Hari tu ada Coca-Cola Suprise Tour datang Temerloh... munna tak join tapi ada member yang join tekan truck tu. MeMang suprise hadiahnya dan seronok juga melihatnya.
KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.
Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.
"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.
Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.
Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.
Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.
"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.
Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.
Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.
Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.
Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."
Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Bootsdengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."
Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.
Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.
Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.
Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi
P/S : Sweetnya..... baru tahu pasal video ni... ketinggalan LRT betul munna ni
Malam tadi layan Maharaja Lawak, rasanya minggu ini kurang lawak dari minggu lepas. Rata-rata lawak diorang biasa aje. Tapi yang munna suka semalam dari kumpulan Jambu, R2, Jozan dan Sepah. Semalam pun belum diumumkan lagi siapa yang tersingkir kan... agaknya 2 orang akan disingkirkan minggu depan sebelum persembahan di mulakan. Part pembukaan dari Usop Wilcha pun best kan. Memang dan jadi fenomena Usop Wilcha ni sekarang. Layan lawak kumpulan Jambu yang memang jambu ni:-
Mengulor ke youtube tadi... boleh gak hilangkan tensoin dengan kerja-kerja kat office ni ni bila layan video kat sana.... sekali tengok sinta dan jojo dah bertuka rupa...layan jelah...
Ini satu lagi iklan raya yang dikatakan menghina kaum melayu. tapi munna tak nampak pula mana yang tak kena.. korang rasa macam mana ada sapa2 yang terasa bila tengok iklan ni...