Sahabat Alam Maya

Tuesday, May 31, 2011

Ekspedisi Berbasikal 1 Malaysia Dari Pekan Ke Putrajaya


Pagi tadi semasa nak pergi kerja terserempak dengan ekspedisi berbasikal ini. Punyalah jem jalan sebab time tu sekali dengan orang semua pakat nak pergi kerja. Jadi lambatlah sikit masuk office hari ini.

110 sertai ekspedisi berbasikal 1Malaysia


2011/05/31

SEBAHAGIAN peserta melalui Jalan Kuantan-Gambang pada Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya.
SEBAHAGIAN peserta melalui Jalan Kuantan-Gambang pada Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya.
PEKAN: Seramai 110 peserta terdiri daripada penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah Pekan menyertai Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia Pekan-Putrajaya yang bermula di pekarangan rumah Datuk Sri Najib Razak, di sini, semalam. 

Ekspedisi sejauh 322 kilometer itu akan berakhir Khamis ini, adalah sebagai simbolik kepada perjalanan politik Perdana Menteri yang bermula sebagai Ahli Parlimen Pekan dan kini memikul tugas sebagai Perdana Menteri.
Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata program itu bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara UMP dengan SMK Tengku Abdullah Pekan seterusnya merealisasikan konsep 1Malaysia di kalangan generasi muda.


“Di lokasi hentian sepanjang perjalanan, peserta akan mengedarkan risalah gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang dalam usaha menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya menjaga kesihatan. 

“Kemuncak kepada ekspedisi ini ialah peserta akan berpeluang melawat Putrajaya seterusnya menyertai program bersama Perdana Menteri pada 2 Jun,” katanya selepas Majlis Pelepasan Ekspedisi Berbasikal yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail. Turut hadir, Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Pegawai Tanah dan Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali. 

Ibrahim berkata, penganjuran ekspedisi itu diharap dapat melahirkan belia yang mempunyai jati diri terpuji seterusnya berdisiplin, kuat fizikal dan mental. 

“Masa depan negara terletak di bahu golongan belia, mereka menjadi penentu kepada hala tuju kemajuan seterusnya kemakmuran yang diimpikan,” katanya. 
Peserta Wan Noor Izzati Wan Ahmad, 21, menganggapnya pemilihannya sebagai hadiah bermakna kerana berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri nanti. 

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan Perdana Menteri, peluang terbaik itu meningkatkan lagi semangat mengayuh basikal menempuh pelbagai cabaran terutama dalam keadaan cuaca panas. 

“Saya ingin buktikan wanita mempunyai daya tahan dan semangat kental mengharungi cabaran dan halangan untuk mencapai impian,” katanya yang kini belajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. 

Credit : Berita harian

20 comments:

  1. Ohh..berlepas dari bandar Pekan ye..
    Jauh jg ye..kul brp lah sampai agaknya ye...

    ReplyDelete
  2. akak suka tgk org berbasikal ramai2 mcm ni.. klu nmpk dia org lalu mmg jd terleka dibuatnya..

    ReplyDelete
  3. wah2 sgt2 bagus .. ermm awat akak x tau erk .. oh lupe akak duk ktn ekekek :)

    ReplyDelete
  4. Kalau zaman kanak2 dulu memang minat gila tengok orang berlumba basikal ramai2...siap sorak kat tepi tapi la ni idok la macam tu hehehe~!kenangan

    ReplyDelete
  5. sempat lg ummi dok klik2 gambar org bbasikaltu ye...

    ReplyDelete
  6. masih failed nk bwk basikal secare berhemah! ekekek

    ReplyDelete
  7. best bila tgk org berbasikal..
    Tp lily ni x reti tunggang beskal..huhu..bdn berat x dpt nk imbang.. :D

    ReplyDelete
  8. dah lama tak berbasikal..
    tak de basikal sebenonya..
    heheheh

    ReplyDelete
  9. lama gua tak naik basikal.. sakit bontot kalu naik skrg

    ReplyDelete
  10. ayu dah dengar berita jumaat lalu..
    terasa kehebatan sekolah menengah tu buat anjuran dari kuantan ke putrajaya...

    perdana menteri yang sambut nanti... terbaiklah..

    munna..mmg rezeki ko dapat tonton

    ReplyDelete
  11. ada alasaan musabah takpe kata bos

    ReplyDelete
  12. Tgk org kayuh basikal nie best..
    Tp dok kalut nak p keje jadi xsyok kan nak tengok, risau kena marah ngan bos..hehee

    ReplyDelete
  13. kak...

    hehehhe...mcm best jek kl berbasikal ramai2 nih...tp sy lebih suka tgok jek...

    ReplyDelete
  14. mak aih jauh giler berbasikal..cayalah..kalo kita sure sempot tgh jalan..

    ReplyDelete
  15. ada acara berbasikal ke..
    hoho..cma suka bernasikal..tp dah x aktip..

    ReplyDelete
  16. jat terserempak dkat pekan.tp nape sikit je.siap dgn polis escort.ingtkan sultan nak lalu.huhu

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...saya salah seorang peserta yang terlibat dalam ekspedisi ini...ia mengambil masa keseluruhan 4 hari covering 342km. Kami sampai di Pejabat PM sekitar pukul 8:30 pagi tadi dan bertemu dengan PM sekitar jam 9 pagi. Terima kasih atas sokongan.

    ReplyDelete
  18. kenangan terindah.. penat lelah kami berkayuh selama 4 hari terbayar dengan hasrat kami untuk berjumpa dan bersalam dengan perdana menteri tercapai.. alhamdulillah..^_^

    ReplyDelete
  19. Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  20. munna,


    sekolah sis la tuuu :D
    projek original SMK Tengku Abdullah selama beberapa bulan..
    walaupun not in the team, tapi tumpang bangga dengan pelajar dan guru yang terlibat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails