takde buat kuih langsung jadinya sediakan je lah  puding karamel dan chocolate cheese marble untuk makan-makan kat rumah mertua nanti. 

Sepatutnya raya ni beraya di rumah mak munna tapi disebabkan tahun ni adik beradik en abang munna  ramai yang tak balik jadi kami sekeluarga ambil keputusan beraya di sana. Kesian tok mek dan tok ayah sunyi je di pagi raya nanti... jadi kami yang dekat ni bolehlah balik kesana. Lagipun dekat je. 


Puding Karamel ni tok ayah suka sangat


Chocolate cheese marble dan jadi kek wajib buat sekarang ni... semuanya suka


Dua-duanya munna buat dua bahagian ...  satu untuk rumah mertua dan satu lagi untuk rumah mak munna ... barulah adil namanya



Wednesday, October 31, 2012

Imej Baru Yasmin

Sebab dah mencucuk mata rambut depan yasmin tu jadi nenek dia cantas lah kasi kemas sikit.




Hasil cantasan nenek yang tak sekata... ada panjang pendek.... 


Layan makan di Marrybrown.... habis licin semuanya

Tuesday, October 30, 2012

Bihun Singapore dan Secawan Kopi


Sarapan pagi ini.... bihun singapore


Kena dengan secawan kopi pekat.... perghhhh.....

Dah sarapan ke semua?

Tuesday, October 16, 2012

Makanan Jepun Pun Meya Suka

Kakak meya ni ...apa2 pun semuanya dia suka. Sejak ada Shushi King kat Mentakab Star Mall ni selalu juga munna makan di sini. Kakak meya memang suka makan pulut jadi memang lajulah dia makan shushi.




Sedapnya air teh jepun ni.... lagi2 yang panas


Set peri-peri chicken pilihan munna




Tokoyaki ..... memang suka sangat ...munna pilih octopus


Pilihan en. abang


En. abang juga yang punya


Sedapnya tauhu ni..... dah nak habis ... barulah tahu ada mushroom kat bawah sekali.

Cuma satu je yang tak best kat sini....pilihan untuk air minuman tak banyak....

Friday, October 12, 2012

Senyum Lebar Kalau Ke Pizza Hut

Kakak meya memang suka sangat makan pizza . Bila keluar je mesti ajak makan pizza. Dating berdua lagi dengan kakak meya.... dah jadi kawan ummi bila nak keluar bandar sekarang ni.



Suka sangat air blacberry flizz ni


semankuk sup tu meya boleh habiskan sorang2


Ini untuk munna


Pilihan kakak meya.... supreme

Monday, October 8, 2012

Sekali Rasa Terus Terpikat

Kek Marble Chocolate Cheese ... ntah dah berapa kali munna buat. Kek ni dah jadi kegemaran munna sekeluarga. Asalnya rasa kek ni masa bertandang ke rumah blogger Madam Azian. Sejak dari tu selalu sangat buat kek ni... Masa jamuan raya kat rumah family munna ramai yang minta resepi kek ni. 


Kakak meya yang happy bila tengok ummi dia buat kek ini untuk makan-makan dengan family. Tak sempat nak bubuh topping dia dah curi2 kutil tepi kek tu


Kek munna yang belum di make over....



Setelah di bubuh topping coklat ganache .... bertambah sedap bila letak almond flakes kat atasnya....



Related Posts with Thumbnails