Sahabat Alam Maya

Wednesday, November 30, 2011

WW : Horror Movie


Seramnya!!

Tuesday, November 29, 2011

Mesti Wangi Je Aroma Disini






Syoknya kalau dapat pergi ladang Lavender ni...

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah


Semoga tahun baru hijrah ini membawa sinaran baru buat kita semua.

Saturday, November 26, 2011

Walimatulurus Zaril & Eija : Aku Terima Nikahnya

Bagi yang pernah merasa saat-saat ini pasti rasa debarannya kan... Munna dulu lepas je saat sah menjadi isteri pada en. abang memang menitis airmata rasanya.


SIL munna yang tengah dup dap jantungnya.. sewaktu menunggu lafaz nikah dari suaminya


Alhamdulillah... dengan sekali lafaz je mereka berdua telah selamat di satukan.


Upacara Membatalkan air sembahyang dengan seutas gelang emas dan sebentuk cincin


Menerima mas kahwin yang digubah cantik menjadi jambangan bunga.

Friday, November 25, 2011

Walimatulurus Zaril & Eija : Intro ~ Pelamin

Tarikh 20112011 yang lalu SIL munna telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya. Tak banyak gambar yg sempat munna ambil sebenarnya sebab sibuk pada hari itu. Mana yang ada jelah munna abadikan di blog ini sebagai tanda kenangan suatu hari nanti. 

Sebagai intro munna tayang dulu pelamin simple semasa majlis tersebut


 Pelamin yang simple je tapi sebab gunakan bunga hidup nampak berseri-seri pelamin ini.


Warna tema pengantin purple. 



Yasmin dengan Kakak Meya berkenan sangat dgn bunga hidup tu... asal lalu je kat pelamin tu dia tarik keuar setangkai bunga dalam pasu tu

Thursday, November 24, 2011

Hadiah Dari Citarasa Rinduan

Hari tu ada menang teka teki kat blog Ayu Citarasa Rinduan. Tak sangka pula ingatkan  teka-teki tu suka-suka je sekali ayu nak bagi hadiah... munna apa lagi mmg sukalah kalau ada yang sudi nak bagi hadiah.



Dah selamat tiba hadiah ni pagi semalam... Ayu ni macam tahu-tahu je munna tengah cari kalendar 2012. Setahun takkan lupakan Citarasa Rinduan dan tahun-tahun seterusnya.

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Tiba-Tiba Saja Jadi Peminat Pasukan Bola Sepak Harimau Muda

Sebelum ni memang munna dan en abang tak minat sangat dengan bola sepak. Tapi sebab semalam kecoh sangat pasal bola sepak ni kat tv, suratkhabar, mulut orang dan macam2 sumber lain lagi, jadi tergerak hati nak tengok perlawanan akhir penentuan pingat emas di antara Malaysia melawan tuan rumah Indonesia.

Semangat kami berdua menonton kat rumah ..bila je Indonesia dapat gol je dulu terus dah rasa down ..terus tukar channel layan Masterchef .. habis Masterchef layan semula tengok dah seri 1 sama ...semangat naik semula... bila tengok sampai  minit-minit akhir pasukan Malaysia mempertahankan kedudukan seri memang bangga dengan semangat juang pasukan muda kita ini.

Paling best tengok masa sepakan penalti memang dramatik sungguh. Bila sepakan terakhir yang membawa kemenangan Malaysia memang riuh kat rumah munna dengan sorakan munna dan en. abang. Tiba-tiba rasa seronok pula tengok bolasepak ni. 

TAHNIAH BUAT MALAYSIA DAN HARIMAU MUDA.....




Monday, November 21, 2011

Apam Polkadot Versi Apam Strawberry

Selalunya buat apam polkadot je. Tapi teruja tengok apam polkadot ni dah di ubah jadi macam-macam ... jadi munna pun buat apam polkadot versi strawberry.


Munna buat apam ini untuk majlis walimatulurus adik ipar munna hujung minggu yang lalu.



Saturday, November 19, 2011

Cer Citer En. Abang Kesayangan Munna

Gara-gara munna tayang nasi dagang homemade hari tu ... ramai kawan-kawan yang tak percaya en. abang munna pandai masak ye. Sebenarnya en abang munna memang pandai masak .. dari masakan kampung, western dan buat kek pun dia pandai sebab dia memang chef. 

Masa dari sekolah menengah dia dah masuk sekolah vakasional puteri yang khas untuk pelajar  perempuan gara-gara minat memasak. Lepas tu sambung ke Politeknik tapi tak sempat habis dia berhenti sebab lagi suka cari pengalaman katanya. Mulalah dia bekerja macam-macam kedai dari bakery, restaurant  ke Hotel Istana semua tempat dia cuba untuk cari pengalaman. Tapi yang paling lama dia bekerja dengan syarikat catering antarabangsa Sodexo. Tapi sekarang dia buat business sendiri je.

Memang best dapat suami pandai memasak ni.... selalunya kalau ada majlis makan-makan atau kenduri memang en abang munna akan jadi kepala tukang masak. Tak payah dah kalut-kalut nak cari tukang masak sekarang ni. Tapi takdelah dia masak hari2 kat rumah..tengok mood dialah bila dia rajin ada je yg dia nak buat kat dapur tu. Tapi bini dia ni memang suka ambil kesempatan.. mulalah request macam2 macam bila tengok mood memasak en abg dia datang.

Friday, November 18, 2011

Walimatulurus Raja Sehari



20/11/2011

Cuma nak war-warkan pada rakan-rakan blog yang munna akan menghilangkan diri sebentar kerana nak jadi orang kuat untuk Majlis Nikah dan Persandingan adik ipar munna hujung minggu ini. Jadi mungkin munna tak dapat online lama sikit.. maklumlah kenduri kahwin banyak hal yang perlu di selesaikan. Kalau ada pun entry terbaru itu semua adalah autopublish dan curi2 masa utk update nanti..

Pada teman-teman yang berdekatan di jemput hadir sekali memeriahkan majlis ini ye.

Halal Dan Haram

Thursday, November 17, 2011

Tahniah....UPSR 2011

Hari ini result UPSR dah keluar kan... Tahniah munna ucapkan pada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Dalam kalangan ahli keluarga munna tiada yang ambil UPSR tahun ni. 

Munna nak ucapkan tahniah pada anak boss munna yang dapat result 5A 2C.... C untuk kertas Bahasa Cina. Tak lupa juga pada anak-anak blogger yang akan mendapat keputusan hari ini seperti anak kak Hanis Azla, Kak Zakie dan Mak Lagenda. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Wednesday, November 16, 2011

Nasi Dagang Homemade


Amacam ....
ok tak....
lengkap  dgn gulai ikan tongkol, acar mentah dan sambal kelapa. Tapi bukan munna yang masak tapi en abang yang masak semua ini. Bini dia tinggal makan je.

Betul-Betul Besar Ni


Terpengaruh tengok iklan kat tv. Munna pun belilah ..sekali tengok ..mak aii.. besarnya


Memang tak habis makan sorang

Tuesday, November 15, 2011

Cer Citer Di Zoo Melaka Dan Melaka Wonderland

Jalan-jalan di zoo Melaka memang seronok. Walaupun cuaca agak panas tapi budak berdua tu happy je...lagi2 si Yasmin yang memang sukakan binatang. 


 Teruja Yasmin dan abah tengok binatang masa ni...


Zirafah ini tinggi betul ..lalu kawasan ni dekat sangat dengan zirafah tu..... 


Tengah tunggu gajah-gajah ini untuk buat persembahan. 


Yasmin yang suka gajah tapi bila bawa dekat dengan gajah menangis takut. Kakak meya masa ini memang dia duduk kat kerusi depan sekali sebab nak tengok gajah...
Sebenarnya banyak lagi gambar kat zoo Melaka tapi dlm kamera anak buah sebab masa ni camera munna dah buat hal ini je yang sempat munna snap...

Dah penat dan cuci mata tengok binatang kami sekeluarga pergi ke Melaka Wonderland pula memang seronok kat sini. Tempat ini pun baru je di buka jadi kemudahan dan prasarana kat sini masih baru dan selesa juga. Punyalah seronok mandi kat sini tak sedar dari jam 1 sampai jam 4 ptg kami berendam dalam air.


Yasmin yang takut dengan maskot2 kat situ


Anak buah munna berposing sakan dengan maskot2 ni.
Gambar masa mandi manda memang takde... dah niat memang nak mandi sakan kat sini... tak mau dah jadi minah guard jaga barang macam masa mandi-manda di A Famosa dulu.

Monday, November 14, 2011

Jalan-Jalan Di Negeri Melaka

Minggu lepas Munna dan keluarga jalan-jalan di negeri Melaka. Seronok sangat sebab banyak tempat-tempat yang menarik di Melaka. Walaupun dah selalu pergi tapi tak jemu rasanya. Kali ini munna cuma pergi 
2 tempat je ... kebetulan kedudukan 2 tempat ni pun dekat je. 


Mula-mula masuk zoo Melaka. Memang seronok bawa anak-anak kat sini ...semuanya teruja nak tengok binatang terutamanya Yasmin yang suka tapi takutkan gajah.


Dah penat berjalan dalam zoo Melaka ... munna terjah ke sini pula untuk relaks dan suka-suka bermandi-manda. Kejap lagi munna cer citer jalan2 di Melaka ye....

Friday, November 11, 2011

Makan-Makan Di Pizza Hut Lagi

Hari itu cuma makan berdua je dengan Kakak Meya di sini . Kali ini munna ke Pizza lagi dengan Family.


Pizza terbaru tetap menjadi pilihan ... cuma munna add-on dengan pepperoni


 Budak berdua ni tak boleh duduk diam dalam tu...ada je yg diaorang nak buat...

Thursday, November 10, 2011

Nuffnang Bagi BE Lagi

Setelah hampir sebulan takde BE dari Nuffnang... akhirnya merasa juga seketul BE untuk blog munna yang tak seberapa ni... Thanks Nuffnang... harap-harap BE kali ini melekat lekit kat blog munna lama sikit.


Tayang Hadiah Lagi

Gembira hari ini kerana hadiah dari Kak Yus dah selamat sampai. 


Thanks Kak Yus. Memang berbesar hati munna menerimanya


Cantikkan FM dari Australia ni

Tuesday, November 8, 2011

Contest DKNY Golden Delicious Giveaways

ShoppingLifestyle.com Magazine Readers' Contest: DKNY Golden Delicious Give-aways

Klik gambar untuk turut serta ye.... manatahu bertuah dapat hadiah yang wangi-wangi ni

Kek Puding Caramel Sempena Hari Raya Aidiladha

Teringin sangat nak membuat kek ni ... masuk je blog-blog resepi semuanya dah mencuba buat kek ini. Akhirnya berjaya juga munna buat kek karamel ni masa hari raya haji yang lalu.


Tak pandai buat belang-belang kek tu... tak berapa menjadi


Karamel kat atas kek pun ada yang terkopak masa munna balikkan dari loyang.



Kena buat selalu barulah agaknya dapat buat kek ni secantik yang Kak Ita buat. Resepi munna ambil dari blog Kak Ita  siap step by step kak ita tunjukkan

Friday, November 4, 2011

Hajat Di Hati Nak Buat Macam Marble Chocolate Cheesecake Blogger Azian

Gara-gara makan kek ni masa bertandang ke rumah blogger Azian hari tu. Teringin pulak nak buat sendiri. Godek-godek dalam blog Azian.... akhirnya jumpa dah resepi kek ni di blog Azian.


Munna buat kek ni masa makan-makan kat rumah munna sempena birthday munna baru-baru ini. Alhamdulillah menjadi kek ni. Sampai tak cukup malam tu. Walaupun tak berapa cantik tapi rasanya memang ohsem....


Gambar dah di potong tak sempat nak snap semuanya tak sabar-sabar nak makan kek ni. Nanti update citer2 makan-makan sempena birthday munna ye...

Thursday, November 3, 2011

Rezeki Menang Lagi



Seronoknya rasa hari ini...dah lama tak join GA sebenarnya... tapi bila munna join je GA dari blog Kak Yus dah last minute pulak tu dan bila  menang antara yang bertuah memang rasa seronok sangat. Lagi-lagi hadiah dia FM dari Australia ... munna mmg takde lagi FM dari sana. Terima kasih buat Kak Yus .

Bila dah menang ini yang buat semangat nak join GA berkobar-kobar semula.

Wednesday, November 2, 2011

Tengah Kemaruk Dengan Drama Korea

Munna memang tengah gila dengan drama korea sekarang ni. Dulu sebelum kahwin memang gila dengan drama korea. Pantang ada cerita terbaru mesti suruh kawan burnkan untuk munna. Dah kahwin slow sikit ... dah beranak langsunglah tak tengok dah... tapi sekarang tiba-tiba je semangat macam dulu nak tengok drama korea dah datang semula. Tapi sekarang banyak yang munna tengok streaming je dan  ada juga yang munna download sendiri.


Sekarang ini tengah download cerita Lie To Me ni kat opis... dah siap 7 episod .. ada lagi 9 eps untuk di download. Dekat pc rumah pula munna download citer Secret Garden.... kat rumah line streaymx agak slow  jadi agak lambat kerja2  mendownload boleh di siapkan.


Suka heroin yang bergigi kapak dalam cerita ni
Related Posts with Thumbnails