Sahabat Alam Maya

Friday, January 13, 2012

Kuantan Dan Pekan Banjir Lagi


409 mangsa banjir di Kuantan, Pekan dipindahkan


2012/01/13

KUANTAN: Sejumlah 409 orang daripada 113 keluarga di daerah Kuantan dan Pekan dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air. 

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 246 orang daripada 65 keluarga dari Kampung Cenderawasih Sungai Miang dan mereka ditempatkan di Sekolah Sinar Mutiara, Pekan.
"Selebihnya membabitkan lima penempatan di daerah Kuantan iaitu di Batu 6 Jalan Gambang, Kampung Cendering, Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Kampung Paya Pancing," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kesemua 163 orang daripada 48 keluarga yang terjejas akibat banjir itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Orang Ramai Panching, Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Sekolah Menengah Pandan. 

Sementara itu, dua jalan utama iaitu KM30 dan KM36 Jalan Kuantan-Sungai Lembing serta Jambatan Kampung Sungai Kolek, Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan selepas digenangi air setinggi 1 meter. - BERNAMA 


P/s : Risau juga dengan keadaan cuaca sekarang ini... kat Temerloh ni hujan je dari semalam...matahari tak nampak langsung. Harap-harap jenganlah banjir lagi.

15 comments:

  1. berwaspada je le sbb kita x boleh menduga cuaca, lagi2 kalau duduk di tempat rendah,.. yg penting selamatkan nyawa dulu sbb harta benda boleh dicari ganti tp nyawa x mungkin ada dua kan,.. smoga cuaca kembali cerah, hati pun gembira..

    ReplyDelete
  2. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  3. semoag semua yang terlibat selamat dipindahkan hendaknya.. dekat tmpt akak hujan panas silih berganti.. takut juga ni sbb cuaca macam ni senang nak kena demam denggi.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. oh..apa kabar la eh kawan sy yg dok kt Pekan tu...rumah dia banjir ke tak..

    hmmm..nak tanya la nanti... :)

    ReplyDelete
  5. mujurlah chini tak banjir...alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. ada member opis ni familynya duduk ulu tembeling tengah risau sana pun banjir...

    giliran pahang pula sekarang, berhatilah semua...

    ReplyDelete
  7. padan lah hujan tak berhenti henti..gelombang kedua banjir kut..

    ReplyDelete
  8. bila hujan tak berhenti aje, mmg risau kan munna...

    moga munna dan keluarga baik-baik aje ya..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. eh still banjir lagi ek kak?igtkan dah ok da..huu..kesian diorang..

    ReplyDelete
  10. oo, san dh bajir erk?..
    sini- ktrg, seharian ujan..
    ni lapo dh, mata ni pn dh overdose titon dh.. heheheh

    ReplyDelete
  11. aah dah start balik hujan .. kat pekan nie same lah dikk .. ujan je ..
    tapi malam nie reda kejap nie ..

    ReplyDelete
  12. sekarang cuaca tak menentu.. kesian tul tmpt yg kena bnjir...

    ReplyDelete
  13. dugaan Allah dtg dlm pelbagai segi kan kak...bersabarla kita utk tempuh dugaan Dia tuh semua...

    ReplyDelete
  14. Sallam munna,

    Takut juga kalau2 tempat anak saya pun dinaiki banjir, susahnya kalau nak pindah dengan anak2 yang masih kecil.

    ReplyDelete
  15. simpati melihat mangsa-mangsa banjir..moga urusan mrk dipermudahkan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails