Selalunya kalau ada kenduri kat kawasan munna ni mesti ada yang sediakan shisha untuk orang-orang yang tolong rewang masa kenduri. Selalunya anak-anak muda memang suka hisap shisha ini. Baru-baru ini kerajaan dah haramkan penggunaan shisha kerana ianya lebih bahaya dari rokok.
SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.
sumber Tok Wan
bahaya sgt2 kan
ReplyDeleteSaya pernah tengok, orang perempuan pun sekarang ramai yang selamba jer hisap shisha nii...
ReplyDeleteAntara Tergelak dengan Terbahak... Hak Hak Hak Hak!
heran mcm mna tetiba boleh wujud shisha ni..dlu rokok je..skrg lg dahsyat lah alat pembunuh ni kan
ReplyDeletepernah dengar pasal isu nie...x sangka lagi teruk dr merokok.Nasib baik asben bukan penghisap shisha or merokok..
ReplyDeletedulu dok kl penah la skali isap menda alah nie. mmg x leh blah la. kne sedut dalam2. x best!! hahaha
ReplyDeletebahaya kak munna, yg bahaya tu la, org sedap nak buat, hahahhaa...cenne?selagi tak sakit, selagi tu la tak brenti buat perkara yg dilarang....huhuhuhu....
ReplyDeletea ah kak,ade tgk gak psl shisha ni.kdg2 perempuan pn hisap gak O.o
ReplyDeletetulah yana kdg2 nmpak dpn public selamba je diorang..hukuman lebih berat patut dikenakan...munna nk fm dr sabah tk?
ReplyDeletesy sokong ia diharamkan..ia jelas langsung tidak bermanfaat..wajar ia diharamkan seperti pengharaman rokok
ReplyDeletebetul tu kak..bahaya shisha lebih tinggi dr merokok
ReplyDeletesy xpenah pulak try bende2 ni..kate pon asap, x hengen la nak menyedutnye..ahahaa
ReplyDeleteBetul tu kak, dah ler Shisha nie leh kongsi reramai sapa saja, bayngkan berapa mulut yg guna untuk hisap shisha nie.. Mujuq my hubby tak suka..:)
ReplyDeleteatie suka shisha flavor honeydew.. dulu shisha ngan atie takleh dipisahkan.. lama2 minat tu berkurangan sendiri.. atie kenal shisha sejak tahun 2004.. gian shisha bagi atie tak sama ngan gian rokok.. gian rokok lagi terukk..
ReplyDeleteTak suka tengok dan dekat dengan orang yang hisap shisa nie..boleh mabuk di buatnya
ReplyDeleteskrg ni...bnyk restoran2 sediakan shisha nih...
ReplyDeletejom ke APA KATA HATI pulak,
KENAPA SOROKKAN SHOUTBOX
mende alah ni lebih kurang rokok gak..
ReplyDeletedripada dok suap mende ni..lebih baik mkn sayur atau buah kan..
salam
ReplyDeletekat mapler banyak sisha..
candu... emang le merosakkan yang herannya bule pulak isap secara terbuka
ReplyDeletemunna--
ReplyDeleteselamat pagi..
semalam tak sempat sampai sini..
mengantuk yang sangat..
ayu dah dengar dr radio jumaat lepas, en zalie dengar terlopong..sbb yang dia tau shisa bagus utk perafasan..
terus dia kata..mujur dia tak pernah hisap
cik abg siap nk beli satu letak kt umah...aiyakss....soryy jgn harap lah..nk buka kedai sisha plak..
ReplyDelete