Sahabat Alam Maya

Tuesday, November 30, 2010

Ubi Goreng Panas dan Kopi O Kaw Kaw

Nak tayang kat korang semua ubi goreng untuk minum petang semalam.. punyalah susah nak dapat ubi kayu ini... kebetulan pergi pasar malam dapatlah untuk 2 urat...


Petang-petang makan ubi kayu dengan kopi o kaw .. memang masyukk... bertambah pula dengan keadaan cuaca yang hujan sokmo kat pantai timur ni .. lagilah .. kalau ubi kayu goreng munna suka potong nipis-nipis supaya rangup bila dah goreng ... jemput cuci mata ye

Kalau Hang Tuah Gagal Spm

Untuk adik-adik yg tengah dok exam sekarang in... good luck ye

Monday, November 29, 2010

Ads by Google .... Ada Ganjaran Ke?

Dua tiga hari ni .. munna perasan ada iklan Ads by Google yang menempek kat Kotak Menjerit munna.. nak tanya kat korang semua ye... ada ganjaran ke kalau google letak iklan dekat situ... ke diaorang saja-saja je nak beriklan kat blog kita...

BARUKU TAHU BAHAYA SARDIN


Ermmm ... terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin .... ups, this is my last menu mkn sardin ... cuba sedaya upaya ... takut lak baca artikel di bawah :-Penemuan menakjubkan .... JANGAN MAKAN SARDIN

Assalamualaikum wbh


Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.


Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.


Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.


Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.


Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.


Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.


Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.


Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.


Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.


Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.


Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.


Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.


Setakat mana kebenaranya


Wassalam wallahualam

Tidurlah Wahai Pemaisuriku

Macam lagu P Ramlee lah pulak .... ini semua gara anak munna yang payahnya nak tidur malam... dalam seminggu ni asyik tidur dalam area 3 pagi aje .... pukul 6 pagi dah nak kena bangun semula...

Kakak meya kalau dia dah tidur siang ..malam nanti mesti lambat dia nak tidur.. mulalah dia suruh on kan tv layan Astro Ceria.. kalau dia bagi ummi dia tido takpe tapi dia pakse ummi dia tgk sekali tv tu...

Bila kakak meya baru je tido.. adik dia pula bangun.. yg ini mmg x boleh biar dia sorang-sorang sebab yasmin dah pandai berdiri sendiri.. takut dia lepas tangan sendiri nanti jatuh terlentang.. siapa yang susah.. satu lagi Yasmin suka sangat mengutip benda-benda apa jelah kat lantai.. takut juga kalau termakan benda-benda yang merbahaya..

Nasib baik cik abang nak gilir-gilir jaga budak berdua ni.. kalau tidak mau tido kat oficce di buatnya... Ini pun dah siap pesan kak nenek jangan bagi kakak Meya tido siang .. biar dia penat jadi malam cepat sikit dia tido....

1 AZAM ~ Akhiri Zaman Miskin

Ini program terbaru yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita . Walaupun tak pergi masa pelancaran kempen ini.. tapi boss munna bagi juga untuk staff dia.


Ini dia bag untuk semua peserta yang hadir

Dalam bag .. ada baju t-shirt


ada penanda buku, pen dan sticker


ada buku nota


paling best dia punya tagline

" Kemiskinan Perlu Dibasmi Dan Bukan Untuk Diwarisi. 1Azam Satu Penyelesaian "


Sunday, November 28, 2010

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .



Selamat Tinggal Wira Ku

Ingat lagi tak munna ada tulis kat blog pasal kereta munna dah dapat baju baru... kalau tak ingat klik sini ye
inilah rupanya wira baru munna... takde perubahan sangat...masih kekalkan warna yang sama

Cat baru ni di sebabkan munna nak jual kereta ni ... ingatkan nak tukar kerata baru ...tapi masih dalam perbincangan samada nak pilih Alza atau Exora.....

Friday, November 26, 2010

Berkesan ke Detoox Foot Patch Ini?


Dah 2 hari dapat sample percuma Deetox Foot Patch ini dari bos tapi asyik lupa je nak cuba try test ... malam ini kalau tak lupa munna nak cuba pakai... betulkah ianya berkesan untuk membuang toksin dalam badan munna...amenda kesan sampingannya .... esok munna citer ye ...(kalau tak lupa lagi malam ni)




10 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

§ Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

§ Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

§ Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

§ Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

§ Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

§ Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

§ Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

§ Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

§ Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

§ Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Kek Ala-Ala Secret Recipe Versi 2

Citer pasal masakan lagi.. sila jgn lapor-lapor bila masuk blog munna ni ...

2 biji kek telah selamat di korbankan atas permintaan ramai

amacam ada yang berkenan tak

kek ini sama je dengan kek ala-ala secret recipe yg munna dan cik abang buat hari tu


yang ini pula cuma letak manggo diantara lapisan kek dan fresh cream ... jadilah kek mango delight

p/s : Ini nak lawan angah citer pasal makan-makan

Wednesday, November 24, 2010

Nasi Hujan Panas Dah Jadi Nasi Bunga

Sorry ye baru nak publish entry pasal raya.... Aidiladha baru-baru ini cik abang munna buat set nasi hujan panas atas permintaan adik bongsu dia yang nak menjamu kawan-kawannya di rumah mertua munna. Jadi atas permintaan ramai inilah dia nasi hujan panas... tapi kakak meya tak panggil nasi hujan panas ... dia panggil nasi bunga sebab ada warna warni kat nasi tu dia kata macam bunga

Ummi.. nak nasi bunga... meya makan nasi je... boleh habis sepinggan

ini acar mentah
ini dalca dhal dengan sayur terung bulat


ayam merah ros pelengkap hidangan

Nota kaki : sorry ye kalau terbelit biji mata tgk gambar yang terbalik ni.. tak tahu pasal apa jadi terbalik padahal dah rotate dah sebelum upload kat blog


Tuesday, November 23, 2010

Jom Makan Lontong Indonesia Kaw Kaw

Ini dia lontong versi Indonesia ... memang terangkat pedasnya


Memang berbeza dengan lontong kita... tak cukup sepinggan bila makan...

p/s : korang pernah makan lontong versi medan tak? fuhhh lagi best !

Hukum Bertemu Kereta Yang Dicuri

Baru-baru ini kereta kawan SIL munna di curi orang .. tapi Alhamdulillah beberapa jam kemudian kereta tersebut di temui kembali dengan senjata-senjata dan peralatan mencuri yang masih berada di dalam kereta tersebut... Ini hukum yangb berguna untuk kawan SIL Munna.. semoga menjadi panduan


HUKUM BERTEMU KERETA HONDA YG DICURI ITU .




Seorang sahabat kehilangan kereta Honda nya, kemudian ditemui semula dlmnya ada senjata & telah bertukar warna ( dicat lain ).Kereta ini telah ditukarkan kpd sport rim baru.Apakah hukum menggunakan kereta ini,selepas menyerahkan senjata itu kpd pihak berkuasa, sdgkn rim itu disangkakan juga merupakan suatu yg dicuri kerana polis mengesahkan ia telah digunakan utk bebrapa rompakan ? Apa pandangan tn/pn sdr sdri ?

alhamdulilLah wassalatu wassalam 'ala RasulilLah, waba'd,

jawapan pd soalan yg dilontarkan tadi adalah, senjata itu memang da diambil polis tapi kereta itu dengan segala komponennya adalah milik sahabat itu kerana ia termasuk daripada kelengkapan kereta yg dengannya ia bergerak.Dalam kaedah fiqh ia adalah dlm konteks al-Zafar, iaitu tanpanya kereta tu x boleh digunakan.Atau dlm kaedah al-Ghurmu bil Gunmi.Manakala kita bimbang syubhat dsb, tak timbul kerana, bukan kita yg ambil, tapi da terpasang pd badan kereta & ia rukun yg wajib utk kereta, tanpanya kereta x dapat berjalan.Sesiap yg mendakwa ia milik secara curi kena datangkan bukti kerana dlm Islam kaedah fiqh mengatakan al-Bayyinatu 'ala manidda'a walyaminu 'ala man ankar, maksudnya bukti mesti ditunjukkan dlm pendakwaan dan sumpah mesti utk mereka yg mengengkari ( tuduhan ). Jadi dlam kes ini, tiada siapa yg tuntut, maka ia dianggap hak pemilik kereta yg asal.WalLahu a'lam.

Saturday, November 20, 2010

Pakai Losyen Ini .. Gerenti Nyamuk Tak Gigit

Baru-baru ini ahli keluarga munna pulang bercuti ke Indonesia... Ini losyen diaorang beli dekat sana.. memang mujarablah.. kalau pakai sapukan ke badan baby memang nyamuk tak akan singgah langsung


Lepas bagi sikit-sikit dengan ahli keluarga yang lain munna dapat 5 paket ini.. Memang berkesanlah losyen ini.. bau dia pun wangi

Beruntungnya Menjadi Wanita Islam

Beruntungnya menjadi wanita Islam!

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.

“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.

“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.

“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.

Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

Friday, November 19, 2010

Makan Time..Saat Yang Di Tungu-Tunggu

Ini bubur nasi untuk yasmin ... munna cuma masak bubur nasi campur sawi dan bebola ayam sikit ... bila dah masak blend kasi hancur


ini baru first round ... selalunya menambah kalau yasmin makan

suka sangat buat mata sepet macam ni kalau orang nak snap gambar dia


Alhamdulillah.. yasmin dah kenyang

wajah yang menceriakan hati ummi

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

... munna nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban pada semua. Kalau ada salah dan silap munna dan ke;uarga harap maafkan.. berhati-hati di jalanraya...

Tuesday, November 16, 2010

Shopping Sempena Hari Raya

Semangat betul nak sambut raya tahun ini... sempat juga munna pergi shopping sikit.

Lipstick dan mascara baru untuk ummi

Kasut untuk Kakak Meya

Dua pasang tudung untuk kakak Meya


Dua helai baju untuk kakak Meya dan Yasmin

Monday, November 15, 2010

Monday Blues Punya Pasal!

Ini semua pasal monday blueslah... takde semangat langsung nak buat kerja kat office..ingat nak bercuti je dah... padahal esok kerja lagi half day... sambil layan-layan blues...baik munna layan pergi blog kawan-kawan ye... nak update entry pun dah malas tahap gaban... padahal banyak yang nak di gossipkan... nampaknya berjinba-jinba kat blog korang jelah... tunggu munna terjah sorang-sorang ye...

Sunday, November 14, 2010

Pizza Hawaian Cheesy Versi Munna's Family

Tekak ni rasa lain macam je hujung minggu ini.. rupanya nak makan makanan orang itali rupanya... ni dia projek minggu ni .. homemade pizza hawaian cheesy


close up sebelum dibakar


Kat tepi keliling doh tu cik abang munna letak cheese kat dalam

close up lepas dah bakar


Jangan meleleh air liur sudah...

Noir Jewelery Giveaway Kembali


Cantik tak kerongsang ini.. kalau korang nak secara percuma... bukan saje sepasang, tetapi tuan blog ini nak bagi terus 1 box kepada yang bertuah

sesiapa yang nak ikut serta klik sini ye NOIR JEWELRY GIVEAWAY KEMBALI!!

(gambar diatas adalah salah satu design yg anda bakal menangi)

tarikh akhir giveaway ialah 10 disember 2010 tima kasih

Saturday, November 13, 2010

"ARE U THAT LUCKY ONE..GIVEAWAY"...


Marathon GA lagi ..kali ini dianjurkan oleh Belinda Adzmi
kalau korang semua nak join klik sini ye

TEH TARIK PERISA BABI

Memang ada logo halal JAKIM...tapi kata kawan logo tu pun boleh jual beli (diperdagangkan). Dan jikalau tengok logo dan nama (trade mark) tu memang meragukan (syubahah). Kalau ada orang lain nak beli n minum juga apa yang kita boleh buat.


Memang kecoh emultional E471 ni sejak bertahun2. Ada yang kata kod itu untuk lemak babi (sama status dgn khinzir). Agen E471 berperanan kasi tahan lama (tak basi) so tempoh luput boleh dilanjutkan.

Nota kaki : Nasib baik tak terbeli... last minute munna ambil teh tarik power root

Maira & Mica Collection Giveaway

Create your own banner at mybannermaker.com!

Jom ramai-ramai join GA dari Maira & Mica Collection syarat-syarat dia simple je

Detail pasal GA klik sini ye

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan

Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Friday, November 12, 2010

Korang Rasa Apa Nama Buah Ini Sebenarnya?

Korang semua pernah makan tak buah ini... semalam masa ronda-ronda kat pasar malam cik abang munna beli buah ini. Dia kata tauke buah tu kata buah ini berbuah setahun sekali je .. harga pun makk oiii boleh tahan RM 8 untuk sekilo



Bila dah belah dua ginilah rupanya .. rasanya manis dan sedap . Korang semua pernah makan tak... ini first time munna makan buah ini jadi ada sikit pelik apa nama buah ini sebenarnya..

Bengangnya...

Adoi... janji siap hujung minggu ni, tapi nampak gayanya menjelang raya haji pun... tak comfirm boleh siap lagi. Memang bengang rasanya pada bengkel tu... hari itu janji boleh siapkan hujung minggu ni tapi sampai petang semalam munna pergi tengok dengan cik abang baru je kerja menampal simen je yang siap tu belum kerja-kerja buang cat lama lagi , lepas tu nak sembur cat lagi.

Silap juga hantar time ni .. kat area pantai timur sekarang musih hujan jadi tuan bengkel tu kata kena tengok cuaca jugak baru diaorang boleh sembur ...aduhai tahan jelah...

Thursday, November 11, 2010

Susahnya Bila Patah Kaki!

Ini takde kena mengena dengan patah kaki betul-betul.. ishh jauhkanlah patah-patah ni. Sebenarnya patah kaki disebabkan kereta munna dah masuk bengkel untuk proses makeover dan salin kulit. Jadi memang susah kalau nak bergerak kemana-mana terpaksa harapkan hubby untuk hantar dan jemput munna dari kerja..

Baru tahu rasa susah takde kenderaan sendiri ... ialah biasanya nak pergi mana-mana sendiri boleh pergi.. bila-bila masa je .... tapi bila dah harapkan cik abang yang hantar kenalah ikut set masa dengan waktu cik abang keluar .... time balik pulak sokmo je lambat jemput dah berkurun rasanya menunggu depan opis cik abang baru sampai.. belum kejar nak ambik anak kat babysitter lagi.

Harapnya kereta tu akan siap menjelang hujung minggu ini ...petang ini nak pergi tengok progress kemajuan kerja-kerja mengecat kereta munna kat bengkel.

nota kaki : wei raya ini kereta munna ada baju barulah...

Jom Makan Kek Batik Pula

Asyik cerita pasal makan je kan?.. korang jangan marah ye.. sekarang ini munna punya mood masak-masak memang membuak-buak... tapi bab bakar-membakar je lah kalau masak lauk pauk memang ada mood malas kat situ yang mengikut sokmo.... malam tadi buat kek batik untuk layan tekak yang nak makan yang manis-manis

amacam ada yang berkenan tak... ini memang simple dan sempoi je kalau nak buat ni

ada ke rupa batiknya?

Ini resepi munna untuk kek batik ini

1 paket biskut marie (patah dua)
250 gm butter
2 biji telur
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan gula pasir

korang campur je semuanya kecuali biskut dalam kuali dan dengan api yang perlahan, kacau je sampai pekat ... bila dah pekat tutup api dan masukkan biskut .. gaul rata .... masukkan dalam bekas yang di alas dengan plastik.. sejukkan.. dah siap terus makan...

Wednesday, November 10, 2010

Oh babi ... patutlah jadi rebutan

Patutlah binatang ini jadi rebutan dan harga pun boleh tahan ... setiap inci dalam dan luar badan boleh digunakan oleh manusia...

nak tgk lagi besar klik sini ye

munna jumpa gambar ini kat blog kak melur

Tuesday, November 9, 2010

Jom BBQ Di Malam Hari

Biasalah tiap-tiap bulan memang family munna akan tetapkan satu hari untuk buat makan-makan sekeluarga.. masa ini lah dapat berkumpul dengan semua ahli keluarga munna dari moyang ke cicit semua ada time makan-makan ni. Bulan in kitaorang buat BBQ ayam dengan ikan percik . Bayangkanlah orang lain dah sedap tidur kitaorang dok bakar ayam lagi.. ayam start panggang pukul 10 mlm.. sebab menunggu semua ahli family cukup baru start bakar ....

Ayam dan juga ikan yang sudah siap dipanggang dan hanya menunggu masa untuk di serbu aje... bahan perap ayam dan kuah ikan percik cik abang yang sediakan


Ini yang munna makan malam tu... korang panggil apa yang sebelah ikan tu... munna panggil bolly ayam


muka budak suka dapat makan ayam ... kek pun ada malam tu sempena birthday anak buah munna dan munna sekali .. majlis ini lah yang buat kek ala Secret Recipe tu

nota kaki : tak tahu pasal apa boleh lupa ambil gambar masa time bakar ayam kat luar rumah

Monday, November 8, 2010

Ala-Ala Kek Secret Recipe

Konon-kononya nak tiru kek Chocolate Banana dari Secret Recipe... jadi bermulalah perjuangan munna dan cik abang untuk buat kek yang sama ala-ala SR itu.. kebetulan family munna dah plan nak buat bbq malam minggu lepas .. jadi buatlah kek ini untuk dessert

Ini yang betul-betul original dari Secret Recipe



Aktiviti menyapu fresh cream kat kek


Laki bini memang failed bab hias-menghias kek ni... mmg tangan keras .. tapi rasa sebijik macam Secret Recepi...


Ini pula rupa kek munna yang telah dipotong... licin malam tu.... mula-mula takde yang berkenan sebab rupanya tak semegah mana... tapi bila dah potong kasi rasa... semua request buat lagi nanti untuk majlis family next month...

Saturday, November 6, 2010

Mari Berkenalan Kejap

Munna telah di tag oleh ubipanas. Jadi dengan gigihnya kak munna menjawab

Apa benda yang paling penting dalam hidup kamoo?
Semestinya seluruh ahli keluarga Munna

Benda yang terakhir kamoo beli guna duit sendiri?
Camera Digital Sony

Di manakah tempat kamoo ingin melangsungkan perkahwinan dan tema?
Dah kahwin dah

Adakah kamoo sedang bercinta sekarang?
yes. dengan hubby
Berapa lama kamoo akan mencintai kekasih kamoo?
Selagi hidup di muka bumi

Novel/ buku/ majalah yang terakhir kamoo beli?
Majalah Saji

Apa nama penuh kamoo?
Norhalina Md yunus.... betul ni tak tipu

Antara mak dan ayah mana yang kamoo lebih mesra
Dua-dua..mesra

Adakah kamoo basuh baju sendiri?
Mesin basuh yg basuh .. tapi kalau yg kena cuci tangan.. cuci sendiri.. klu dry cleaning... hantar dobi

Bila tarikh lahir kamoo dan kat mana kamoo sambut tahun lepas?
251080. Sambut kat rumah je... cik abang buatkan kek

Bagitahu tiga perkara tentang orang yang tag kamoo?
Seorang yang sukakan ubi
Student Lagi
Orang Sabah

Blogger yang kamo nak tag:

Semua sekali yang baca blog munna hari ni

Friday, November 5, 2010

1st Happy Anniversary "SWEET LIZAHANUM"

Marathon GA lagi.. kali ini dianjurkan oleh Lizahanum sempena setahun dia sudah berblog .
jom ramai-ramai join GA ini....

Related Posts with Thumbnails