Sahabat Alam Maya

Thursday, January 5, 2012

Banjir Kilat Di Kuching, Sarawak



SEBAHAGIAN dari kereta yang terperangkap di Jalan Batu Lintang ketika banjir kilat berlaku akibat hujan lebat di awal pagi tadi. Hujan lebat sejak semalam mengakibatkan bandaraya Kuching, Sarawak lumpuh dengan beberapa jalan terputus selepas dinaiki air. - Foto Mohd Radzi Bujang



Jalan utama Bandaraya Kuching dilanda banjir kilat


2012/01/05

KUCHING: Beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kuching, pagi ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar. 

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.
"Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu," katanya.
Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa. 

Menurutnya banjir yang melanda Bandaraya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. - BERNAMA 


sumber

Cuaca sekarang memang tak menetulah... harap semuanya berhati-hati ye....

12 comments:

  1. mujur jengka tak banjir ek...hehehhe

    star mall tu mcm gah sgt je kak?tak pernah g lg tp hr tu g TF mentakab tak terjejak plak kaki ke sana...huhuhu

    kak, sihat ke???heheheh

    ReplyDelete
  2. aduhh skrg nie banyak banjir kilat lah dikk kan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Teruk juga keadaan banjirnya ya.

    Salam ukhuwwah.

    ReplyDelete
  4. Saya org Kuching yg duduk di Selangor. Di kl dan selangor, byk tempat yg tak jangka banjir, tetap banjir krn hujan terlalu lebat. Tapi tak sangka Kuching pun boleh kena.Rasa kita kena terima cuaca dunia sudah berubah.

    ReplyDelete
  5. teruknyer.. kejap je hujan tp air byk mcm tu...

    ReplyDelete
  6. ishhh skrg ni dh tak kira musim kan kakmunna. sana sini banjir..haishhh nauzubillah mintak dijauhkan dr jadi perkara tak diingini...ameen

    ReplyDelete
  7. kesian kereta..
    tuan keta lebih kesian..

    ReplyDelete
  8. Skang ni banjir seluruh negara yek..dulu2 pantai timur jek salu banjir...

    ReplyDelete
  9. Setiap kejadian pasti ada musababnye kan Munna :)

    ReplyDelete
  10. teruk juga banjir ni yer... terima kasih sbb lawat blog puteri yang tak seberapa.. hehe.. nak kan feedback kepada soalan td puteri dah jwb kat blog puteri.. (^_^)

    ReplyDelete
  11. banjir kilat ni mmg kita tk smpt bt pape kan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails