Sahabat Alam Maya

Saturday, April 30, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu Kelima

Layan Video Maharaja Lawak Minggu Kelima

MAN


NABIL


BALAS


JAMBU


JIHAN


SEPAH


AMIR


JOZAN


PENYINGKIRAN

Friday, April 29, 2011

Jihan Pula Tersingkir Maharaja Lawak Minggu Kelima



Minggu ini giliran Jihan pula disingkirkan dari rancangan Maharaja Lawak. Jihan merupakan satu-satunya peserta wanita dalam rancangan ini. Minggu ini nampaknya semua persembahan peserta agak kurang lawak munna rasa.

Minggu ini pilihan munna untuk persembahan terbaik ialah kumpulan Balas. Amir pun ada peningkatan yang lain biasa saja lawaknya.Agaknya kena bagi tugas tertentu baru lawak mereka menjadi agaknya. Contohnya masa juri bagi task Muzikal Komedi persembahan mereka semuanya lawak-lawak. tapi bila bagi tema bebas habis semuanya caca marba.

Jumpa Blogger Madam Azian Yang Peramah

Masa harijadi Yasmin yang lalu ada seorang blogger yang sudi datang ke majlis munna. Dah 2 - 3 kali juga sebelum ini dia sms munna nak jumpa tapi ada saja halanganya. Kebetulan buat majlis ini munna jemput sekali dia datang. Alhamdulillah dapat juga kami bersua muka secara live pada hari itu.


Blogger yang munna maksudkan ialah Azian.  Azian datang dengan 3 hero belang hari tu... Hubby Azian pun sporting orangnya. Seronok rasanya bila dapat berjumpa dengan kawan maya secara realiti. Terima kasih Azian kerana sudi datang majlis ni,  bagi hadiah birthday buat Yasmin dan juga ole-ole dari Bandung tu. Kak munna memang suka FM.

Mudah Je Nak Buat Coklat Sudu

Ramai juga yang bertanya dengan munna cara nak buat coklat sudu yang munna buat masa birthday Yasmin hari tu. Mudah sangat nak membuatnya. Daripada yang beli atau kita tempah pada orang lain  yang ini lagi menjimatkan kos dan mudah saja kita nak membuatnya. Orang yang tak pergi kelas buat coklat pun boleh buat coklat sudu ini. Bahan-bahan yang nak digunakan pun mudah aje nak dapatkannya.

Beryl's Gourmet Milk Chocolate Compound
Untuk buat coklat seelok-eloknya beli coklat compound jenama ini. Yang ini memang gerenti sedap. Gunakan milk chocolate ye kalau guna cark chocolate nanti pahit pula. Lepas tu Double boiler macam biasa kalau macam munna jerang air sehingga mendidih lepas tu letakkan coklat yang dipatah-patahkan dalam bekas lain dan letak atas air yg mendidih tadi, Lepas tu kacau je sehingga cair. Tapi awas ye coklat ni pantang kena air walaupun setitik.

Lepas tu sejukkan sekejap dan masuk dalam piping bag dan mulalah picit coklat ke dalam sudu. Lepas tu taburlah sikit decorated sugar sebagai hiasan untuk menambahkan kecantikan coklat sudu tu. Munna sejukkan coklat ni semalaman dulu sebelum munna bungkus dalam plastik dah ikat dgn reben.
 Mudahkan...  cubalah try...

Blogger Nabila kata...  ada yang jual coklat sudu ni RM 1.20 untuk sebatang sudu. Punyalah banyak untung sebab masa munna buat coklat sudu ni untuk sebungkus coklat tu munna boleh dapat dalam 125 batang coklat sudu ... kalau kira jual dah dapat RM 150.00. Padahal kos untuk membuatnya munna rasa dalam RM 30 saja.  

Thursday, April 28, 2011

Coklat Sudu Sedapnya!

Coklat sudu ini munna buat untuk di isi dalam goodies bag untuk budak-budak yang datang masa jamuan birthday Yasmin. Seronok budak-budak bila dapat sudu yang ada coklat ni. 


Munna dapat idea untuk buat coklat sudu ini lepas tengok kat blog Lynn. Sebelum bagi kat budak-budak bagi birthday Girl rasa dulu.


 Yasmin suka sangat ... kakak Meya lagilah belum jamuan lagi dia dah makan 4 sudu coklat .


Alahai..comotnya anak ummi....suka dapat makan coklat

Goodies Bag Untuk Budak-Budak

Majlis harijadi tak best rasanya kalau takde ole-ole untuk budak-budak kan.  Untuk birthday Yasmin munna dah sediakan 90 goodies bag.  Habis licin semuanya, bukan setakat budak2 je yang suka, mak2 budak dengan tok nenek budak pun berebut nak kan bagi ini.


Ingatkan buat dua jenis bag nak bagi yang gegirl gambar kucing manakala untuk boboy bagi plastik Batman. Tapi time bagi tu budak2 berebut , tak kisah dah yg mana satu janji dapat sorang satu. Tapi budak-budak ini ada juga yang pakai taktir kotor kata tak dapat lagilah, nak untuk adiklah dan untuk adik yang tak datang pun diaorg minta tapau sekali. Munna layan aje.. lagipun memang dah standby buat extra sebab tahu mmg macamni nanti jadinya.


Ini dia yang munna isi dalam goodies bag.  

Wednesday, April 27, 2011

Cerita Di Sebalik Majlis Birthday Nurain Yasmin

Sebelum munna cerita lebih lanjut cerita masa majlis Yasmin ini, munna nak minta maaf dulu ye. Sebab ramai yang tertunggu-tunggu munna upload gambar masa majlis tu dia adakan. Tetapi apakan daya kerana terlampau sibuk melayan tetamu pada hari tu munna tak berkesempatan langsung nak ambil gambar masa jamuan tu.

Majlis bermula pada pukul 5 petang di dahulukan dengan bacaan Yassin dan kebetulan ada Ustazah yang datang pada hari itu ada juga Tazkirah yang di baca selepas bacaan Yassin. Jadi agak lambat sesi memotong kek dilaksanakan. 


Kek yang di tempah khas dari blog Kamalina memang tidak menghampakan. Walaupun kak Aimi kata dia tak puas hati dgn finishing kek ni tapi budak2 semuanya berebut terutama cupcakes sebab comel sangat dgn deko yang ceria.  


Majlis memotong kek agak kelam kabut sebab Yasmin dah mula mengamuk. Tu yang tak dapat nak snap gambar masa potong kek. Kakak meya yang tak sabar-sabar nak makan kek. Yasmin tengah menangis dengan kuatnya masa nak potong kek


Bagi cup cakes tu baru Yasmin berhenti menangis.


Menu untuk majlis ini... macam2 ada. Ada set nasi tomato, bihun goreng apam dot dot, puding marble, kaswi, kuih nagasari, lompang dan last minute menu rojak buah. Munna memang tak sempat nak snap gambar menu masa jamuan ni. Ini pun munna ambil dari blog rakan blogger yang datang masa jamuan ini. Siapa blogger tu?... nanti munna cerita ye...

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar semuanya yang munna rancangkan menjadi. Tetamu yang datang pun ramai juga hinggakan terpaksa makan di luar kawasan rumah mak munna. Pada tetamu yang datang munna ucapkan terima kasih dan mohon maaf sekiranya layanan dari munna dan keluarga kurang memuaskan.

Tuesday, April 26, 2011

Dah Nak Kena Servis Rupanya


Biasalah perempuan kebanyakkanya cuma pandai bawa kereta saja.  Bab-bab servis kereta atau baiki memang tolak tepi je. Dah kena tegur dengan En. abang yang meter kereta dah patut hantar servis kat Perodua  barulah perasan yang meter Alza munna dah lebih 5000 KM. Nampaknya kena tunggu hari cuti En. abang lah baru hantar kereta munna ni  ke pusat servis. 

Monday, April 25, 2011

Sibuk Betul Ni!

Aduhai... Banyak yang munna nak update kat blog ini tapi kesibukan dengan kerja-kerja di office terpaksalah di dahulukan.  Weekend baru ini munna sibuk dengan persiapan majlis birthday Yasmin jadi tak sempat nak update mana-mana cerita kat blog ini. Sat lagi munna update ye. Tunggu...

Friday, April 22, 2011

Alex Terkeluar Maharaja Lawak Minggu Keempat



Minggu ini giliran Alex pula tersingkir dari Maharaja Lawak. Minggu ini lawak semua peserta agak kurang lawak munna rasa. Tapi  yang terbaik ialah Jozan, Jambu dan Sepah. Amir pun nampak banyak peningkatan. Ok lah nanti munna upload video untuk minggu keempat ye.

Banyaknya Cicak.. Kalau Tokek Takpe Juga


Baru-baru ini munna perasan banyak betul tahi cicak kat bilik air munna. Benci tau!..kalau tokek takpe juga..boleh jual untung-untung boleh jadi jutawan nanti. Munna nak share tips untuk menghalau cicak dekat sini.





1.Makanan cicak ialah serangga. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga, sikit cicak. Kalau anda ingin hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tidak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.

2. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Ia tidak tahan pijau. Tumbuk 2 biji lada merah atau 5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam botol spray dan anda spray di tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk bermusyawarah dalam kumpulannya, ataupun cicak menyorok.

3. Cicak tidak suka dengan kulit telur ayam. Mungkin ia alergik dengan mineral kulit telur. Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam masa 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil. Lekatkan berapat-rapat pada cardboard dan gum.

4. Cicak memang takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

Percubaan Kali Kedua Menjadi


Percubaan munna buat apam dot dot kali kedua . Akhirnya menjadi juga buat apam ini. Tapi munna telah menderhaka dengan resepi yang sepatutnya ... sebab nak mudah munna cuma beli tepung sponge ready mix yang cuma perlu  tambah telur dan santan je lepas tu terus kukus. Ini semua nak cepat dan mudah punya pasal. Gumbira rasa di hati bila yang kita buat membuahkan hasil yang diharapkan.

Thursday, April 21, 2011

Tunas Manja Temerloh Dah Di Buka


Warga-warga Temerloh sekalian Tunas Manja dah di buka hari ini. Pembukaan secara besar-besaran telah diadakan dan banyak harga-harga barang yang di jual telah di turunkan harga untuk hari ini saja.

Chewah!!... sebenarnya bila Tunas Manja ini dah di buka di Temerloh ianya menjadi tempat nak menghabiskan duit paling besar kat sini. Munna dah survey tempat ni malam sebelum pembukaan lagi kiranya standard Giant dah Tunas Manja kat Temarloh ni. Siap ada food court dalam ni. Ingatkan nak pergi sana lunch break tadi, tapi bila officemate kata sesak giler kat situ tak jadi nak pergi.


Rezeki Orang Belanja Makan Tengahari Hari Ini

Awalnya munna makan tengahari hari ini. Kebetulan orang nak belanja..terima dengan sukanya. Tapau dan makan kat office je depan pc sambil blogwalking. Bahagia rasanya!


Dah teraddict dengan toasted pocketfull ni...klu ke KFC ini je yang munna order

Wednesday, April 20, 2011

Khasiat Limau Nipis

Bila tengok rancangan memasak, terutama dari negara Mat Salleh diaorang suka sangat gunakan limau nipis dalam masakan. Jom tengok apa khasiat limau nipis ni

1. Nasi putih dan lembut – perahkan sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi.
2. Jus limau nipis boleh melembutkan telur.
3. Melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan cara memerap.
4. Air gula dimasak menjadi putih dan berkilat, bertahan lama serta tidak kekuningan – dimasukkan sekali dengan jus limau nipis.
5. Menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam.
6. Jus limaunya boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
7. Mengandungi asid sitrik yang boleh menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut dan memudahkan penghadaman.

Pon! Pon! Pon!... Siapa Nak Tumpang Kereta Budak Berdua Ini

Kalau ke shopping mall tak naik kereta ni memang tak sah. Mesti tarik muka masam kakak Meya. 


Suruh naik berdua dengan Yasmin, adiknya tak mahu nak conquer sorang-soramg kereta tu 


Sengih bila dapat pegang handle tu sendiri.


Kakak Meya yang happy dapat naik kereta ini..ada siapa-siapa yang nak tumpang ke?

Tuesday, April 19, 2011

Persiapan Majlis Birthday Nurain Yasmin


Hari ahad 24/4/2011 ini munna dah rancang nak buat majlis bacaan Yassin dan sambutan birthday untuk Yasmin. Setakat ini menu untuk majlis tu munna dah ada, kek dah tempah dan  esok nak cari jajan untuk budak-budak masa birthday nanti. 

Untuk menu munna dah bercadang nak buat :-

1. Nasi tomato dengan set ayam merah, dalca dan acar

2. Bihun Goreng ( Wajib untuk budak2)

3. Apam Dot Dot

4. Puding Marble

5. Kuih muih sponsor dari kakak munna


Kek pula dah tempah dari Kamalina

- order 50 cup cakes dan sebiji kek size 9" (harapnya mencukupi)


Part jajan dan deco untuk malis ni baru nak survey besok

Mana-mana bloggers yang duduk area dekat dengan munna jemput hadir ye .. boleh kita bertemu muka dan sembang panjang.

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Filem Terbaru Mamat Khalid



Ini dia filem terbaru Mamat Khalid yang akan mengegarkan panggung tak lama lagi. Tak sabar rasanya nak tengok filem ni.. harap-harap lagi best dari hantu kak limah. Sebab bandar Temerloh ini ni takde panggung wayang tinggi harapannya Astro First tayangkan filem ni nanti...

Monday, April 18, 2011

Petua Memilih Tudung Mengikut Bentuk Muka

Nak pakai tudung pun kena pilih juga yang mana satu sesuai dengan bentuk muka kita... barulah lebih anggun dan sesuai dengan muka kita nanti. Munna nak share petua ini dengan kawan-kawan semuan ye...

Bentuk Muka Oval
Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.

Bentuk Muka Petak
Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat
Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Apam Dot Dot Ku Tak Menjadi


Alahai!... punyalah semangat nak buat apam ini... tapi hasilnya tak begitu memuaskan. Rasa dan gebu dah ok... mencapai standard piawaian yang di kehendaki... tapi part dot dot tu tak menjadi. Sebelum masuk periuk pengukus dah cantik munna dot dot kan... tapi bila dah masak macam tak menjadi je... mungkin sebab warna dia kot tu yang jadi begitu.. Cer citer cer citer siapa yang otai buat apam ini agaknya apa salahnya...


Munna cuba buat ini sebab nak tengok menjadi tak munna buat. Ingatkan nak buat apam ini untuk majlis birthday Yasmin 24/4/2011 nanti.

Sunday, April 17, 2011

Eka Peserta Kedua Tersingkir Akademi Fantasia 9


Minggu ini munna rasa persembahan pelajar semuanya kurang meyerlah. Pelajar yang terkeluar minggu ini ialah Eka. Akademi Fantasia kali ini ada kejutan di mana ada peserta luar yang akan di bawa masuk selepas ini. Dah hilang minat rasanya nak tengok AF 9 lepas ni

Saturday, April 16, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu Ketiga

Jom layan Maharaja Lawal minggu ketiga bagi yang takde Astro ataupun Astro Mustika di rumah

























R2 Terkeluar Maharaja Lawak Minggu Ketiga



Memang tak sangka R2 terkeluar malam tadi. Walaupun persembahan diaorang kurang menjadi minggu ini at least lebih baik dari Amir. Ingatkan Amir yang diundi keluar tetapi bukan rezeki R2 rupanya. Ramai yang suka Amir rupanya..I'm sorry memang munna tak minat dengan Amir ni. Berharap sangat juri gunakan imuniti untuk selamatkan R2 tapi takde ... kesian R2

Wai dan XN3 Terkeluar Minggu Kedua Maharaja Lawak

Ingatkan seorang je yang terkeluar minngu kedua rupanya 2 kumpulan terkeluar minggu ini. Tapi rasanya memang tepat pilihan orang ramai. Memang dua-dua kumpulan kurang lawak daripada yang lain. Terutama seka;i lumpulan Wai, mungkin keputusan diaorang untuk bergabung tak sesuai dan nampaknya tiada keserasian antara mereka

Friday, April 15, 2011

Sesekali Makan Sushi


Bukan selalu makan shushi ni. Cuma kalau pergi Jusco saja munna suka beli makanan jepun ni. Uoals semua suka tak? 

En. abang munna mula-mula tak nak cuba rasa ...sekali dia rasa terus separuh dia balun.

Tapai Pulut Hitam

Suka makan tapai pulut tak? Munna memang suka makan tapai lagi-lagi yang pakai pulut hitam lagi sedap. Kalau musim raya makan tapai ini dengan lemang memang best. Tapi bagi yang ada penyakit tu kena berhati-hati sikit bila makan tapai ni sebab dia panas.


Tapai pemberian SIL dari Kelantan yang di bungkus dengan daun pisang. Kalau di sini biasanya gunakan daun getah


Tapai pulut htam yang manis. En. abang munna pandai buat tapai tau, biasanya kalau orang kenduri atau musim perayaan pasti ada orang yang tempah. Tapi sekarang ini dah jarang ambil tempahan sibuk sangat dengan perniagaan ayam goreng dia.

Thursday, April 14, 2011

Sesi Membalas Dendam

Wah! dah dua hari tak berblog rasa dah berabad lamanya. Sekarang ni munna nak balas semula jejak-jejak jari yang sudi menyinggah di blog munna ni. Komen pun banyak yang nak di balas, sabar ye kalau tak cepat, lambat pun munna mesti datang blog kawan-kawan semua. Ini tengah membalas komen dulu...sat lagi munna mai na...

Tuesday, April 12, 2011

Tanda Kenangan Dari Terengganu

Kalau dah pergi bercuti-cuti, mestilah beli tanda kenangan kan. Ini je yang sempat munna beli sebagai tanda kenangan di Terengganu.


 Fridge magnet yang comel. Sejak dua menjak ni minat pula kumpul FM ni.  Mesti beli kalau pergi mana2 atau nampak orang jual FM yg comel2. 


Keychain penyu sebab Terengganu kan trademark dia penyu....yang kecil tu Kakak Meya yang pilih yang besar tu untuk adik Yasmin.

Timun Betik

Kalau ke Kelantan FIL munna mesti pesan  beli buah ini. Sepanjang jalan selepas Gua Musang banyak gerai-gerai yang menjual buah ini. 


Buah ini namanya Timun Betik... ke ada nama lain yang uoals tahu. Cara makan dia munna tengok MIL cuma buat kuah santan campur gula merah lepas tu buah tu potong dan masukkan je dalam santan tu dah boleh makan terus macam tu...Sapa pernah makan buah ni?....

Budak-Budak Memang Suka Time Ni

Bila kenduri aje..memang budak-budak suka sangat part ini, jangankan budak yang dah jadi mak budak pun ramai yang excited nak tunggu acara ini.


Tengok tu budak-budak berebut kutip coklat yang di taburkan oleh pengantin baru. Time ini suruh kakak Meya kutip dia taknak... malu-malu kucing pula anakdara ummi ini.


Pengantin tengah taburkan coklat untuk di kutip oleh budak-budak..... alahai macam tabur bunga rampai je munna tengok.

Monday, April 11, 2011

Bila dah Ijabkabul Kita Naik Pelamin Pula

Cerita ini masih berkisarkan dengan majlis kahwin sepupu munna ye... Biasanya kat sini pengantin nikah malam . Esoknya majlis persandingan akan di buat. Biasalah pengantin mestilah kena naik pelamin nak tunjuk kat orang kampung pengantin baru ini

Pengantin perempuan tengah menunggu heronya di depan untuk berarak


Pengantin perempuan yang yogue


Dah di satukan ....mak andam tengah betulkan tangan pengantin


Ini dia pengantin baru nak mula berarak di iringi dengan paluan kompang ke destinasi....


Destinasi yang di tuju adalah pelamin yang dah di hias indah untuk bersanding

>
>
>
>
>
tapi malang tak sempat nak ambil gambar bersanding... Yasmin dah mula meragam... terpaksalah anak di dahulukan

Jom Sertai GA Madam Azian Yang Pertama.


Cantikkan.. Inilah hadiah yang diberikan untuk pemenang  GA yang dianjurkan oleh Madam Azian.  Munna tolong promote GA yang dianjurkan oleh Azian supaya lebih meriah GA tersebut. Jom ramai-ramai pakat join GA ni ye.. syarat-syarat dia pun mudah je. Klik gambar diatas untuk turut serta.

Memang Ada Tuah Dengan Alin Marlini

Wah! hari ini munna suka sangat sebab dapat tahu yang munna dah jadi antara pemenang bertuah dari blog Epilog Syurga Cinta. Agaknya memang ada tuah dengan blog Alin Marlini agaknya. Hari itu munna menang pengunjung bertuah dari blog Epilog Syurga Cinta. Siapa yang join GA dari Alin Marlini hari tu cepat ke sana untuk mengetahui keputusannya. 

Sunday, April 10, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu Kedua

]
Khas untuk Makcik Ina Minat Do Do Cheng. Ini video Maharaja Lawak minggu kedua yang munna ambil dari Youtube. Semoga gelak tak ingat dunia ye...























Saturday, April 9, 2011

Laika Pelajar Pertama Di Singkirkan Dalam AF 9



Baru je habis tengok konsert AF 9, rasanya lagi best konsert tirai hari tu. Laika peserta pertama yang di undi keluar tadi. Tapi munna rasa persembahan dia boleh tahan dari peserta lain. Mungkin bukan rezeki dia agaknya. Munna suka Raqib dan Afif yang jumpa hantu kak limah tu. Glamer sungguh kak limah sekarang ni....

Senarai Lagu Tugasan Minggu Pertama Pelajar AF 9




Malam ini Konsert AF 9 minggu pertama akan bermula. Tak sabar nak tengok persembahan mereka. Masa konsert tirai hari tu tengok semuanya bagus-bagus berlaka. Dah lama juga tak follow AF ini Tapi di sebabkan Paknil jadi pengacara teruja pula munna nak tengok. Berikut ialah senarai lagu tugasan untuk minggu ini


Pelajar lelaki

Amir - Just The Way You Are (Bruno Mars)
Azri - Bukan untuk dimengerti (Judika)
Afif - Cinta kristal (Rahim Maarof)
Erul - Ganas (KRU)
Kay - Menyesal (Sixth Sense)
Raqib - Yang (Wali Band)

Pelajar wanita

Aida - Teringin (Shima)
Eka - Kau bisu (Alyah)
Laika - Ku bahagia (Melly Goeslow)
Lena - Lagu untuk Kuala Lumpur (Tom)
Miza - Akhirnya kini pasti (Anita Sarawak)
Nera - Aku lebih tahu (Mila)

Maharaja Lawak Minggu Kedua

Malam tadi layan Maharaja Lawak, rasanya minggu ini kurang lawak dari minggu lepas. Rata-rata lawak diorang biasa aje. Tapi yang munna suka semalam dari kumpulan Jambu, R2, Jozan dan Sepah. Semalam pun belum diumumkan lagi siapa yang tersingkir kan... agaknya 2 orang akan disingkirkan minggu depan sebelum persembahan di mulakan. Part pembukaan dari Usop Wilcha pun best kan. Memang dan jadi fenomena Usop Wilcha ni sekarang. Layan lawak kumpulan Jambu yang memang jambu ni:-

Friday, April 8, 2011

Sesi Berfoto Gediks Di Atas Pelamin Pengantin

 Kalau ada kenduri kahwin tak sah rasanya kalau tak berposing atas pelamin pengantin. Sebelum penganting berposing kat pelamin ni Munna and the gang berposing sakan dulu


Yasmin jadi mangsa pertama bergambar kat pelamin ini. Sentiasa tersengih kalau orang nak ambil gambar dia. 


Munna pun nak juga enterframe...bersama adik ipar munna yang bakal jadi mak buyung.


Ini anak buah munna...  yang sorang dah jadi mak budak.. yang sorang lagi tu single dan available lagi...


Orang kuat majlis kenduri ni mak munna dengan anak angkat dia


Ini kakak sulung munna dengan cucu sulung dia

Pengantin belum rasmikan pelamin tu ... kitaorang dah rasmikan dulu.
Related Posts with Thumbnails