Sahabat Alam Maya

Friday, March 25, 2011

TERKINI !! Gempa Bumi Di Sempadan Myanmar dan Thailand

Myanmar dan Thailand pula di gegarkan oleh gempa bumi... walaupun tak menyebabkan tsunami tapi ada juga yang terbunuh di Thailand... Takutnya bila dengar berita ini... Sekarang ni selalu sangat bencana alam yang terjadi di bumu ini... Harapnya kita semua dah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang tiba...



Thailand Rasai Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar
BANGKOK, 24 Mac (Bernama) -- Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Khamis.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

'Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan," katanya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar terletak jauh di pedalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menjelaskan pusat gempa bumi itu terletak 1,613km dari Barat Laut Kangar, Perlis.

Kenyataan itu menambah Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini mengenai gempa tersebut.

Gempa bumi pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.

-- BERNAMA

14 comments:

  1. Assalam,

    Harap2 takdalah gempa bumi berlaku di Malaysia. Rakyat muslimin Msia harap banyak2lah solat dan berdoa, laksanakan yg disuruh dan tinggalkan segala larangan2.

    ReplyDelete
  2. kakmunna, risau jugak dgr kat brita tadi...dekat sgt dah tu dgn Malaysia ni kan...YA ALLAH....

    ReplyDelete
  3. Satu amaran Allah untuk kita sama-sama berjaga-jaga atas musibah yg dah tak tentu masa.

    ReplyDelete
  4. amboih makin dekat dah ni... jangan negara kita pulok kena nanti

    ReplyDelete
  5. semuga allah memelihara dan melindungi kita semua dari bencana yg dasyat..

    ReplyDelete
  6. semuga Allah memelihara dan melindungi kita semua dari bencana yg dasyat

    ReplyDelete
  7. takut juga kak munna..semakin menjadi2 gempa bumi ni..pulak tu semakin dekat ngan msia..

    ReplyDelete
  8. semalam amsa dengar dekat berita terkejut sangat , minta di juahkan la dari musibah dan bencana alam seperti ini amin..

    ReplyDelete
  9. makin bnyak gempa bumi sekrang....huhu

    ReplyDelete
  10. Ya Allah...semoga Malaysia terselamat dr bencana2 alam spt ni...bumi ni dh semakin tua nampaknyaaa....

    ReplyDelete
  11. salam

    harap semua ni jauh daripada kita ..

    ReplyDelete
  12. Bumi dah semakin nipis... Harap kita semua tak lupa, nie semua tanda amaran dari allah supaya kita semua beringat..

    ReplyDelete
  13. bumi dh sampai ke penghujung ni...nk ikutkan bumi ni dh tua sgt...harap2 kita tk mudah alpa dan leka

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails