Sahabat Alam Maya

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Friday, November 2, 2012

Marble Chocolate Cheesecake Punya Resepi

Pada yang bertanya tentang resepi kek marble chocolate cheese .. ni dia munna kongsikan. 



MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak



Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya
1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua 
     adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

Nota: Marble Chocolate Cheesecake juga boleh dikukus. Ia akan menghasilkan kek yang lebih moist (lembab) jika ia dikukus.

Thursday, November 1, 2012

Menu Balik Kampung

Sempena Raya Aidiladha yang lalu munna ada sediakan buah tangan untuk di bawa balik kampung en abang munna. Selalunya memang ada juga buat biskut tapi tahun ni mmg takde buat kuih langsung jadinya sediakan je lah  puding karamel dan chocolate cheese marble untuk makan-makan kat rumah mertua nanti. 

Sepatutnya raya ni beraya di rumah mak munna tapi disebabkan tahun ni adik beradik en abang munna  ramai yang tak balik jadi kami sekeluarga ambil keputusan beraya di sana. Kesian tok mek dan tok ayah sunyi je di pagi raya nanti... jadi kami yang dekat ni bolehlah balik kesana. Lagipun dekat je. 


Puding Karamel ni tok ayah suka sangat


Chocolate cheese marble dan jadi kek wajib buat sekarang ni... semuanya suka


Dua-duanya munna buat dua bahagian ...  satu untuk rumah mertua dan satu lagi untuk rumah mak munna ... barulah adil namanya



Monday, October 8, 2012

Sekali Rasa Terus Terpikat

Kek Marble Chocolate Cheese ... ntah dah berapa kali munna buat. Kek ni dah jadi kegemaran munna sekeluarga. Asalnya rasa kek ni masa bertandang ke rumah blogger Madam Azian. Sejak dari tu selalu sangat buat kek ni... Masa jamuan raya kat rumah family munna ramai yang minta resepi kek ni. 


Kakak meya yang happy bila tengok ummi dia buat kek ini untuk makan-makan dengan family. Tak sempat nak bubuh topping dia dah curi2 kutil tepi kek tu


Kek munna yang belum di make over....



Setelah di bubuh topping coklat ganache .... bertambah sedap bila letak almond flakes kat atasnya....



Wednesday, September 19, 2012

Munna Sponsor Dessert

Masih lagi ceita pasal rumah terbuka munna.

Semua dessert masa majis ini munna sendiri yang buat.


Puding roti simple


Marble Chocolate Cheese cake yang paling laris masa majlis ni. 


Puding tauhu kegemaran munna.... sejuk je masuk kat tekak ni...

Thursday, June 28, 2012

Atas Permintaan Dari PLKN

Bila ada yang minta...susah munna nak tolak. Gigih juga buatkan. Nasib baik minta buatkan kek batik je... mudah je nak membuatnya kalau diminta buatkan Pavlova memang terduduk munna di buatnya


Kek ni permintaan anak buah munna yang sedang berkhidmat di PLKN. Banyak juga yang munna buatkan katanya nak makan ramai-ramai dengan kawan-kawan dia. Masa melawat anak buah kat sana memang ramai yg serbu rupanya dia ajak kawan dia satu dorm sekali makan... mula-mula pelik juga tgk kakak munna bawa makanan macam nak bagi org kenduri rupanya ramai kawan2 anak buah munna yg datang masa kami melawat hari tu. 

Meriah pula tengok keaadaan macam tu....  mana kawan2 yang mak bapak duduk jauh dan susah nak datang melawat pun rasa happy dan gembira bila tgk kakak munna datang bawa makanan di sana. Siap ada yang minta izin peluk kakak munna sebab rindukan mak diaorg semua.

Tuesday, November 8, 2011

Kek Puding Caramel Sempena Hari Raya Aidiladha

Teringin sangat nak membuat kek ni ... masuk je blog-blog resepi semuanya dah mencuba buat kek ini. Akhirnya berjaya juga munna buat kek karamel ni masa hari raya haji yang lalu.


Tak pandai buat belang-belang kek tu... tak berapa menjadi


Karamel kat atas kek pun ada yang terkopak masa munna balikkan dari loyang.



Kena buat selalu barulah agaknya dapat buat kek ni secantik yang Kak Ita buat. Resepi munna ambil dari blog Kak Ita  siap step by step kak ita tunjukkan

Friday, November 4, 2011

Hajat Di Hati Nak Buat Macam Marble Chocolate Cheesecake Blogger Azian

Gara-gara makan kek ni masa bertandang ke rumah blogger Azian hari tu. Teringin pulak nak buat sendiri. Godek-godek dalam blog Azian.... akhirnya jumpa dah resepi kek ni di blog Azian.


Munna buat kek ni masa makan-makan kat rumah munna sempena birthday munna baru-baru ini. Alhamdulillah menjadi kek ni. Sampai tak cukup malam tu. Walaupun tak berapa cantik tapi rasanya memang ohsem....


Gambar dah di potong tak sempat nak snap semuanya tak sabar-sabar nak makan kek ni. Nanti update citer2 makan-makan sempena birthday munna ye...

Thursday, July 7, 2011

Ramai Yang Bertanya Jadi Munna Jawablah

Gara-gara ramai yang bertanya pasak kek cik syasya dalam entry ini. Jadi munna pun jawablah kat sini ye. Kalau nak jawab kat komen mmg tak terjawab rasanya sebab sekarang ni memang jarang sangat munna balas komen. 


Cik Syasya sebenarnya cucu sulung kakak munna yang sulung jadi automatik munna pun dapatlah pangkat nenek kan. Nek Lang gitu kalau Cik Syasya panggil munna nanti.






Harga kek pula munna dah tanya pada anak buah . Total semua cost bagi  kek tu ialah RM 430.00 



Pertanyaan maya pula...  memang ramai juga jemputan pada hari itu sebab kami adakan sekali bacaan yassin dan tahlil...  agaknya dalam 300 orang hadir pada hari tu. Majlis ni dah berlangsung dua minggu yang lalu cuma munna je belum sempat nak uploadkan citer pasal sambutan birthday cik syasya ni... nanti ada masa munna citer ye...

Tuesday, July 5, 2011

Kek Untuk Sambutan Harijadi Cik Syasya



Kek tiga tingkat yang di tempah senpena sambutan ulangtahun pertama cucu munna.


Bawah sekali kek angka 1. Tingkat 2 edible image gambar mickey mouse

 

Last sekali edible image gambar cik cyasya

Wednesday, May 11, 2011

Resepi Kek Ala-Ala Pandan Layer


Nampaknya ramai yang bertanya pasal resepi kek ini. Jadi munna pun risik-risik lah kat en. abang apa dia resepi yang dia gunakan. Rupanya dia pun google je resepi kek itu. Siapa-siapa yang nak resepi tu KLIK SINI je lah.

Tuesday, May 10, 2011

Kek Ala Ala Pandan Layer Untuk Hari Ibu

Kek ini en. abang munna buat sendiri untuk sempena hari ibu katanya. Bangun je pagi dia kata nak buat kek untuk hari ibu... bersilat dia sorang-sorang kat dapur. Munna jadi big boss kat depan sambil layan tengok tv dengan kakak Meya dan Yasmin.


Inilah hasilnya.. kek ala-ala pandan layer.. walaupun tak cantik mana tapi rasa sedap dan gebu aje. .. lagi-lagi en. abang yang buatkan semuanya rasa sedap aje...


Jemput pandang je ye... nak ajak makan kek dah habis.... 

Tuesday, February 22, 2011

Majlis Harijadi Kasih Dan Bacaan Yassin Untuk Arwah Abang Ipar

Ahad lepas family munna adakan majlis bacaan yassin untuk arwah abang ipar munna dan sambutan harijadi anak saudara munna  Zalifa Kasih Nasuha yang sepatutnya diadakan sehari selepas pemergian arwah....tetapi di tundakan pada hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hadiah yang munna  ceritakan hari tu pun dah sampai pada tuannya


Kaum-kaum ibu membaca surah Yassin...itupun ramai lagi yang duduk di beranda.. sebab dah tak muat nak masuk rumah


Menu utama untuk majlis ini ialan mee kari dan meehun goreng


Kuih-kuih pula ada puding, agar-agar, pai tee, kuih sagu, lompang dan kasui




Tengah beratur nak ambil makanan... jammed kat situ semua berebut nak ambil makanan


Birthday kek

Ini birthday girl untuk majlis ini

Friday, January 21, 2011

Makan Kek Lagi

Rezeki makan kek lagi. Kali ni member office munna celebtrate birthday. Dapatlah sepotong kek. Dia memang beli 4 ketol je .. sebab kat office ni mmg ada 4 kerat je pun orang



Kek tiramisu.. yang best.... 

Friday, November 26, 2010

Kek Ala-Ala Secret Recipe Versi 2

Citer pasal masakan lagi.. sila jgn lapor-lapor bila masuk blog munna ni ...

2 biji kek telah selamat di korbankan atas permintaan ramai

amacam ada yang berkenan tak

kek ini sama je dengan kek ala-ala secret recipe yg munna dan cik abang buat hari tu


yang ini pula cuma letak manggo diantara lapisan kek dan fresh cream ... jadilah kek mango delight

p/s : Ini nak lawan angah citer pasal makan-makan

Thursday, November 11, 2010

Jom Makan Kek Batik Pula

Asyik cerita pasal makan je kan?.. korang jangan marah ye.. sekarang ini munna punya mood masak-masak memang membuak-buak... tapi bab bakar-membakar je lah kalau masak lauk pauk memang ada mood malas kat situ yang mengikut sokmo.... malam tadi buat kek batik untuk layan tekak yang nak makan yang manis-manis

amacam ada yang berkenan tak... ini memang simple dan sempoi je kalau nak buat ni

ada ke rupa batiknya?

Ini resepi munna untuk kek batik ini

1 paket biskut marie (patah dua)
250 gm butter
2 biji telur
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan gula pasir

korang campur je semuanya kecuali biskut dalam kuali dan dengan api yang perlahan, kacau je sampai pekat ... bila dah pekat tutup api dan masukkan biskut .. gaul rata .... masukkan dalam bekas yang di alas dengan plastik.. sejukkan.. dah siap terus makan...

Monday, November 8, 2010

Ala-Ala Kek Secret Recipe

Konon-kononya nak tiru kek Chocolate Banana dari Secret Recipe... jadi bermulalah perjuangan munna dan cik abang untuk buat kek yang sama ala-ala SR itu.. kebetulan family munna dah plan nak buat bbq malam minggu lepas .. jadi buatlah kek ini untuk dessert

Ini yang betul-betul original dari Secret Recipe



Aktiviti menyapu fresh cream kat kek


Laki bini memang failed bab hias-menghias kek ni... mmg tangan keras .. tapi rasa sebijik macam Secret Recepi...


Ini pula rupa kek munna yang telah dipotong... licin malam tu.... mula-mula takde yang berkenan sebab rupanya tak semegah mana... tapi bila dah potong kasi rasa... semua request buat lagi nanti untuk majlis family next month...

Wednesday, October 27, 2010

Jemput Makan Kek Semua

Layan ye gambar anak dara munna makan kek harijadi ummi dia... tahun ni cuma beli yang slice je dari Secret Recipe.... malas nak buat dan yang penting sekali ummi tgh diet...

semangat betul makan cheese oreo kek



lupalah nama kek ni.. tapi mmg sedap ada pisang antara layer kek dgn krim


Ini oreo cheese .. kakak meya pulun sorang je .. tak bagi langsung kat ummi dia
Related Posts with Thumbnails