Hari pertama di Langkawi memang munna khaskan untuk aktiviti shopping saja. Lepas je berehat sekejap di homestay terus bergerak ke Idaman Suri. Dari jeti ke homestay munna memang akan lalu Idaman Suri ini jadi mudah jelah nak mencari arah tak payah nak turn on GPS pun.
Masuk je kat dalam...mata tak lepas pandang dah..semua benda nampak cantik.. semua benda kalau boleh nak beli. Semuanya pakat memborong kat dalam tu.
Munna cuma beli dinner set,sudu dan senduk je. Ingatkan nak rembat kuali Tefal satu... tapi masa tu Yasmin meragam sebab dia demam nak berkepit je dengan munna terpaksalah lepas bayar je harga barang yang munna beli terus lepak kat luar je...
Tapi kakak munna borong sakan lebih 1K dia habis kat Idaman Suri ni .. mak munna pun sama.
Yasmin yang asyik merengek petang tu... dia demam sebab perubahan cuaca agaknya..ialah 7 jam dlm kereta sejuk dengan aircond. Lepas tu naik ferry pun sejuk giler dengan air cond... alih-alih sampai Langkawi panas hangat betul. Malam tu round satu pekan Kuah barulah jumpa satu farmasi yang buka nak beli ubat demam untuk Yasmin