Sahabat Alam Maya

Sunday, July 31, 2011

Aleesya Farhana @ Mohd Asyraf Hafiz Abd Aziz Meninggal Dunia

Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Credit Melvister

Friday, July 29, 2011

Mulakan Hari Ini Dengan Ceria

Dah dua hari munna tak on9 ..gara-gara line internet di opis ni semput macam siput tut tut... dekat rumah memang dah jarang on9 sebab Yasmin suka sangat mengacau. Hari ini baru line internet ok dah tu dapat pula sampul surat yang mengembirakan hati munna.


Ini dia isi dalam sampul surat tu... cek kedua dari Nuffnang. Alhamdulillah walaupun sikit tetap bersyukur dengan rezeki yang tak di duga ini. Bolehlah untuk buat beli bahan buat kuih raya nanti....

Tuesday, July 26, 2011

Chicking Tak Boleh Lagi Lawan KFC

Hari tu ada cerita pasal munna nak makan kat Chicking kan... Akhirnya tercapai juga hasrat tu... Tapi seriyes munna katakan masih belum boleh lawan KFC lagi. Rasanya ayam kat Chicking ni rempahnya pak arabnya kuat sangat lagi-lagi dekat kentang putar dia.

Set Chicking... ingatkan nak makan di sana tetapi kerana terlalu ramai orang maklumlah baru di buka munna tapau makan di office je. Pekerja di Chicking ni semuanya import dari Arabi baru trainee pekerja local.

 Satu set ala-ala snack plate di KFC 


 kentang putar dan coleslaw size dia lagi besar dari kfc



Pop corn percuma untuk pembukaan Chicking di Temerloh


Semuanya munna kena bayar RM 11.50 aje.... yang bestnya takde gov tax lagi

Monday, July 25, 2011

Terharu Rasanya

Terharu bila ada orang yang sudi nak jumpa dengan munna. Gara-gara cerita munna ke Sogo KL hari tu ada juga teman yang ingin berjumpa dengan munna. Bukan tak sudi nak jumpa memang suka sangat kalau dapat jumpa kawan-kawan blogger. 





Buat teman-teman ...nanti kalau munna turun KL. InsyaALLAH munna bagitahu awal-awal ye. Memang nak sangat berjumpa secara realiti kawan-kawan alam maya ni untuk mengukuhkan lagi silaturrahim.

Friday, July 22, 2011

Jom Makan Kat Chicking

Dekat Temerloh ni cawangan Chicking dah di buka. Dekat je dengan opis munna ... ingat tengahari ni nak kesana untuk mencuba menu di sana. Ini info pasal Chicking yang ala-ala KFC yang munna  dapat dari website Chicking


WELCOME TO CHICKING

Established in the United Arab Emirates in 2000, under Banquet Foods International (Part of the highly reputable and renowned Dubai based Al Bayan Group of Companies), ChicKing® is a rapidly growing fast-food chain in the region specializes in serving the tastiest crumb fried chicken using a secret recipe which includes a unique blend of the choicest herbs and spices. It is therefore of little wonder, that ChicKing® is synonymous with words such as, "Real Recipe, Real Taste , Real Fried Chicken."

ChicKing® began its journey with a simple yet determined dream to create a brand that's in the business of bringing happiness and satisfaction to all cross sections of society. Over the years, it has successfully realized this dream by making ChicKing® a favorite destination for real and tasty crunchy fried chicken not just in UAE but also across several countries..It has been precisely this single minded focus that makes ChicKing® fried chicken and its other innovative menu items simply irresistible and deliciously memorable for all individuals and families alike.




Thursday, July 21, 2011

Cer Citer Pasal Shopping Di KL

Amboi! ramainya yang tanya pasal munna bershopping di KL semalam ye...Hajat nak bershopping di Sogo dah terlaksana sudah... Alhamdulillah baju anak-anak munna dan suami dan siap semuanya. Nanti kalau ada cuma nak tambah sikit-sikit mana yang kurang jika ada rezeki lebih nanti. 

Punyalah ramai orang di Sogo semalam walaupun bukannya hujung minggu. Memang banyak sale di Sogo sekarang ni..Bahagian kanak-kanak dan baby paling syok kalau pergi shopping ..rambang biji mata semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka. Munna rembat baju Yasmin 5 pasang dan kakak Meya 3 pasang brand Poney dan beli 2-3 pasang untuk anak buah munna. En. abang munna pula beli t-shirt Bonia Umo sehelai dan John Master 2 helai. Cuma munna je yang tak beli apa-apa semalam memang takde berkenan langsung di mata. Nasib baik shopping semalam masih di bawah budget lagi.

Punyalah lama kami di Sogo dari jam 12 tengahari  sampai ke jam 5 petang cuma pusing-pusing dalam Sogo je. Keluar Sogo terus bergerak ke KLCC pula, di sini munna tak shopping cuma bawa anak dan anak buah munna ke taman air untuk mandi manda. Seronok tengok mereka lepas penat ikut mak bapak bershopping dapat main air kat situ hilang penat diaorang muka pun segar dan sengih je semuanya. Lepas siap budak-budak mandi pusing dalam KLCC kami terserempak dengan pelakon paling popular sekarang ni pelakon Adnan Sempit sempat juga anak buah munna bersalaman dengan dia. Nak bergambar takde pula kamera masa tu. Lepas tu terus kitaorang balik Temerloh.

p/s : gambar nan ado ..nanti lah masa munna upload ye...

Tuesday, July 19, 2011

Nak Pergi Shooping Raya!

Hari ini munna sibuk nak siapkan semua kerja sebab esok munna dah pohon cuti sebab nak turun KL untuk shooping raya kami anak beranak. Jadi semua kerja perlu munna siapkan hari ini juga. Malaslah ada kerja yang tak siap nanti menyusahkan member opis yang lain pula.

Esok dah plan nak ke Sogo dan KLCC pergi pun siap konvoi dgn family kakak munna. Esok memang shopping sakan jawabnya. Munna memang suka siapkan semuanya awal-awal nanti bulan puasa dah tak payah pening nak pergi shopping. Jom sapa nak ikut munna esok.....

Monday, July 18, 2011

Shopping Online Baju Raya Anak-Anak

Munna memang suka shopping baju anak2 secara  online. Ini dah dekat nak raya ni memang gila menyopping je kerjanya.. hari-hari pos laju hantar parcel kat office sampai kena perli dengan bos munna. Apa nak buat nafsu membeli tak boleh nak kawal lagi2 kalau baju gegirl memang munna suka. Biarlah anak lebih dari maknya. Kalau dapat beli sama pattern untuk kakak Meya dan Yasmin lagi munna suka..suka tengok budak kecik berdua tu pakai baju serupa. Untuk hari ini munna order untuk 2 helai baju kat bawah ni


Ini dari kedai Madam Azian


Ini pula dari kedai Kak Ieda. 

Lepas ni nak cari baju kurung pula untuk budak berdua tu. Dah usha dan berkenan kat kedai Cik Tie pula


Wednesday, July 13, 2011

Ku Seru .. Marilah Kemari

Semalam sibuk dengan borang tender sampaikan takde masa langsung nak on9 semalam. Bila kerja dah banyak mood nak berblog pun  hilang entah kemana. Tengok figure yang berjuta tu jadi pening lalat di buatnya. Ini pun nak taip entry ni dari pagi tadi dah nak masuk lunch hour barulah siap....

Sat ye ... munna kena seru mood berblog ni mari.... pulangkanlah mood munna... ku seru!!!!

Monday, July 11, 2011

Tayang Hadiah Lagi!

Kali ini munna nak tayang hadiah yang baru je sampai hari ini...kiranya ni segar dari ladang lagi ni. Hadiah FM comel ini munna terima dari Izan dari blog Dua Hati Menjadi Satu sebab menang contest hari tu


FM yang comel.... 


Izan...... munna suka sangat FM ni.....

Project Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan memang bulan rezeki bagi yang nak cari duit lebih di musim perayaan nanti. tak terkecuali munna .Sudah 4 tahun munna berniaga di Bazaar Ramadan pada bulan puasa. Memang seronok berniaga di bulan puasa ini rezeki sentiasa ada kalau yang kita jual tu memenuhi selera pelanggan pasti akan ada yang jadi pelanggan tetap tiap-taip hari sepanjang bulan Ramadhan

Biasanya munna jual popia panas yang kulitnya di buat sendiri di baazaar Ramadhan. Kadang-kadang mencecah 10 kilo tepung munna perlu sediakan untuk membuat kulit popia setiap hari.. memang tak menang tangan di buatnya.  Malam sebelum tidor munna akan siapkan kulit popia dulu


Kulit popia homemade sedang di masak atas kuali.


Lepas sahur munna akan gulung pula poopia tersebut dengan intinya.


Popia yang dah siap di gulung. Semuanya perlu siap di gulung sebelum pukul 8 pagi kerana munna perlu bekerja pula selepas itu. Selalunya memang munna selalu masuk lambat masa bulan Ramadhan..nasib baik dapat bos yg sporting dan memahaminya. Petang pula lepas habis waktu bekerja munna pergi ke Baazar Ramadhan pula untuk menolong en. abang berniaga. Penat memang penat tapi bila tengok hasilnya memang menyeronokkan.

Tapi dah 2 tahun munna tak buat popia goreng ni..ramai regular customer yang bertanya.. tapi sebab anak dah bertambah munna pun dah tak menang tangan...  nak melayan anak lagi... Sudahnya tahun lepas dan tahun ini munna dan en abang berniaga ayam madu je di Baazar Ramadhan. 

p/s : sila abaikan date pada pic ye....

Friday, July 8, 2011

Selamat Sampai Ke Destinasinya

 Hari itu ada cerita pasal munna menang GA dari blog kak Ieda Kuantan kan. Alhamdulillah dah sampai pun hadiahnya semalam. Memang cepat dan pantas kak ieda ni...



Cantik kan FM dari Kemboja ni.... bertambah koleksi FM Munna.

p/s : kak ieda FM ni sampai dgn selamatnya takde cacat celanya... 

Dashboard Munna Dah Bertukar Rupa

Pagi ini buka dashboard munna, tengok ada perubahan pada dashboard munna. Dashboard yang baru ni nampak macam menarik juga. 


ini rupa dashboard baru munna


Ini kalau nak buat new post

Semua dah bertukar ke dashboard baru ke?

Thursday, July 7, 2011

Ramai Yang Bertanya Jadi Munna Jawablah

Gara-gara ramai yang bertanya pasak kek cik syasya dalam entry ini. Jadi munna pun jawablah kat sini ye. Kalau nak jawab kat komen mmg tak terjawab rasanya sebab sekarang ni memang jarang sangat munna balas komen. 


Cik Syasya sebenarnya cucu sulung kakak munna yang sulung jadi automatik munna pun dapatlah pangkat nenek kan. Nek Lang gitu kalau Cik Syasya panggil munna nanti.






Harga kek pula munna dah tanya pada anak buah . Total semua cost bagi  kek tu ialah RM 430.00 



Pertanyaan maya pula...  memang ramai juga jemputan pada hari itu sebab kami adakan sekali bacaan yassin dan tahlil...  agaknya dalam 300 orang hadir pada hari tu. Majlis ni dah berlangsung dua minggu yang lalu cuma munna je belum sempat nak uploadkan citer pasal sambutan birthday cik syasya ni... nanti ada masa munna citer ye...

Percubaan Pertama

Malam tadi munna mencuba untuk membuat homemade coklat sendiri untuk kali pertama. Alhamdulillah menjadi walaupun tak cantik dan kemas sangat.....

Buat coklat tanpa pergi mana-mana kelas pun cuma tengok video dalam youtube je....


munna buat coklat dan letak buble rice kat dalam coklat... sedap bila makan ada tergigit buble rice tu rangup je.... Kakak meya tak minat sangat dengan coklat ni tapi Yasmin sekali makan dia bedal 3 ketul....

Amacam boleh jadi tauke coklat tak lepas ni....

Tuesday, July 5, 2011

Kek Untuk Sambutan Harijadi Cik Syasya



Kek tiga tingkat yang di tempah senpena sambutan ulangtahun pertama cucu munna.


Bawah sekali kek angka 1. Tingkat 2 edible image gambar mickey mouse

 

Last sekali edible image gambar cik cyasya

Monday, July 4, 2011

Rezeki Di Awal Bulan Julai

Alhamdulillah ..awal bulan ini dah ada 2 rezeki munna menang GA anjuran kawan-kawan. 
Terbaru sekali munna menang hadiah saguhati dari blog Dua Hati Menjadi Satu


Dan minngu lepas munna menang dari blog kak ieda My Live, Love & herbalife

Alhamdulillah walaupun dah jarang sertai CGL tapi masih ada rezeki untuk menang... terima kasih kepada pihak penganjura

Friday, July 1, 2011

Siapa Akan Dinobatkan Sebagai Juara Imam Muda Musim Kedua Malam Ini


Malam ini siapa bakal di nobatkan sebagai juara Imam Muda musim kedua bakal terjawab. Diantara Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazarul siapa pilihan anda.


Apapa pun kita tunggu saja malam ini.

P/s : Munna suka kalau Imam Muda Nazarul yang menang

Trailer Filem Hantu Bonceng Dan Sinopsis

Sebab ada Zizan Maharaja Lawak rasa tak sabar-sabar nak tengok cerita ni. Kalau Mamat Khalid yang punya filem rasanya mesti kelakar tapi filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham. Harap-harapnya kelakar lah... Filem ini akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti....






Mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

Atas Permintaan Ramai


Apam Dot-Dot lagi. Kali ini munna buat atas permintaan ramai yang nak makan apam ni masa birthday cucu munna ahad lepas. Awal cantik je jadinya apam munna tapi yg hujung2 dah tak comel sebab en. abang yg jaga. Tapi mmg apam ni budak-budak suka, kuih pertama yang habis masa majlis tu apam dot dot munna.
Related Posts with Thumbnails