Sahabat Alam Maya

Tuesday, January 10, 2012

Video Lamaran Pengasas Nuffnang Memikat Hati Seluruh Dunia



KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.
Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.
"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.
Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.
Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.
Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.
"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.
Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.
Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.
Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.
Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."
Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Bootsdengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."
Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.
Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.
Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.
Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi

P/S : Sweetnya..... baru tahu pasal video ni... ketinggalan LRT betul munna ni

25 comments:

  1. munna..so suweeet..suka tengok.
    p/s:sy pulak tertinggal kapal terbang..lgsung xtahu.huhu

    ReplyDelete
  2. Skrg mmg cara melamar macam ni ek... mcm trend pulak ;)

    ReplyDelete
  3. SAya pun sama la kak baru tahu... sweet bangat

    ReplyDelete
  4. lorr saya plak baru tahu ja nii.. hu3 lagi teruk awak semua

    ReplyDelete
  5. huhu..sweet sgt..
    lya pon bru tau psl vdeo ni

    ReplyDelete
  6. tu takpe lagi Munna..
    akak.. kalau tak baca kat blog ni.. langsung tak tahu agaknya..

    ReplyDelete
  7. sweetnya....

    seriusly...sy lak yg nangis terharu tgk video ni...huhuhuhu....seronoknya....

    ReplyDelete
  8. br tau jugak...
    wahh duk melayan perasaan ni....hik3

    ReplyDelete
  9. Sweetnya....

    moga mereka berbahagia hingga ke akhirnya...:)

    ReplyDelete
  10. bilalah ada orang nak lamar saya macam ni ye? :)

    ReplyDelete
  11. akak kalau x baca sini x tau pun,.. bukan takat ketinggalan lrt tp dah terlepas pon dah... orang sekarang makin kreatif nak merebut hati seseorang sbb banyak sangat persaingan...

    ReplyDelete
  12. izan pun sama... ketinggalan ketapi juga. baru tgk nih... sweet je cara dia lamar tu ye...

    ReplyDelete
  13. sukanya.... ni dok berangan la pulak...

    ReplyDelete
  14. Akak dah tahu tapi belum berkesempatan tengok. Tengok kat sini, touching! Sweetnyaa!

    ReplyDelete
  15. Mak dah tgk bulan lepas rasa2nya. 2-3 ari pas derang bertunang, mak pi baca blog audrey tu. Tp klip ni mak tgk kat tube lah..

    suwit kan..?

    ReplyDelete
  16. jgnkan kak munna..cma pun baru tau gak..dpt play kejap2 je..line ni cam sipot..mmg sweet.. -)

    ReplyDelete
  17. Yun pun ketinggalan lrt gak nih...
    Org di US tgk dulu sblm kita yep..huhuhu

    ReplyDelete
  18. wowww....

    nangis kita...huwaahh..

    lomatika betui...huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails