Sahabat Alam Maya

Wednesday, January 7, 2015

Dugaan musim banjir

Penutup 2014  munna sekeluarga telah diuji dengan musibah banjir yang melanda daerah temerloh  pada tahun ni.

Alhamdulillah air banjir tak kena rumah munna tapi jalan keluar masuk telah terhalang oleh air banjir jadi terpaksalah munna berpindah ke pusat pemindahan banjir di S. R. K. Sg.  Gau.

Bersyukur rasanya walaupun duduk di pusat pemindahan banjir tapi kami semua cukup makan dan minum.  Lagipun munna dah prepare awal2 beli stock makanan untuk menghadapi banjir jadi tak delah kebulur sangat.  Harta benda pun sempat munna selamatkan. Kesian pada mangsa yang x sempat nak selamatkan harta benda dan tinggal sehelai sepinggang je. Ada juga yg terpaksa duduk di pusat pemindahan banjir yang sesak dengan orang ramai dan takde bekalan letrik.

Sunday, December 7, 2014

Program cuti sekolah

Kesian tengok budak berdua ni terperap je kat Rumah. Munna hantar dia orang ke kelas KAFA. Kelas pun tak lama Dari 9 pagi sampai 11:30 pagi je. Dari takde apa2 dapat juga belajar Iqra dan belajar asas fardu ain.   

 
 Semangat budak berdua ni.... Tapi Adik lagi bersemangat nampaknya


Yasmin maintain dengan pose peace yo dia


Kakak meya susah sangat nak bergambar sekarang ni.
Related Posts with Thumbnails