409 mangsa banjir di Kuantan, Pekan dipindahkan
2012/01/13
KUANTAN: Sejumlah 409 orang daripada 113 keluarga di daerah Kuantan dan Pekan dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air. Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 246 orang daripada 65 keluarga dari Kampung Cenderawasih Sungai Miang dan mereka ditempatkan di Sekolah Sinar Mutiara, Pekan.
Sementara itu, dua jalan utama iaitu KM30 dan KM36 Jalan Kuantan-Sungai Lembing serta Jambatan Kampung Sungai Kolek, Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan selepas digenangi air setinggi 1 meter. - BERNAMA
P/s : Risau juga dengan keadaan cuaca sekarang ini... kat Temerloh ni hujan je dari semalam...matahari tak nampak langsung. Harap-harap jenganlah banjir lagi.
berwaspada je le sbb kita x boleh menduga cuaca, lagi2 kalau duduk di tempat rendah,.. yg penting selamatkan nyawa dulu sbb harta benda boleh dicari ganti tp nyawa x mungkin ada dua kan,.. smoga cuaca kembali cerah, hati pun gembira..
ReplyDeletewah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
ReplyDeletesemoag semua yang terlibat selamat dipindahkan hendaknya.. dekat tmpt akak hujan panas silih berganti.. takut juga ni sbb cuaca macam ni senang nak kena demam denggi.. nauzubillah..
ReplyDeleteoh..apa kabar la eh kawan sy yg dok kt Pekan tu...rumah dia banjir ke tak..
ReplyDeletehmmm..nak tanya la nanti... :)
mujurlah chini tak banjir...alhamdulillah
ReplyDeleteada member opis ni familynya duduk ulu tembeling tengah risau sana pun banjir...
ReplyDeletegiliran pahang pula sekarang, berhatilah semua...
padan lah hujan tak berhenti henti..gelombang kedua banjir kut..
ReplyDeletebila hujan tak berhenti aje, mmg risau kan munna...
ReplyDeletemoga munna dan keluarga baik-baik aje ya..InsyaAllah
eh still banjir lagi ek kak?igtkan dah ok da..huu..kesian diorang..
ReplyDeleteoo, san dh bajir erk?..
ReplyDeletesini- ktrg, seharian ujan..
ni lapo dh, mata ni pn dh overdose titon dh.. heheheh
aah dah start balik hujan .. kat pekan nie same lah dikk .. ujan je ..
ReplyDeletetapi malam nie reda kejap nie ..
sekarang cuaca tak menentu.. kesian tul tmpt yg kena bnjir...
ReplyDeletedugaan Allah dtg dlm pelbagai segi kan kak...bersabarla kita utk tempuh dugaan Dia tuh semua...
ReplyDeleteSallam munna,
ReplyDeleteTakut juga kalau2 tempat anak saya pun dinaiki banjir, susahnya kalau nak pindah dengan anak2 yang masih kecil.
simpati melihat mangsa-mangsa banjir..moga urusan mrk dipermudahkan
ReplyDelete