Sahabat Alam Maya

Thursday, January 13, 2011

Puding Caramel Versi Munna


Selepas teruja tengok puding ini dekat blog Kak Ina KL. Balik aje dari office terus singgah mini market dan beli bahan-bahan dia. Malam tu lepas je siap masak untuk dinner terus google resepi yang paling mudah dan simple kat internet. Jumpa dah resepi puding ini kat blog Home Sweet Home.

Apalagi misi diteruskan . Mudah sangat nak buat  masuk je semua dalam blender dan blend sampai sebati lepas tu kukus. Dah jadi pun Puding Karamel versi munna. Yang part karamel cik abang munna yang buat. Memang bestlah puding ini lagi-lagi kalau makan yang dah disejukkan dalam fridge. 


BEST CARAMEL PUDDING




Bahan:-
  • 6 biji telor saiz sederhana
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 3/4 tin air (sukatan tin susu sejat di atas)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung

Untuk Caramel:-

  • 10 sudu besar gula pasir
  • 1/3 cawan air panas

Cara Membuat:-
  1. Untuk Caramel - Masak gula pasir dalam kuali dengan api perlahan. Kacau sehingga gula mencair dan benar2 cair dan tidak berketul (lebihkurang 8 - 10 minit).
  2. Bila gula telah bertukar keperangan (jgn sampai gelap, nnt pahit), masukkan air dan kacau-kacau sebentar dengan api paling kecil. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan agar caramel mengeras sedikit.
  3. Untuk Puding - Panaskan kukusan. Sediakan blender, masukkan semua bahan dengan mendahulukan bahan cair. Kisar 2 - 3 minit hingga bahan semua sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi caramel dan kukus lebihkurang 25 - 30 minit atau hingga puding masak/membeku. (jika menggunakan acuan2 kecil, tempoh mengukus hanya 15 - 18 minit sahaja).
  4. Setelah masak, biarkan sebentar pada suhu bilik agar wap panas hilang. Masukkan dalam fridge biarkan benar2 sejuk baru diterbalikkan ke dalam bekas hidangan. 

17 comments:

  1. kak munna, buat lebih sikit, send kat umah mE yea, hahahha...

    ReplyDelete
  2. pergh.. my feberet ni.. tapi takleh buat kat umah sebab periuk kukus takde.. kekeke

    ReplyDelete
  3. kak munna hantar sini sikit boleh..hilang stress bile tengok puding kak munna nie..

    ReplyDelete
  4. emme @ blm sampai rumah emme.. dah habis hancuss dgn abg posto akanya

    ReplyDelete
  5. mrs. k @ boleh je kalau nak bakar dalam oven puding ni

    ReplyDelete
  6. ni antara kuih yg salu akak buat..hehe

    ReplyDelete
  7. antar sikit kat faa munna...heeehee..leleh air liur nengok

    ReplyDelete
  8. Salam Munna,
    Thanks for trying...worth it kan! Hehe..terliur lak tgk..

    ReplyDelete
  9. sarah @ munna ngan hubby selalu sblm ni beli aje... bila buat ni tgk senang aje ah tu menjadi lah pulak...mmg boleh buat selalu lah lepas ni

    ReplyDelete
  10. Ummi Talhah @ klu dekat munna dah roger.. jemput faa dtg rasa...

    ReplyDelete
  11. Ummi @ memg berbaloi kak ummi.. sedap sangat lepas tu cantik gebu je puding munna rasa sayang je nak makan

    ReplyDelete
  12. dah lama tak buat...memang sedap makan lepas keluar peti sejuk...sekali hadap je ni..

    ReplyDelete
  13. oh my...puding...
    bole cuba resepi ni..
    nyum2...

    ReplyDelete
  14. oppsss angah kurang gemar puding...sebab kalau makan sikit ok la... kalau bnyk tak lalu....

    p/s: yg tadi buang yee dah silapp

    ReplyDelete
  15. hurm nampak sedap dan mcm senang nk wat jer hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails