Sahabat Alam Maya

Tuesday, January 18, 2011

Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro



Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan. Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. 


Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit...nyit...nyit dan tinggg.....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven. 



Cara masak melawan fitrah 



Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau  ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar. 



Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama,katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang! Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan.  



Ketuhar pengancam nyawa 



Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. 



Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!  Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an
mati menghidap kanser. 



Makanan jadi toksik 



Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia. 



Badan tak kenal makanan 



Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan. Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.  Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro,
para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda. 



Penemuan mengejutkan 



Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. 



Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini
menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan. Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun? 



Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang 



*** Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia    
       'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).

*** Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.



*** Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro. 

*** Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.

*** Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat
       makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.

*** Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam
       ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat. 



*** Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap
       penyakit ini.

*** Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.

*** Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan
       pengubahan serum darah.

*** Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan. 

Sumber : Mohd Rizal

P/S : baru je bercadang nak rembat satu... nampak gayanya tak jadilah... bukannya penting sangat  pun

41 comments:

  1. kite ada. tapi baru 2-3 kali pakai rasanya

    ReplyDelete
  2. wahh...nasib baik takde kat uma..huhu..pernah tengok kat mythbuster microwave meletup...kuat gila..huhu

    good_boy latest post Wahhh!! UFO Datang Malaysia!!

    ReplyDelete
  3. perghhhh rupenye bahaya betul bnde neyh ek...

    ReplyDelete
  4. baru je berhajat nk beli..alahaiii~~

    ReplyDelete
  5. aduh...baru jer cadang2 nak beli benda nie...senang sikit..keje pun mudah..

    ReplyDelete
  6. kak munna, me pun tak brani nak gune ketuhar selalu...sanggup lagi petik suis dapur..sreeeeeyyyy~ heheheh....

    ReplyDelete
  7. beru terpikir nak beli gaji ni.tapi tak jadilah munna.biarlah panaskan makanan kat dapur biasa je.

    ReplyDelete
  8. la..akak pom baru berhajat nk beli
    mikir sng nk panaskan..huhu

    jika gini..xjadilah.hehe
    panaskan cam biasa ajolah..
    msuk dale kuali jah..hehe

    tq for de info..

    ReplyDelete
  9. memang jarang guna mw..ashik guna oven ajer..

    ReplyDelete
  10. jarang guna ..sebulan ada lah skali dua guna buat baka ayam dan ikan saja..

    ReplyDelete
  11. wow gud info nie dikk
    x sangka kan bahaya .. akak ada tapi lately nie jarang sgt guna ..
    tulah masa beli tuu cadang nak guna dlm bulan puasa huhuhu
    nyway thanx dikk sharing info nie .. :)

    ReplyDelete
  12. Baru berhajat nak beli.. :( nasib belum terbeli..
    Nampak gaya nya.. kena sayang cemolot lebih2 laaa kat oven buruks saya kat umah nun!
    Hanya dia yg byk memberi jasa skang ni.. huhuu!!

    ReplyDelete
  13. huhu3..cma baru je cadang nk beli..huk huk...
    baca info psl ni tlh membukakan mata..

    tq 4 info kak munna...

    ReplyDelete
  14. munna...thanks syer info
    nasib ayu ada oven jer...

    ReplyDelete
  15. Dulu-dulu pun kakchik penah dgr tntang keburukan guna microwave ni.
    dulu-dulu kakchik pakaki gak microwave tp skrg dah tutup dgn kain lapik meja. haha ..

    thnks for sharing this munna.

    ReplyDelete
  16. mrs. k @ kena pikir dulu sblm guna

    ReplyDelete
  17. good_boy @ baik takde langsung kat rumah dik

    ReplyDelete
  18. farah @ mmg dah byk bukti yg benda ni bahaya

    ReplyDelete
  19. shaa boonita @ sama ngan munna..baru je tanya hubby boleh tak beli

    ReplyDelete
  20. mummyecha @ kena pikir byk kali kesan kat kita nanti mumuyecha oii

    ReplyDelete
  21. emme @ betul tu emme lagi baik guna dapur gas aje...

    ReplyDelete
  22. monalea @ bila baca kesan2 sampingan .. munna pun rasa x jadi nak beli

    ReplyDelete
  23. sarah-najwan @ samalah kita kak.. x jadi lah nampak gayanya

    ReplyDelete
  24. kak ina kl @ lebih baik takyah guna kak ina...takut gak

    ReplyDelete
  25. kakyon @ kalau dah ada takpelah kak... tapi bagi yg baru rancang nak beli baik tak payah

    ReplyDelete
  26. ieda @ mmg ramai beli sebab nak guna time bulan puasa yek..

    ReplyDelete
  27. cek lala @ betul tu .. baik takyah beli.. dah cemolot ke dgn oven buruk cek lala tu..

    ReplyDelete
  28. nazlieza @ yeah that's right bebeh

    ReplyDelete
  29. citarasa rinduan @ samalah munna pun ada oven buruk je.. mungkin peruntukkan untuk microwave tu akan disalurkan ke oven yg baru dan besar punya!

    ReplyDelete
  30. kt rumah belum ada lagi...

    see....hari2 kita terdedah dgn bahaya...bnda yg kita makan pun tak selamat...

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    POPULAR ??

    ReplyDelete
  31. salam

    terima kasih di atas peringatan ini...

    kadang-kadang nak cpt masuk micro terus je...huhu


    salam kenal dan follow disini :D

    ReplyDelete
  32. alaaaaaaaaaaa bru je nk beli sbb nk buat kek.......nk buat pizza ......alaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  33. kak chik @ betul tu kak ..tak payah dah guna lepas ni...

    ReplyDelete
  34. Amy syaquena @ kak munna rasa baik amy tak payah guna... klu terpaksa gak jgn guna selalu .. baik mencegah sebelum terkena kan

    ReplyDelete
  35. nabilah_2908 @ skrg ni macam2 yg menyenangkankan kita sekrg boleh jadi pembunuh kita nanti

    ReplyDelete
  36. diana @ mmg kuat guna elektrik microwave ni...

    ReplyDelete
  37. sissyira @ thanks ...sharing is caring kan..

    ReplyDelete
  38. nadey @ ala klu nak buat kek ngan piza pakai oven je... lagi senang...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails