Sahabat Alam Maya

Tuesday, January 25, 2011

Bayi baru lahir ditemui mati ditikam

KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati ditikam, dipercayai oleh ibunya di sebuah rumah sewa di Batu 4, Kampung Jawa di sini, hari ini. 


Mayat bayi yang berlumuran darah akibat ditikam beberapa kali itu ditemui di atas pelapik plastik dalam bilik air rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Zahedi Ayob, berkata wanita Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dipercayai melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi tadi.
"Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan melahirkan anaknya bersendirian dan menyembunyikan diri dalam rumah sewanya. 

"Polis mendapat panggilan pada pukul 12.45 tengah hari daripada orang awam yang mengesyaki sesuatu berlaku di rumah suspek," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan lemah dalam rumah itu dan polis turut menemui sejenis objek tajam yang dipercayai diguna dalam kejadian itu. 

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk bedah siasat, manakala wanita terbabit yang ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes itu, juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan. 
Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, berkata semalam beliau melihat wanita itu masih mengandung. 

"Semalam saya lihat perut besar, hari ini sudah kempis dan pagi tadi saya nampak bahagian belakang dia penuh dengan darah," katanya. - BERNAMA 

Sumber Berita Harian 

p/s : Sentap lagi dengan berita ini... apa mak jadi dgn ibu ibu ni.....

39 comments:

  1. Ya allah...tergamak buat ank sendiri macam tu....binatang pun tau sayangkan ank...

    ReplyDelete
  2. ayu sempat tengok berita di tv 3...
    warga mayanmar rupanya....

    sedih tu..islam..

    ReplyDelete
  3. Ya ALLAH,
    macam2 perkara berlaku skrg....makin menjadi jadi kan kakmunna. rasanya sekarang semua pihak dah kena fikir untuk bendung masalah yg semakin menular ni, bukan lagi nak gaduh2 berpolitik bagai. selesaikan perkara mcm ni dr akar umbi kan kak munna.

    ReplyDelete
  4. amy pun tengok berita ney kat tv tadi kak...agaknye orang yg neyh meroyan agaknye...2 yg sampai tgamak wat gi2...

    ReplyDelete
  5. tergamaknye membunuh........huhuhuu...

    ReplyDelete
  6. Kucing pun tau sayang anak lah. apa la nak jadi dgn manusia zmn skrg.

    ReplyDelete
  7. salam

    kesiannya kat baby ni....

    apalah diaorang ni ;(

    ReplyDelete
  8. huhuhu...kesiannya bayi yang x berdosa tu...

    ReplyDelete
  9. SEDIH SGT TGK BERITA NI SMLM..MAKIN MJADI-JADI DUNIA NI:-(

    ReplyDelete
  10. macam2, dunia sudah sangat hampir ke penghujungnya..

    ReplyDelete
  11. alahai..cite baby mati lg..sedih betol dgr cite2 cmni la..

    ReplyDelete
  12. apa la nak jadi sekarang nie , akalu tak nak mai sini kasi kat kita nie tak , begong betul la..

    ReplyDelete
  13. DENGAR JUGAK KAT HOTFM PAGI TADI. POMPUAN TU GILA LA AKU RASA.

    ReplyDelete
  14. ape kena lah ngan mak bb tu....cian bb tu ditikam2..x de perasaan langsung...

    ReplyDelete
  15. ya allah sana buang sini bunuh macam2 sekarang nie...

    ReplyDelete
  16. mummyEcha @ bila dah kena hasut dgn setan ginilah jadinya

    ReplyDelete
  17. citarasa rinduan @ munna pun dgr dari berita tv3 tadi terus update...

    ReplyDelete
  18. mzhany @ tu lah.. kak munna rasa tahun 2011 ni awal2 dah byk cerita pasal kanak dan bayi ni...

    ReplyDelete
  19. amy @ tu dah meroyan sgtlah tu... dah tu pulak anak tak tahu siapa ayah dia tu yg jadi gitu

    ReplyDelete
  20. emme @ mmg tak terbayangkan macamanadia sanggup membunuh

    ReplyDelete
  21. cemomoi @ tu akal dan fikiran dia dah dikuasai oleh setan tu yg jadi gitu

    ReplyDelete
  22. kakchik @ tulah kakchik kita anak kucing pun kita syg inikan pula nak bunuh anak sendiri

    ReplyDelete
  23. sissyira @ mmg kesianlah.. bukan baby tu minta jadi macam tu kan,,,

    ReplyDelete
  24. lyafrina @ hari ada je berita macam ni kat berita dan akhbar kan lya

    ReplyDelete
  25. en. epai @ agaknyalah..peringatan buat kita semua

    ReplyDelete
  26. budak degil @ mmg sedihlah ein dgn citer2 macamni

    ReplyDelete
  27. nazlieza @ mmg tak layak langsung

    ReplyDelete
  28. amy syaquena @ dia tak pikir panjang dah.. padahal macam2 cara kalau taknak kan baby tu...

    ReplyDelete
  29. kyuubi @ seram, geram dah sedih bila baca

    ReplyDelete
  30. syani @ dia dah tak tahu tahu nak pikir agaknya.. setan dok hasut aje

    ReplyDelete
  31. cma shiema @ dia ingat dgn bunuh anak dia masalah boleh selesai agaknya

    ReplyDelete
  32. angah @ makin menjadi-jadi sekarang ni

    ReplyDelete
  33. ardinihumaira @ dah kena rasuk oleh setan ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails