Empat orang lelaki yang tidak mengenali antara satu sama lain sedang duduk di bilik menunggu di sebuah klinik bersalin. Mereka sedang menunggu isteri masing-masing melahirkan anak pertama.
Mereka berempat kelihatan resah menunggu kelahiran anak pertama masing-masing. Tiba-tiba pintu bilik dibuka, dan seorang jururawat muncul.
“Mr. Ramesh..!”
“Ya, saya misi..”
“Congratulation, Mr. Ramesh. You dapat twins!”
“Oh! Thank God. Maybe ini satu coincident!” kata Ramesh.
“I kerja dengan Petronas Twin Towers.”
Kemudian pintu bilik itu dibuka lagi, seorang lagi jururawat datang.
“Encik Chan..!”
“Yes, nurse…”
“Tahniah, Encik Chan. Isteri you dapat kembar tiga.”
“Waaa…!! Ini pun satu coincident maa… Lu orang tau ka, wa kelija sama itu 3M Corporation”
Lagi sekali pintu bilik tersebut dibuka, dan jururawat pun muncul.
“Encik Salim…!”
“Saya, misi… macamana isteri dan anak saya?”
“Tahniah, Encik Salim. Bergembiralah kerana anda baru sahaja mendapat kembar empat.”
“Alhamdulillah…!! Ini juga satu kebetulan sebenarnya. Saya bekerja di Four Season Hotel” kata Salim kepada tiga orang lelaki tersebut.
Kemudian ketiga-tiga mereka, Ramesh, Chan dan Salim perasan akan perubahan wajah pada seorang lagi lelaki yang sedang duduk menunggu. Wajahnya pucat lesi. Badannya berpeluh.
Mereka bertanya kepada lelaki tersebut, “Kenapa encik nampaknya begitu risau sekali?”
Dengan suara terketar-ketar, dia menjawab.
“ERR… SAYA KEJE KAT SEVEN-ELEVEN!”