Sahabat Alam Maya

Thursday, July 21, 2011

Cer Citer Pasal Shopping Di KL

Amboi! ramainya yang tanya pasal munna bershopping di KL semalam ye...Hajat nak bershopping di Sogo dah terlaksana sudah... Alhamdulillah baju anak-anak munna dan suami dan siap semuanya. Nanti kalau ada cuma nak tambah sikit-sikit mana yang kurang jika ada rezeki lebih nanti. 

Punyalah ramai orang di Sogo semalam walaupun bukannya hujung minggu. Memang banyak sale di Sogo sekarang ni..Bahagian kanak-kanak dan baby paling syok kalau pergi shopping ..rambang biji mata semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka. Munna rembat baju Yasmin 5 pasang dan kakak Meya 3 pasang brand Poney dan beli 2-3 pasang untuk anak buah munna. En. abang munna pula beli t-shirt Bonia Umo sehelai dan John Master 2 helai. Cuma munna je yang tak beli apa-apa semalam memang takde berkenan langsung di mata. Nasib baik shopping semalam masih di bawah budget lagi.

Punyalah lama kami di Sogo dari jam 12 tengahari  sampai ke jam 5 petang cuma pusing-pusing dalam Sogo je. Keluar Sogo terus bergerak ke KLCC pula, di sini munna tak shopping cuma bawa anak dan anak buah munna ke taman air untuk mandi manda. Seronok tengok mereka lepas penat ikut mak bapak bershopping dapat main air kat situ hilang penat diaorang muka pun segar dan sengih je semuanya. Lepas siap budak-budak mandi pusing dalam KLCC kami terserempak dengan pelakon paling popular sekarang ni pelakon Adnan Sempit sempat juga anak buah munna bersalaman dengan dia. Nak bergambar takde pula kamera masa tu. Lepas tu terus kitaorang balik Temerloh.

p/s : gambar nan ado ..nanti lah masa munna upload ye...

32 comments:

  1. kemain shoping eh~~haha~~

    saya ntah bila nak shoping~~rasa malas je~~haih~

    ReplyDelete
  2. sampai hati pi Sogo tak cakap...kalau tak boleh jumpa-jumpaan..

    ReplyDelete
  3. sakan soping nooo..hehehe
    akak lom soping..

    ReplyDelete
  4. Sogo tengah sale ye Munna. Tapi payah la nak ajak hasben gi situ, dia bukan suka pi redah jem2 tu semua. Kat mana nak shopping ni pun tak tau la.

    ReplyDelete
  5. Shopping kat Sogo memang best. Yang tak best nya ialah jalan nak ke Sogo tu jem gila, dan parking mahal ! haha

    ReplyDelete
  6. hihi,shopping sakan kak.ma ayah kalau dtg kl mesti stay quality htel.jalan kaki je g sogo.kdg2 2 naik rehat jap,trun g sogo semula.hihi

    ReplyDelete
  7. munna,
    apa tak habaq.klau tak boleh terjah kat tmn air..jumpa munna n anak2..:)

    ReplyDelete
  8. Lega bila apa yg dihajati telah terlaksana. Lagi kalau anak-anak punya dah lengkap...

    ReplyDelete
  9. soping sakan munna. dah nak raya kan.buat persiapan elok dari kelam kabut nanti

    ReplyDelete
  10. kami pun nak borong hari isnin ni....

    ReplyDelete
  11. wah best yer sis jalan2 ea..kanpalh tak ajak ayie..hehe boleh join juga beli brng..gagaga

    ReplyDelete
  12. bagus juga awal2 soping ni kan kak, qema ni apa pun belum beli lagi ni huhu

    ReplyDelete
  13. wah byk shopping..
    bestnye dpt jumpa pelakon popular.. :)

    ReplyDelete
  14. tak lengkap rasenye bile tak tgk gambar..

    mau tgk gambar...huhuhu

    ReplyDelete
  15. wah, gi shopping yer.. bagusnya baju raya dah setel beli.. akak ni byk lagi yg tak siap.. he..he..

    ReplyDelete
  16. sakan shopping ya munna? Lama tu 12-5...ekekek

    Ke KL semata2 untuk shopping ke?

    Alahai, sayang tu, tak dapat abadikan gambar dengan artis. Saheizy Sam ke? Akak minat lakonan dia..:)

    ReplyDelete
  17. wahh banyaknya kak Munna shopping..hehe..aida pon ingat nk shopping dis week malas nk pg waktu pose..krg memasing letih lg prob je nk shopping..hihhihi..

    ReplyDelete
  18. kalau kat Sogo mmg best part beli baju budak2 ni....sbb byk pilihan...

    ReplyDelete
  19. Bila dah semakin hampir bulan pose nie , orang pun semakin ramai la membanjiri shopping kompleks.buat persediaan awal kalau tidak nanya nanti..harga mesti melambung naik..

    ReplyDelete
  20. banyaknye shopping..
    sogo sentiasa ade sale kan kak..

    jumpe sam ke? hehe

    ReplyDelete
  21. waaa dahs etel semua eh kakmunna, mesti lega kan...

    ReplyDelete
  22. mesti dah lega bila barang dah settle kan. nor dah lama tak gi sogo..kena tunggu amik cuti baru bleh sampai sana. kalau wikend mmg penuh..

    ReplyDelete
  23. best shoppingnkan... tapi kalau ada duit lah

    ReplyDelete
  24. munna ke sogo yer.. bestkan shopping situ.. sya suka kat sogo sbb semua ada utk anak2.. waaahhh sempat lagi mandi manda kat KLCC tu.. good planning for the kids happiness..

    ReplyDelete
  25. Walaupun saya orang KL (penduduk tetap), tapi dah bertahun dah tak pi Sogo. KLCC pun dah lama tak pegi sekitar taman. Anak2 dah besar untuk mandi kolam tu.

    Seronoknya dapat shopping...!

    Pilihan 2: Memendekkan cerita...

    ReplyDelete
  26. Wahhhh...sakan ek Munna...

    Muna lain kali datang KL bagilah tau ek.. email saya
    balqis6370@yahoo.com

    boleh jumpa....

    ReplyDelete
  27. shaziey sam ye, alah cik ina pun minat sakan ngan dia. dia tak sombongkan.

    ReplyDelete
  28. meriah bunyinya shopping time kali nie..masuk SOGO rasa semua nak rembat kt kids depatment tu kan =D

    ReplyDelete
  29. dah lama tak pergi KL sejak pindah dok area Klang.. kalau pergi harus jadi rusa masuk kampung..

    ReplyDelete
  30. bab shopping mmg best kak hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails