Sahabat Alam Maya

Thursday, August 26, 2010

Munna dah Ketagih...

Bukan ketagih benda-benda yang tak elok ye..

tapi dah ketagih dengan kuih ni...

hari-hari kalau pergi PARAM mesti nak beli kuih ni.... munna dah researh nama kuih ni Nekbat

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular diMalaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di KelantandanTerengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam airgula yang dimasak dengandaun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi, dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur.

Istiah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagaiseperti nekbat kembang.

Ini pula resepi kuih ni dan gambar yang munna salin dari sini

Bahan-bahan

500gm tepung beras

12 biji telur ayam

1 sudu teh pewarna oren (serbuk)-jika suka

Cara-cara

1. Panaskan acuan baulu yang telah di sapu dengan minyak selama 5 minit.

2. Tepung beras di sangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan sejuk.

3. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan pewarna dan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, gaul hingga rata dengan hand whisk.

4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180C hingga kekuningan. Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.

3 comments:

  1. eh kejap. kuih nie ada kat kelantan ey? mcm xpenah tgk pun. aiyok =_=" rindu kuih muih kelantan yg sgt sedapp T___T

    ReplyDelete
  2. kuih nekbat..igt kuih bahulu td..kat kelantan je ke ada.?time2 cmni tetibeng jerk lapo..huhuhhu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails