Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan
2012/01/20
KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.
Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.
“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.
“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.
Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.
“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian.
Sumber
Bila baca berita ini buat munna rasa sakit hati.. kenapalah kejadian macam ni berulang lagi walaupun sudah banyak kisah begini terjadi dan di paparkan di akhbar. Harap-harap lepas ni akan di kenakan hukuman yang berat pada pihak taska bila terjadi kejadian macam ni.
A'ah kan Kak Munna..aida pn geram..mcm tak ambil pengajaran langsung dari kes yang lepas2...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSedey sangat kan baca berita ini. Kenapa berlaku sampai dua sekali di pusat yg sama? Mungkin.. mungkin.. terlalu ramai bayi yg hendak disusui sehingga terlupa utk sendawa bayi tu sorang2. Baby minum susu terus tertidur..bahaya tu. Kena angkat dan sendawakan hingga bayi tu puas kuarkan angin. baru bleh tidur. hmmm...
Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami, jauhi dari perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku...sedih sngat baca pasal ni, benda yang sama berulang.
ReplyDeletesedih..sebak...semuanya la..tak tergambar dgn kata² :(
ReplyDeletetakot nak hantar anak ke nurseri..
ReplyDeleteyelah dikk
ReplyDeletemacam pihak2 taska dan tadika nie amik
mudahh je .. pelik akak
x kan mereka x dilatih dan x diberitahu
huhuhu
mohon allah jauhkan perkara2 macam nie terjadi pada anak2 kita dan kawan2 kita .. aminnnnnnnn
pd sy, xkn sama org bela ank kita. sebaiknya cuba ikhtiar, biar keluarga juga yg jagakan...
ReplyDeleteKerap terjadi perkara macam ni kan.. Isk.. Kesian kat budak2 tu..
ReplyDeleteYe betul.. Tolongla ambil serius tentang kejadian seperti ini kerana bukan satu dua kes bahkan ber kes-kes. Amat sedih sekali kerana salah seorang bayi tersebut merupakan anak kepada rakan sekerja & sejabatan dengan aku.Aku menyaksikan sendiri keadaan semasa bayi tersebut berada di klinik.. Ya Allah, denganMU kami berdoa tempatkanlah bayi itu dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah
ReplyDeletesedihnya..kesian baby tu y jadi mangsa..mgkin dah ajal..tp blh elakkan kan kejadian tu..
ReplyDeleteBukan semua Taska menghadapi ma'salah begini. Kejadian ini berlaku kerana attitude pengasuh yang tidak mengambil berat. Ibu bapa mesti mengambil berat dan siasat jika Taska itu sudah berdaftar dengan JKM dan pengasuh sudah megikuti kursus. Ma'salah ibu/bapa nak cari Taska murah tak kira keselamatan anak-anak mereka.
ReplyDeleteMemang sedih bila perkara saperti ini berlaku. Pengasuh tidak mengambil berat kerana tidak mengikuti kursus. Ibu/bapa mesti siasat jika Taska itu sudah berdaftar dengan JKM. Perkara saperti ini berlaku kerana memilih Taska murah.Tolong jangan support Taska yang tidak berdaftar...
ReplyDeletegeram.. kes baby adelia pn x setel lg.. dh tmbh lg.. hmmm.. kesian..
ReplyDeletesshla klu ada taska mcm ni..
ReplyDeletepikir 2-3 kali nk anta ank2 kat kindy..huhu
QADQ N QADAR ALLAH..MACAMANA PULA ANAK YG MENINGGAL DLM SUSUAN IBU..PAGI BARU SEDAR ANK DAH XDE NYAWA..TIADA SIAPA MAHU BENDA NI TERJADI...JUJURLAH DLM TANGGUNGJAWAB DAN SELAINNYA SERAH PADA ALLAH YG MAHA TAHU....
ReplyDelete