Sahabat Alam Maya

Showing posts with label Apa-apa Aje. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa Aje. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Musim Agaknya

Satu family kena selsema dan batuk-batuk.... Harap-harapnya semuanya cepat sembuh. Ke klinik semalam tengok rata-ratanya sebab demam dan selsema. 

Monday, November 5, 2012

Tiba-Tiba Rasa Nak Sangat

Aduhai..... bila dah selalu sangat pegang newborn baby.... tiba-tiba je rasa kalau ada baby baru bestnya. 2-3 minggu ni asyik pergi tengok newborn baby je... ada cousin dan member yang dapat newborn baby... seronoknya. Munna suka bau baby.Yasmin pun dah besar kan.. jadi bolehlah kot kalau ada rezeki.... 

Pada kawan2 bloggers yang dah dapat baby baru munna ucapkan tahniah... yang bakal nak dapat baby pula  doakan dipermudahkan segala urusan ye.

p/s: Bestnya kalau dpt twins kan mcm blogger EMME

Friday, November 2, 2012

Tengah Best Layan Game Ni

Boss takde ni.... munna pun tengah best layan game ni... ntah sapa yang download game ni kat pc office ...  dah ada depan mata layan je lah... best jugak game ni



Bilalah castle munna nak complete sempurna ni....

p/s : bila takde boss je layan game ni semua...


Thursday, October 18, 2012

Antara Yang Bertuah Rupanya


Hamper ini munna dapat masa cabutan bertuah masa program gotong royong di kawasan kampung munna ni. Walaupun cuma hamper tapi bila no. munna naik seronok rasanya... yang satu lagi tu adik munna yang punya ... dia pun dapat. Apa lagi balik dari gotong royong... anak- anak buah munna pula gotong royong kan hamper ni... seronok diaorang.



Friday, September 7, 2012

Rasanya Nak Makan Ini Hari Ini


Jom serbu McD.... munna belanja.

Thursday, July 26, 2012

Salam Ramadhan Buat Semua


kESIAN aNGRY bIRDS.....

Friday, March 23, 2012

Dah Ada Simptom-Simptom Awal

Aduhai ... kepala dah mula rasa berat dan pusing-pusing.
Hidung dah mula gatal-gatal.
Tekak dan mula perit dan gatal-gatal.

Petang ni jawabnya kena lah jumpa doktor.

Rasanya baru je di serang selesema dan batuk bulan lepas ... nampaknya ni berjangkit lagi.... kat rumah semuanya tengah menghadapi penyakit ni.. cuma kakak Meya je yang steady lagi. Harap-harap cepat sembuh sebab nak ke Gambang Waterpark bawa budak berdua tu.

Friday, March 16, 2012

Projek Malam Tadi


Kawan-kawan tahu ke daun apa ni. Jenuh munna menyiapkan projek malam tadi.... banyak juga guna daun ni...nasib baik senang nak dapat. 

Thursday, March 1, 2012

Siapa Nak


Hehehehe

Friday, February 10, 2012

Demam Dan Batuk Menyerang Pulang Dari Langkawi

Balik je dari Langkawi hari Rabu kelmarin munna di serang demam, batuk dan selsema. Mungkin perubahan cuaca agaknya. Di Langkawi cuaca panas sangat bila balik ke Pahang cuaca agak sejuk menyebabkan tekak munna perit dan demam pun menjadi. Terpaksa munna sambung lagi cuti munna. Oklah munna nak berehat dulu ye...nantilah munna citer pasal Langkawi.

Tuesday, February 7, 2012

Ala Tomey-Tomey



Ekspresi muka baby yang baru dilahirkan..... alolo..semuanya comel2

Tuesday, January 31, 2012

Kudapan Untuk Hari Ini


Petang macam ni kalau takde benda untuk di buat kudapan memang tak syok. Pagi tadi singgah kedai runcit depan rumah mak munna sempat lagi beli ini untuk buat kudapan kat office


Kacang panggang tradisional cuma RM 2 saja sebungkus besar.


Banyak isi kat dalam ..rasa pun sedap sebab di panggang cara tradisional


Besar-besar isi kacang ini.

Setahun Sekali Berganti


Bab make up kat muka ni munna memang tak pandai sangat. Setakat pakai bedak, lipstick dan maskara je dah cukup. Sekali sekala kalau pergi kenduri barulah touch up lebih-lebih sikit. Jadinya setahun sekali barulah berganti baru bedak  dan lipstick tu semua. Dari dulu memang munna pakai Maybelline cuma kali ini cuba tukar lipstick Silkygirl dan eyeliner tu baru nje nak cuba try pakai. Oil control film tu memang tiap-tiap bulan beli sebab mukka munna jenis berminyak...

Tuesday, January 17, 2012

Senyum Petang

Kitar Semula


Catridge ini memang company munna guna banyak tiap-tiap bulan untuk print gambar claim projek. Dulu lepas habis munna terus buat catridge kosong ni. Rupanya boleh jual balik yang kosong tu. Kebetulan ada uncle cina naik atas ofis munna dan tanya ada tak cartridge kosong.... munna pun berilah yang ada pada simpanan munna. Munna jual semua dalam 8 biji .. uncle cina tu bagi munna RM 38. Banyak juga tu . Munna cerita dengan boss dia cakap takpelah duit tu munna ambil je lah tak payah masuk dalam petty cash. Oraitlah tu .. lepas juga buat belanja makan tengahari 3 hari. Sekarang ni memang kumpul bila dah banyak je .. call uncle suruh datang ofis.

Friday, January 13, 2012

Bersyukurlah Dengan Pekerjaan Kita Sekarang



SEORANG JURUELEKTRIK DI CHINA



ATAU TUKANG PAIP DI HUNGARY



ATAU PEKERJA SERVIS PENGHANTARAN DI KOREA



ATAU PENJAGA ZOO DI AMERIKA


ATAU PENGGALI LUBANG PEMBENTUNGAN DI POLAND



ATAU KERJA YANG BETUL-BETUL BUSUK.... TANDAS BERGERAK...



Wednesday, January 4, 2012

Mentakab Star Mall Dah Di Buka Tapi GSC Belum Lagi

Ingat lagi tak entry munna pasal Mentakab Star Mall ni. Akhirnya Mall ini telah di buka pada 19/12 yang lalu tapi munna baru je berkesempatan pergi ke sana cuti tahun baru yg lalu.

Setakat ni tak banyak pun lagi kedai yang dah di buka. Rasanya baru Pacific Supermarket dan Mc Donalds je . Lain-lain masih lagi under renovation termasuklah GSC... kena tunggu lagilah kalau nak tengok wayang.






Tarikh dibuka : 19 Disember 2011
Kemudahan utama:
 kedai-kedai
Pasaraya Pacific
Pusat Bowling
Panggung wayang GSC (pertama di pahang Tengah)

Lokasi :
Berhampiran Taman Saga, Taman Bkt Bendera
Kordinat :
3°28'16"N   102°19'53"E

Senarai kedai : maklumat dari Peri Chinta (Facebook). Kedai-kedai yg menyewa ialah :

Lower Ground Floor (LG)
Food Court, myNews.com, Some Mentakab local retailers

Ground Floor (GF)
Pacific Superstore, McDonald's, Sushi King, Kenng Rogers, Big Apple, Bread Story, Hong Kong Char Chan Tank, Pizza Hut, KFC, Tutti Frutti, Little Taiwan, Caring Pharmacy, The Orginal Shop, Tomei Jewelry, Bolton Optical, Fotokem, Time Galarie, OK Optical, Eu Yan Sang, KEMC Jewelry, Habib Jewelry, Noodle Station, Chicken Rice Delight, Shabu Shabu, Watsons, RHB, Hot & Roll, Shilin, Takashima, Ogawa, Aussino, Chatime, 1901

First Floor (FF)
Pacific Departmental Store, Popular, Anakku, Sox World, TF Hair Beauty, Vincci, Le Boutique, PDI, Hush Puppies, First Lady, Pets' More, 101 Haircare, Brands Outlet, Slimming Saloon, Li Ning, Al-Ikhsan, Adidas, RSH, Bata, Renes, Azze Fashion, Tropicana Life, The Face Shop, SASA, Etude House, Converse, Everlast, Vern's, Pink Lady, Bras & Things, Giordano, Scholl, XES, Mom's Care, RA Fashion

Second Floor (SF)
Golden Screen Cinema (GSC), IT Hyperstore, Capcom Station, IT City, Mega Electrical, Song Box (Karaoke), Bowling Court (30 lanes), CSL, Sony Ericsson, PM Communication, APEX, AOE, Uncle Ali Café, Each A Cup, Ayam Ria, Living Cabin, Speed Marketing, Fresh Geaf, The One Group, Daily News, Tokutokuya..

Tuesday, January 3, 2012

Lamanya Menyepi.....

Rindunya rasa nak berblog .... tapi apakan daya munna memang sibuk dengan kerja-kerja di office sekarang ni.. hingga ada kerja yang terpaksa munna bawa balik ke rumah. Semuanya sebab company munna dapat tender membekalkan barang-barang untuk peserta 1 Azam. Memang tak menang tangan di buatnya. 

Alhamdulillah... semua kerja berkaitan tender tu dah selesai.. InsyaALLAH lepas ni akan mula aktif semula berblog seperti dulu. Terima kasih pada pengunjung setia blog ni yang masih sudi singgah walaupun takde apa2 cerita terbaru dari munna....

Oklah.... siapkan kerja dulu... nanti munna terjah semua ye... TUNNGU.....

Monday, December 12, 2011

Lepak-Lepak Sambil Makan Kerepek Pisang


Memang sedap bila cuaca hujan petang-petang ni... mulut pulak kunyah kerepek pisang ..pekena dengan kopi o .. mata mengadap blog sambil blogwalking... Ini gara-gara bos takde kat opis lah petang-petang ni... mood nak buat kerja pun dah ke laut.  Lepas blogwalking nak layan korean drama pula....

Thursday, December 8, 2011

Hari Ini Dah Tak Tahu Nak Tulis Apa

Otak buntu, idea dah kering di tambah lagi dengan perasaan malas jadinya tak tahu nak tulis entry apa hari ini. Sebab dah berjam-jam menunggu Air Asia punya page nak buka tak dapat-dapat lagilah bersepai mood di buatnya.

Nampak gayanya munna blogwalking je lah ye hari ini... sambil try refresh web Air Asia mana tahu kot-kot boleh dapat tiket murah nanti.
Related Posts with Thumbnails