Sahabat Alam Maya

Monday, January 3, 2011

Tak Boleh Minum Teh Tarik Dah Lepas Ni!!!


Alamak lepas ni dah tak boleh minum teh tarik dah... takut gak baca paper tadi kebanyakan kedai makanan menggunakan serbuk teh murah yang boleh menyebabkan kanser. Nampak gayanya munna kena berhentikan tabiat minum air teh tarik dan teh ais lepas ni. Lepas ni dah set nak minum air barli je kalau makan kat luar

Teh sukat jadi punca kanser



SEORANG anggota penguat kuasa menunjukkan bungkusan serbuk teh yang dirampas kerana menggunakan bahan pewarna terlarang dalam satu operasi di Kota Bharu tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


22 comments:

  1. not pun ada degar jugak...teh tarik blh mnyebabkan kanser...tp x pasti sejauh mana kebenaran nye...
    thanks for the info munna.. :)

    ReplyDelete
  2. sy kalo p kedai order kopi ais je kak..teh2 ni kureng..huhu..

    teh hijau xpe..:p

    ReplyDelete
  3. nasib baik la lynn nie kurang gemar teh tarik...

    ReplyDelete
  4. kne pakai teh chap boh atau lipton la plak lepas nie..

    thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  5. tapi teh tarik sedap...canne niiiii????

    ReplyDelete
  6. saya tak suka teh..
    sakit perut kalau minum..
    hehhe

    ReplyDelete
  7. akak dah tau lama dah..tgk dr warnanya aje dh leh agak.kalau takat teh uncang 'boh' ke 'lipton'ke..nak jadikan warna sama cam kat kedai tu mau nya kena letak 3-4 uncang..

    ReplyDelete
  8. Kalau nak tau teh tu bahaya ke tdk..rendal dlm air sejuk..kalau bertukar kaler sah la bahaya..sbb teh selalunya tukar kaler bila rendam dlm air panas jek...pasni nak ngeteh buat sendiri jelah..

    ReplyDelete
  9. esok terus stop minum la nie. alahai......

    ReplyDelete
  10. cemomoi : diaorg nak untung lebih.. tu yg jadi gitu

    ReplyDelete
  11. not_kasut kuning @ klu yg murah tu daorg tmbah bahan pewarna tu yg bahaya kat kita

    ReplyDelete
  12. budakdegil@ tulah lepas ni akak nak order kopi ais kaw2 je

    ReplyDelete
  13. lynn @ sib baik lynn... munna ni dah ketagih dgn teh

    ReplyDelete
  14. ondeonde @ yg tu lah yg selamat rasanya...

    ReplyDelete
  15. daria @ kita tarik sendiri jelah daria lepas ni

    ReplyDelete
  16. diana @ sakit perut ye diana.. nasib baik

    ReplyDelete
  17. piasara @ betul tu kak klu nak yg kaw2 2-3 uncang x tentu lagi

    ReplyDelete
  18. cik shinju : betul tu.. ngeteh sendiri kat rumah jelah jawabnya

    ReplyDelete
  19. ada gak baca td munna, ishhhh takot owh skrg ni seme kena hati2 kan...walaupun hany bukan la jenis hantu teh ais, tapi kadang2 buat jugak...nk kena hati2 la pasni....

    ReplyDelete
  20. mujurlah tak suke ngeteh kat kedai..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails