Wednesday, April 25, 2012
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul
Wednesday, February 1, 2012
Blogger Fail Saman Balas Adun Pantai Remis RM11 juta
Blogger fail samam balas ADUN Pantai Remis RM11 juta
2012/02/01
IPOH: Blogger, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang mengendalikan blog sekupangduas.blogspot.com memfailkan saman balas bernilai RM11 juta terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi. Ia difailkan menerusi firma guaman Ong, Hanim & Bbadrul jam 2.30 petang tadi.Pada 3 Januari lalu, Kor Ming menyaman Ahmad Ssofian RM10 juta kerana didakwa menyiarkan artikel yang memfitnahnya.
Sumber : Berita Harian Online
P/s : Berbalas saman menyaman nampaknya....RM 11 juta.. banyak tu. semoga kita berblog dengan aman dan baik... janganlan sampai saman menyaman ni... hendaknya di elakkanlah
Friday, January 27, 2012
Ayam Berbulu Disalut Tepung
January 25, 2012

Ismail Halim, 45, berkata, dia membawa isteri dan tiga anaknya ke restoran berkenaan, kira-kira jam 12 malam Jumaat lalu dan memesan beberapa jenis hidangan, termasuk hidangan ayam itu.
Menurutnya, kerana kekenyangan, dia membungkus hidangan ayam itu untuk dibawa pulang ke rumah, namun, pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana ayam itu disalut dengan tepung.
“Keesokan harinya (Sabtu) kira-kira jam 12 tengah hari, isteri saya, Rosmawati Mustafa, 45, mengeluarkan hidangan ayam itu untuk dimakan.
“Bagaimanapun, ketika mengoyak lapisan tepung, dia terkejut apabila mendapati bulu ayam sepanjang kira-kira setengah inci masih melekat pada ayam itu, lalu menunjukkannya kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia bertindak menghubungi restoran berkenaan melalui nombor talian mudah alih yang tertera pada kotak bungkusan bagi memaklumkan mengenai penemuan itu, namun, kecewa apabila kakitangannya mengambil sikap endah tak endah dengan meminta dia membawa ayam itu kembali ke restoran untuk ditukar dengan ayam baru.
Tidak berpuas hati dengan respons yang diberikan, dia kemudiannya menghubungi nombor pejabat pula setengah jam kemudian, dan sekali lagi, dia kecewa apabila mendakwa kakitangan itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Ismail berkata, dia kesal dengan pengurusan restoran yang seolah-olah bersikap lepas tangan dengan apa yang terjadi.
Menurutnya, bukan soal wang yang difikirkannya kerana harga hidangan itu hanyalah sekitar RM14 sahaja, namun, apa yang ingin dituntut adalah permohonan maaf dari pihak restoran kepada keluarganya.
“Sebagai sebuah restoran terkenal dan dikunjungi ramai pelanggan, sepatutnya mereka menjaga kualiti makanan yang dihidangkan, “ katanya.
Menurutnya, insiden itu menyebabkan isteri dan anak-anaknya yang memakan hidangan sama pada malam berkenaan menjadi loya dan trauma dek kerana teringat akan bulu ayam itu.
Malah, kesannya masih terasa hingga ke hari ini dan mereka dilihat seperti sudah serik untuk memakan hidangan ayam.
“Hingga hari ini pihak restoran tidak menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya bukannya ingin menuntut ganti rugi, sekurang-kurangnya mereka hubungi saya dan minta maaf pada isteri dan anak-anak,” katanya yang sudah dua kali mengunjungi restoran berkenaan sebelum kejadian.
Ismail berharap apa yang terjadi ke atas keluarganya dijadikan pengajaran, dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menikmati hidangan di mana-mana restoran sekali pun.
Dia juga berharap pihak restoran menjaga kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan kerana ia mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan.
Saturday, January 21, 2012
Demi Menimba Ilmu
Friday, January 20, 2012
Dua Bayi Mati Tersedak Susu Di Pusat Asuhan ... Kenapa Tak Ambil Iktibar
Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan
2012/01/20
Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.
“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.
“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.
Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.
“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian.
Sumber
Bila baca berita ini buat munna rasa sakit hati.. kenapalah kejadian macam ni berulang lagi walaupun sudah banyak kisah begini terjadi dan di paparkan di akhbar. Harap-harap lepas ni akan di kenakan hukuman yang berat pada pihak taska bila terjadi kejadian macam ni.
Thursday, January 12, 2012
Rumah Wardina Safiyyah Di Serang Perompak Bertopeng
Wednesday, January 11, 2012
Myvi Terbang Parking Atas Van
PEMILIK memeriksa keadaan kenderaannya yang rosak teruk selepas sebuah PERODUA Myvi yang terbabas dan merempuh longgokan pasir lalu terbang dan tersangkut di atas bumbung vannya di Jalan Perkeliling, Kota Bharu, 7.30 pagi tadi. - Foto Zaman Huri Isa
Monday, January 9, 2012
Mahkamah Bebaskan Anuar Ibrahim Dari Tuduhan Meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan
Sunday, January 8, 2012
Bertarung Nyawa Demi Mencari Makanan

Thursday, January 5, 2012
Banjir Kilat Di Kuching, Sarawak
SEBAHAGIAN dari kereta yang terperangkap di Jalan Batu Lintang ketika banjir kilat berlaku akibat hujan lebat di awal pagi tadi. Hujan lebat sejak semalam mengakibatkan bandaraya Kuching, Sarawak lumpuh dengan beberapa jalan terputus selepas dinaiki air. - Foto Mohd Radzi Bujang
Jalan utama Bandaraya Kuching dilanda banjir kilat
2012/01/05
KUCHING: Beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kuching, pagi ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar. Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah."Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu," katanya.Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.
Menurutnya banjir yang melanda Bandaraya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. - BERNAMA
sumber
Cuaca sekarang memang tak menetulah... harap semuanya berhati-hati ye....
Tuesday, January 3, 2012
Akibat Kejutan Budaya Amalina Che Bakri Berubah Sepenuhnya
Saturday, December 17, 2011
Buat Malu Aje Gay Melayu Ni

Thursday, December 1, 2011
Farah Syahirah Bikin Panas Di Facebook
Friday, October 7, 2011
Belanjawan 2012... Harapnya Menggembirakan Semua Pihak

Friday, June 3, 2011
Blog Adinda Milano Evans Tengah Hot Sekarang Ini
Friday, March 25, 2011
TERKINI !! Gempa Bumi Di Sempadan Myanmar dan Thailand
Thailand Rasai Gegaran Gempa Bumi Di MyanmarBANGKOK, 24 Mac (Bernama) -- Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Khamis.
Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.
'Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan," katanya.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar terletak jauh di pedalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menjelaskan pusat gempa bumi itu terletak 1,613km dari Barat Laut Kangar, Perlis.
Kenyataan itu menambah Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini mengenai gempa tersebut.
Gempa bumi pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.
-- BERNAMA
Sunday, March 20, 2011
Libya Pula Di Serang Oleh Tentera Bersekutu
Saturday, March 19, 2011
Jambatan Air Di Jerman

Water Bridge in Germany.... What a feat!
Six years, 500 million euros, 918 meters long.......now this is engineering! This is a channel-bridge over the River Elbe and joins the former East and West Germany, as part of the unification project. It is located in the city of Magdeburg, near Berlin. The photo was taken on the day of inauguration.
True. Shown above is the world's largest water bridge (or canal bridge), built over the Elbe River in Magdeburg, Germany at a cost of 500 million Euros. Completed in December 2003, the bridge is 918 meters long and has been modestly described as "a giant, kilometer-long concrete bathtub."
This is a channel-bridge over the River Elbe and joins the former East and West Germany, as part of the unification project. It is located in the city of Magdeburg, near Berlin.
Saturday, October 30, 2010
Tragedi Ngeri Kemalangan Bas Terbabas Di Genting Sempah
Bas pelancongn terbabas: Enam maut, 21 cedera
KUALA LUMPUR:Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.
Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.
Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.-Bernama
Bas terbabas: Senarai mangsa korban kemalangan di Genting Sempah
Berikut ialah senarai enam penumpang bas pelancongan yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.
Mereka dikenali sebagai:- Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.
-Bernama
Friday, October 29, 2010
AC Mizal Nyaris Dipenjara 25 Hari
Kes Tuntutan Nafkah: AC Mizal Nyaris Dipenjara 25 Hari
.jpg)







