Sahabat Alam Maya

Tuesday, August 24, 2010

Bapa Sembelih Anak Sendiri Umur 3 Tahun

Baru je munna dengar dalam berita.... Ya Allah apa nak jadi dengan manusia sekarang ni.. memang dugaan Ramadhan betul...Dah tahu ayahnya ada masalah mental kenapa biar je.... tak ambik iktibar kes Tragedi Bangun Sahur Agaknya

Ini Berita dari Berita Harian Online

Bapa sembelih anak 3 tahun di Kota Bharu


2010/08/24

KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.

Nota Kaki : Satu lagi janganlah bagi anak main mercun... hari ni dalam newspaper asyik cerita putus jarilah, muka terbakar, nata butalah.... hishh takut munna

9 comments:

  1. stigma penyakit mental..kalau sakit mental, memalukan. walaupun dalam kes ni, si bapak lama tak pergi rawatan.
    our society loves judging other people.

    ReplyDelete
  2. sakit mental, takleh nak kata apa. ingat tak hari tu yang bini kena slash dengan laki dia sampai mati waktu sahur awal ramadhan hari tu? yang tu pun sakit mental jugak.

    ReplyDelete
  3. salam..

    huhu mcm2 brite skg ni ekk >___<
    smoga kte sume djauhkan..amin..

    slmt terus berpose ^^

    ReplyDelete
  4. huhu.mcm2 betul Msia sekarang ni.semoga kita dikecualikan dari segala dugaan mcm ni.huhu~

    ReplyDelete
  5. pelik2 manusia skrg nih..ntah ape2 nk jadi..org gila xle buat main2..dia xwaras/xsiuman..jgn biar dok kt umah...hantar kt spital...

    ReplyDelete
  6. aduii..mcm mcm berlaku skg..ini semua ketentuan dan mengajar kita agar lebih peka selepas ni dgn kejadian2 spt ini...

    ReplyDelete
  7. wah...menakutkan nye..
    dunia akhir zaman kan...

    ReplyDelete
  8. tulah.. makin nak raya makin menjadi-jadi kes macamni.. hisshh harap2 takdelah berita macam ni dah lepas ni... kita dah nak masuk fasa untuk bergembira menyambut raya dah ni wei

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan 15

    semalam angah tengok tv pun sedih dengar kan??
    cian budak tue tak berdosa

    angah follow uuu jom kalau senang kita tukar2 link

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails