Sahabat Alam Maya

Friday, August 27, 2010

Taktik Menculik Kanak-Kanak di Shopping Complex

Ini nak berkongsi dengan teman-teman semua... lebih-lebih lagi sekarang ni sibuk nak shopping untuk membeli keperluan hari raya... yang penting sentiasa awasi anak-anak anda.

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU..

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA.

13 comments:

  1. aduhai..manusia skang ni da macam2..mereka macam x takot jer..kak munna, apik amik entry ni tau..bleh?

    ReplyDelete
  2. bahaya wo skarng...bukan stakat budak....mak budak pun bleh kena culik skrg..

    ReplyDelete
  3. penguatkuasa undang2 kena lagi bijak juga dari si penjenayah. hmmm

    ReplyDelete
  4. konfius,nih hypermarket carrefour ke yg dlm shopping complex?
    neway,mmg goosebumps la psl bende nih

    ReplyDelete
  5. slm sngah dopgi hri munna..hemmm kmaz pun ada dngar crita ni suatu msa dlu..memang seram kan klu bwa anak2 ni..kna jga btul2..

    ReplyDelete
  6. slm sngah dipgi hri munna..kmaz pun ada trdngar crita ni suatu msa dlu..memang seram dibuatnya..kna hti2 btul klu bwa anak2 kluar kan..

    ReplyDelete
  7. apik pehe : amiklah.. sebarkan lagi jgn lupa kredit ye

    ReplyDelete
  8. tu la kena hati2 lebih2 lagi klu anak kita yg jenis tak takut dgn orang dia ikut je sapa yg ajak dia...

    ReplyDelete
  9. mak aihh... bahaya betul la. tak check kat cctv ke?

    ReplyDelete
  10. siyes.. byk manusia skrg ni dah gila dan ganas lain macam. bunuh orang macam bunuh semut. senang2 dia je huhu T_______________T

    ReplyDelete
  11. kalau xpenting sangat baik xpayah bawak la bdk2 kcik ni..
    musim2 raya ni..
    macam2 perangai orang jumpa..takut woo..huhuhu

    ReplyDelete
  12. skang ni dah makin teruk, bukan setakat kat bandar, kat kampung pun dah pernah berlaku kes macam ni..main depan rumah pun dah tak selamat..

    ReplyDelete
  13. Salam Ramadhan Munna

    salam ziarah
    salam perkenalan
    salam ukwah

    terima kasih sudi keteratak saya yg serba kekurangan dan baru nak tunas

    Wassalam

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails