Sahabat Alam Maya

Saturday, December 17, 2011

Buat Malu Aje Gay Melayu Ni


Mengucap panjang Munna bila tengok gambar gay melayu ni berkahwin dengan Mat Salleh. Yang tak tertahan tu dia sanggup pakai baju melayu lengkap dengan samping dan tanjak... menjatuhkan maruah orang melayu je. 

Sayang betul sebabnya gay melayu ni salah seorang pelajar cemerlang dan mendapat tajaan dari Petronas... tapi apa dah jadi.. kesian pada ibubapa dia....

Klik Sumber untul maklumat lanjut dan gambar

Tuesday, December 13, 2011

Prosperity Dengan Kakak Meya

Teruja sangat dengan iklan prosperity burger dari McD. Bawa kakak Meya sebagai peneman setia ummi kebetulan hari tu dia ikut munna ke ofis kerana tiada yang jaga dia hari tu. Nasib baik dapat bos yg sangat memahami.


Set Prosperity untuk Ummi dan bubur McD untuk kakak Meya


Kakak Meya boleh habiskan semangkuk bubur ni


Terbaikkkk.....


Ini lagi super terbaikkk.... ingatkan nak beli untuk kakak Meya.. sekali dia taknak.. ummi yang habiskan semuanya... memang sedap


Kakak Meya peneman setia ummi

Monday, December 12, 2011

Lepak-Lepak Sambil Makan Kerepek Pisang


Memang sedap bila cuaca hujan petang-petang ni... mulut pulak kunyah kerepek pisang ..pekena dengan kopi o .. mata mengadap blog sambil blogwalking... Ini gara-gara bos takde kat opis lah petang-petang ni... mood nak buat kerja pun dah ke laut.  Lepas blogwalking nak layan korean drama pula....

Lupa Dah Nak Tayang


Sampai terlupa munna nak tayangkan hadiah dari blogger Yana ni. Al-maklumlah sibuk sgt sekarang ni bila dah hujung2 tahun ni.... Bukan niat nak menunjuk-nunjuk.. cuma nak abadikan kenangan di sini buat ingatan mana-mana hadiah yang munna terima dari kawan2 bloggers.. memang munna suka sangat bila terima hadiah dari kawan-kawan. Sangat bernilai hadiah tu sebagai tanda persahabatan kerana mungkin tak pernah dapat bersua muka. Lagipun dah janji kan nak tayang hadiah ni kat sini....

Friday, December 9, 2011

Indahnya Ciptaan Allah

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan

Terletak di Turki, kolam ini terbentuk akibat kesan gempa bumi

Kolam semulajadi bertingkat yang begitu indah ini terletak di Pamukkale, Wilayah Denizli, Turki. Ia terbentuk secara semulajadi akibat kesan gempa bumi yang menggoncang kawasan itu.
Pamukkale berasal dari bahasa Turki "Pamuk'' yang bermaksud kapas dan "kale" yang bermaksudi benteng. Diberi nama 'benteng Kapas' mungkin kerana warna putih dominan yang dapat dilihat pada batuan karbonat tersebut. 
 Selain menjadi tempat pelancongan yang popular, yang menariknya air di kolam ini juga boleh digunakan untuk mandi-manda dan untuk aktiviti berenang.






Thursday, December 8, 2011

Lebatnya Hujan

Sekarang ini hujah lebat tengah mencurah-curah kat Temerloh ini. Kalau lebat macam ni memang lambatlah munna balik dari ofis nanti. Munna memang tak berani memandu kalau hujan lebat sangat sebab had penglihatan sangatlah terhad. Takut juga nanti jadi apa-apa ... biarlah munna tunggu sampau hujan reda. Biarlah lambat asalkan selamat. Dua tiga hari ini asyik hujan lebat je kat sini jangan gelombang banjir kedua sudahlah.

Hari Ini Dah Tak Tahu Nak Tulis Apa

Otak buntu, idea dah kering di tambah lagi dengan perasaan malas jadinya tak tahu nak tulis entry apa hari ini. Sebab dah berjam-jam menunggu Air Asia punya page nak buka tak dapat-dapat lagilah bersepai mood di buatnya.

Nampak gayanya munna blogwalking je lah ye hari ini... sambil try refresh web Air Asia mana tahu kot-kot boleh dapat tiket murah nanti.

Wednesday, December 7, 2011

Duta Mamee Sedang Beraksi

 Orang lain sibuk dengan majlis akad nikah Maksu diaorang... tapi budak berdua ni tak mau diam.. terjerit, berlari dan melompat sana sini. Jadi nak kasi diaornga berdua behave bagi upah Mamee sebungkus sorang. Tapi tak kasi makan dengan perencah mamee tu masin sangat.



Kakak Meya dengan Mamee



Adik Yasmin pula dengan Mamee.

Barulah diaorang duduk diam dan aman sikit majlis tu

Tuesday, December 6, 2011

Dia Dah Kembali Semula


Sukanya bila ayam Hot & Spicy dah kembali di KFC. Munna memang suka perasa ni.. masa KFC keluarkan perasa tom yam dulu boleh kira berapa kali je munna makan KFC masa tu. Tapi kalau dah ada perisa ni nampaknya selalulah tunjuk muka kat KFC... lagi2 dekat je office munna dgn KFC Temerloh ni. 

Pasti ramai yang rindukan perisa Hot & Spicy ni kan?....

Monday, December 5, 2011

Dapat BE Baru Lagi


Alhamdulillah... dapat BE baru lagi dari Nuffnang. Tapi sayangnya bila dapat je yang baru... yang lama terus tukar jadi ME. Padahal baru je ciput earning BE tu. Tapi tak kisahlah janji ada BE dari takde langsung kan...
Alhamdulillah.

Saturday, December 3, 2011

Fakta Menakjubkan Bayi Baru Lahir

Sekarang ni ramai betul kawan-kawan blogger yang tengah mengandung nak dapat baby baru. Tahniah munna ucapkan. Bestnya bila dapat baby baru .. rasa teringin tetapi harus dipendamkan dulu... Munna nak share fakta yang menarik pasal baby dgn kawan2 semua










16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

# Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan



# Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 



# Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum


   semasa bayi membesar.



# Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.



# Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.



# Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.



# Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila


   berusia 6 bulan.



# Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu 


    serta merta semasa dilahirkan



# Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan 


    baik.



# Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 


    seminit.



# Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.



# Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.



# Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.



# Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.



# Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan 


   kasar, gigitan serangga dan sebagainya.



# Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
 

Tunggu Mentakab Star Mall Buka Barulah Dapat Tengok Wayang

Kat area bandar munna duduk ni memang takde panggung wayang kalau nak tengok movie terbaru samada kena turun KL ataupun Kuantan. Tapi tak lama lagi bila Mentakab Star Mall dah siaplah bolelah layan tengok wayang sampai lenjan nanti. Setakat ni dah 60% siap banhgunan ni.. mungkin pertengahan tahun 2012 nanti akan di buka


Bangunan Mentakab Star Mall yang masih dalam pembinaan. Bila dah siap nanti merupakan shopping kompleks terbesar dan pertama  di daerah Temerloh nanti. 

 


Khabarnya GSC yang akan di buka di Mentakab Star Mall nanti. Nampaknya adalah juga hiburan buat masa terluang nanti. Masa duduk KL dulu rajin sgt tgk wayang boleh katakan hari rabu je pergi tgk wayang sebab tiket murah masa tu. 

Friday, December 2, 2011

Al-Fatihah Buat Arwah Rara Zikri (ZARITH NADHIRA BT MOHAMAD ZIKRI)


Mungkin ada yang pernah lihat kisah tentang Rara Zikri di di TV3, MHI dan Nona. Munna lihat kisah Rara ni di Nona. Memang besar dugaan buat ibu Rara yang selama ini melihat anaknya membesar dengan ceria, cerdik dan cantik tiba-tiba menjadi insan kurang upaya sekelip mata dan hari ini telah di jemput kembali  oleh penciptanya Allah SWT. Al- Fatihah buat arwah.




Dapat Hadiah Dari Blogger Lagi

Gembiranya rasa di hati... datang ofis hari ini munna dapat hadiah lagi. Kali ni dari blogger Dunia Mayaku pula. Hadiah FM yang comel dan geram rasa macam nak makan je.

Tapi sayangnya hari ini munna tak bawa kamera pula jadi tak dapat nak tayang kat blog hari ini. Nak snap dgn handphone mmg hampeh tak memuaskan gambarnya nanti. Takpe nanti munna balik rumah munna posingkan hadiah tu nanti dan tayang kat blog ni.

Buat Yana terima kasih daun keladi ye... munna memang suka kalau dapat FM... boleh juga menambahkan koleksi yang tak seberapa tu.

Bacalah Selalu Dan Sedekahkan Pada Ibu Bapa Kita

Thursday, December 1, 2011

Farah Syahirah Bikin Panas Di Facebook

Macam2 sekarang ni. Dah takde rasa malu agaknya. kat FB pun saja je nak cari publisiti murahan agaknya


Semoga dia insaflah .....

Dah Tersangkut Dengan Drama Tentang Dhia


Sekarang ini tiap2 petang balik je kerja semuanya munna siapkan kerja cepat-cepat. Kemas rumah dan bersih dan basuh mana-mana yang patut. Masak memang jarang masa weekdays sebab munna selalunya masak bila weekend ataupun bila cuti kerja.

Semuanya gara-gara dah tersangkut dengan drama Tentang Dhia ni...  kalau dah tengok  dari episod mula memang mudah ketagih di buatnya.. tak sabar-sabar nak tengok sambungan cerita esoknya dan seterusnya. Suka tengok Nora Danish yang comel dan Adi Putra yang cool dan macho dalam drama ini.


Nora dan Izreen yang bawa watak Meli dalam drama ini.. memang sakit hati tengok watak Meli dalam darama ini.. rasa nak cili-cilikan je mulut dia.


Comel jer Nora Danish bawa basikal ni....

Nasib baik kakak Meya suka juga layan citer ni jadi takdelah nak berebut tv dgn dia... sampaikan dia boleh hafal dah lagu tema drama ni.. 

Related Posts with Thumbnails