Sahabat Alam Maya

Wednesday, May 11, 2011

Di Serang Cherry Berry

Kakak Meya dah dua hari cirit birit... kesian munna tengok muka dah lesu... hari ni lepas je minum susu dia muntah..  bawa kak meya jumpa doktor... punyalah lama tunggu ... bila dah dapat... masuk doktor kata takde apa-apa ... mungkin sebab cuaca...itu je ...ubat pun cuma dia bagi garam dehidrasi je untuk tambah tenaga...

Malam tadi Yasmin pula kena penyakit ni..kesian tengok dia lesu aje. Cuma dia tak muntah2 macam kakak meya... kalau teruk Yasmin pula kena jumpa doktor hari ini...ni maklumat tentang cirit birit pada bayi yang munna jumpa...

Cirit Birit

Cirit birit terjadi apabila anak buang air besar beberapa kali sehari. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh kuman virus tetapi terdapat sebab-sebab lain seperti kuman bakteria, parasit, ubat antibiotik yang berlebihan dan tidak tolerans terhadap susu. Cirit birit kerap terjadi pada anak yang menghidap selesema, sakit tekak dan jangkitan air kencing serta jangkitan-jangkitan lain yang melibatkan perut.

Bayi yang diberi susu badan lazimnya kerap membuang air besar iaitu 6 - 8 kali sehari. najisnya berwarna kuning dan tidak berbau busuk. Ini bukanlah cirit birit.

Cirit birit berbahaya apabila kekeringan atau dehidrasi berlaku. Jika kehilangan cecair melalui najis yang keluar melebihi kemasukkan air dan garam dari mulut dan usus, kekeringan akan berlaku.

Tanda-Tanda

Najis yang cair atau lembik lebih kerap daripada 3 kali sehari (kecuali bayi yang diberi susu badan)

Tanda-tanda kekeringan (dehidrasi) ialah mulut dan lidah kering, tiada air mata, mata cengkung, kurang bermaya, kurang kencing dan kadar jantung meningkat tinggi lebih daripada 120 kali seminit.

Muntah-muntah

Kawasan sekitar kemaluan dan dubur mungkin merah jika cirit birit berpanjangan

Tindakan Ibubapa

Terus memberi anak susu badan atau susu biasa tanpa mengurangkan sukatannya.
Jika anak tidak muntah, berikan cecair garam rehidrasi (ORS, gesolyte, oralyte) setiap kali anak cirit. Ikut sukatan yang disyorkan oleh pembuat.

Jika anak muntah-muntah, kurangkan susu dan cecair rehidrasi tetapi berikan lebih kerap daripada biasa. Cecair boleh diberi 1/2 hingga 1 jam selepas anak muntah.
Ambil suhu badan anak
Sapukan ubat krim petroleum jelly atau zink oksida di kawasan lampin anak jika duburnya merah.
Setelah satu dua hari, cecair ORS boleh diberhentikan.


Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila

Anak kelihatan kekeringan
Anak memuntahkan semua makanan dan cecair yang diberi. Muntah yang berterusan.
Kurang air kencing dan tidak bermaya
Kadar jantung dan pernafasan yang meningkat
Anak demam tinggi
Ada darah pada najis
Sakit perut dan menangis lebih daripada 30 minit.

Nota :
Ubat antibiotik dan ubat untuk cirit birit akan membuatkan cirit birit anak lebih teruk lagi. Ubat untuk memberhentikan cirit birit tidak patut diberikan kepada bayi.
Ada kalanya doktor anda akan menukar jenis susu kepada susu tanpa laktosa. Setelah 2 atau 3 minggu tanpa cirt birit, anak boleh minum susu biasa.
Susu kacang soya jarang sekali digunakan selepas cirit birit kecuali jika doktor pasti yang anak mempunyai alahan kepada protein di dalam susu biasa.

10 comments:

  1. alahai siannya...semoga mereka cepat baik...

    ReplyDelete
  2. sian anak munna tu.. thanks yer untuk info ni.. kdg2 kita tak boleh nak bezakannya kan..

    ReplyDelete
  3. huhu..cian kat kakak meya..bila ank2 sakit ni.kita yg x duduk diam kan kak..
    semoga kakak meya cpt2 sembuh..

    tq utk info tu..cukup berguna!

    ReplyDelete
  4. alahai...kesiannya....

    moga cepat sembuh la hendaknya Kakak Meya dan Yasmin... :(

    ReplyDelete
  5. aduhhh sakitnya kena cirit birit nie ... lembik bdn tau munna .. ciannn meya ... dah bawak klinik ke ??

    ReplyDelete
  6. bagus panduan ni..amat2 berguna bg izan yg sorang2 je dgn anak2 ni... risau kalau ape2 jadi kat anak..tajuk entry ni comel hehe..

    ReplyDelete
  7. dak acha lak kena sembelit manjang...haisshhh...

    ReplyDelete
  8. Kak, ada yg ckp kalau kena cherry nie minum 100plus pastu ok :)
    Tp xtau ler kalau utk budak2 sesuai ke tak ;)

    ReplyDelete
  9. siannyaa kakak akak....
    last year mama nida kena....lembik jadiknya..at last admit sepitaL....
    huhuhu nasib bek cepat kalO dak tataulaah....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails