Sahabat Alam Maya

Thursday, March 17, 2011

Sudah 3 Malam Bebas Dari Pampers

Alhamdulillah ... setakat ni dah 3 malam kakak meya tidur tanpa pampers. Setakat ni takde terbabas kencing malam lagi. Kalau nak ajar anak tidur malam tanpa pampers memang kena bersabar lah sikit. Nak share sikit tips dengan ibu-ibu dan bakal-bakal ibu semua ye:-

  1. Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila terasa nak buang air. Kalau takut nak ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan.
  2. Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Tapi kadang-kadang ada juga kes kalau dah mengantuk sangat dia buat tak tau je. Sibuk dok layan ngantuknya tu. Diwaktu sebegini, seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
  3. Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas diwaktu malam atau apabila dia tidak kencing ditilam
  4. Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tapi kalau anak tak nak bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa kebilik air sebelum tilam anda dibasahkan.
  5. Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing diatas tilam tu tak bagus – contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada anda sekeluarga.
  6. Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis, comforter atau toto yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing diatasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai toto atau comforter.
Diharap tips diatas membantu.

13 comments:

  1. kak,tahu x,jat dr kecik pun rasanya bnda yg sama.kena kncing b4 tidur.

    skrg dah jd habit,selagi x kncing,selagi 2 xleh tidur O.o

    ReplyDelete
  2. save duit kak munna beli pampers, kire berjaya la tu, tahniah!!!

    ReplyDelete
  3. elok la.. angah pun nak suruh gugurl macam tue gak..

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tip. Tengah training Adib diaperless bila tidur malam. Masa kakak dia dulu, senang sangat, si adik lak liat sikit.

    ReplyDelete
  5. dpt pengetahuan yg baru... :)

    nk aplikasikan pada anak..x kawin lagi...ni kn pula ada anak..huhuhu.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SELALU KEKERINGAN IDEA ??

    ReplyDelete
  6. yeah!..gud job kak meya!..aummuaahh!

    ReplyDelete
  7. tahniah...akak pun dlm proses melatih Humaira utk kurangkan@ terus tinggalkan pampers..walaupun agak sukar almaklumlah pergerakannya agak terhad tp akak nak cuba gak..:-)

    ReplyDelete
  8. Bagus entri nie at least amy tahu untuk akan datang hehe...

    ReplyDelete
  9. same2lah kita ... tp sy masih pakaikn ank sy pampers waktu mlm..sbb dia mmg akan trkencing walaupun baru tido sekejap..

    ReplyDelete
  10. Tips yg baik nie kak.. tima kasih ye.. Nnti Mj ada anak nanti leh praktis:)

    ReplyDelete
  11. insyaAllah..tips ini akan berguna juga dikemudian hari nanti untuk diriku.. :)

    ReplyDelete
  12. Firdaus tak pernah lagi kencing atas tilam.senang je budak kalau time tidur tiba-tiba cam nangis, maksudnya dia nak kencing tapi malas nak bangun, cepat kejutkan dorang suruh kencing. Lagi satu kena kurangkan susu, banyakkan makan nasi.jadi masa malam dia tak delah terkencin-kencing.

    makcik suka pakaikan dorang stokin, sapukan vicks kat tapak kaki dia.

    Munna okeylah anak ko tu.

    ReplyDelete
  13. info yg berguna kak..cma tgh mengjar ank yg sulung ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails