Sahabat Alam Maya

Wednesday, August 25, 2010

Info Penyakit Jiwa

Info Penyakit Jiwa

Kita semua mempunyai ganguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja, atau di rumah.
Jika ini berlarutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.Penyakit jiwa adalah salah satu istilah yang merangkumi gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.
Perkataan 'gila' adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan orang mabuk berbanding pesakit jiwa.Anggapan salah orang ramai terhadap penyakit jiwa yang disimpan harus dikikis.

Punca

Lazimnya tidak ada satu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya sebab penyakit ini pelbagai dan saling berkaitan. Antara lain mungkin :-

- Sebab Fizikal : Contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak.

- Keturunan : Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya, terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika seorang daropada orang tua anda menpunyai skizofrenia.

Jenis-Jenis Penyakit Jiwa

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

- Kegelisahan (Neurosis)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain

- Penyakit Kepiluan (Depression)
Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan(misalnya kematian orang yang disayangi. Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

- Psikosis

Ini adalah yang paling teruk. Bagaimanapun ianya jarang berlaku berbanding jenis penyakit jiwa lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup dalam alamnya tersendiri serta berkelakuan ganjil.
Misalnya dia mungkin mempunyai kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.
Rawatan mungkin dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda sakit beransur hilang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails