Sahabat Alam Maya

Thursday, November 11, 2010

Susahnya Bila Patah Kaki!

Ini takde kena mengena dengan patah kaki betul-betul.. ishh jauhkanlah patah-patah ni. Sebenarnya patah kaki disebabkan kereta munna dah masuk bengkel untuk proses makeover dan salin kulit. Jadi memang susah kalau nak bergerak kemana-mana terpaksa harapkan hubby untuk hantar dan jemput munna dari kerja..

Baru tahu rasa susah takde kenderaan sendiri ... ialah biasanya nak pergi mana-mana sendiri boleh pergi.. bila-bila masa je .... tapi bila dah harapkan cik abang yang hantar kenalah ikut set masa dengan waktu cik abang keluar .... time balik pulak sokmo je lambat jemput dah berkurun rasanya menunggu depan opis cik abang baru sampai.. belum kejar nak ambik anak kat babysitter lagi.

Harapnya kereta tu akan siap menjelang hujung minggu ini ...petang ini nak pergi tengok progress kemajuan kerja-kerja mengecat kereta munna kat bengkel.

nota kaki : wei raya ini kereta munna ada baju barulah...

9 comments:

  1. bestnyer munna.. kira tukar baju baru la kereta tahun nie hehehee

    ReplyDelete
  2. waaa tukar baju lah tahun nie ..
    jgn lupa upload gambar tauu :)

    ReplyDelete
  3. sabar ..bila tgk kereta dah cantik lupa la semua tu..

    ReplyDelete
  4. kenderaan suatu kewajipan dalam sehari-hari

    ReplyDelete
  5. angah : first time nak tukar baju tahun nie

    ieda : nanti munna upload bila dah siap...

    ReplyDelete
  6. ozzy : tulah kak munna tgh sabarlah ni

    en. pysc : betul tu... tapi kalau takde kita semua masih boleh hidup selesa juga

    ReplyDelete
  7. memang betul....susah tau klu tak ada keta...

    ReplyDelete
  8. kak ina: betullah...

    apik : tu tukar baju sebab nak tukar kereta barulah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails