Teh sukat jadi punca kanser
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.
"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.
"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.
Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.
Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.
Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.
"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.
"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
melampo betui dorang ni
ReplyDeletenot pun ada degar jugak...teh tarik blh mnyebabkan kanser...tp x pasti sejauh mana kebenaran nye...
ReplyDeletethanks for the info munna.. :)
sy kalo p kedai order kopi ais je kak..teh2 ni kureng..huhu..
ReplyDeleteteh hijau xpe..:p
nasib baik la lynn nie kurang gemar teh tarik...
ReplyDeletekne pakai teh chap boh atau lipton la plak lepas nie..
ReplyDeletethanks 4 sharing :)
tapi teh tarik sedap...canne niiiii????
ReplyDeleteakak dah tau lama dah..tgk dr warnanya aje dh leh agak.kalau takat teh uncang 'boh' ke 'lipton'ke..nak jadikan warna sama cam kat kedai tu mau nya kena letak 3-4 uncang..
ReplyDeleteKalau nak tau teh tu bahaya ke tdk..rendal dlm air sejuk..kalau bertukar kaler sah la bahaya..sbb teh selalunya tukar kaler bila rendam dlm air panas jek...pasni nak ngeteh buat sendiri jelah..
ReplyDeleteesok terus stop minum la nie. alahai......
ReplyDeletecemomoi : diaorg nak untung lebih.. tu yg jadi gitu
ReplyDeletenot_kasut kuning @ klu yg murah tu daorg tmbah bahan pewarna tu yg bahaya kat kita
ReplyDeletebudakdegil@ tulah lepas ni akak nak order kopi ais kaw2 je
ReplyDeletelynn @ sib baik lynn... munna ni dah ketagih dgn teh
ReplyDeleteondeonde @ yg tu lah yg selamat rasanya...
ReplyDeletedaria @ kita tarik sendiri jelah daria lepas ni
ReplyDeletediana @ sakit perut ye diana.. nasib baik
ReplyDeletepiasara @ betul tu kak klu nak yg kaw2 2-3 uncang x tentu lagi
ReplyDeletecik shinju : betul tu.. ngeteh sendiri kat rumah jelah jawabnya
ReplyDeleteada gak baca td munna, ishhhh takot owh skrg ni seme kena hati2 kan...walaupun hany bukan la jenis hantu teh ais, tapi kadang2 buat jugak...nk kena hati2 la pasni....
ReplyDeleteuiittttt seramnyerrrrrrr munnaa
ReplyDeletemujurlah tak suke ngeteh kat kedai..hehe
ReplyDelete