Sahabat Alam Maya

Friday, August 20, 2010

Superkids Club Buatku Menangis

Pagi ini airmata munna turun mencurah-curah depan pc di pejabat sampaikan officemate munna pun hairan kenapalah munna menangis depan pc... buang tebiat agaknya. Sebenarnya munna jengok baca blog anak-anak istimewa yang di gelar Superkids Club terus meleleh air mata munna.

Melalui Superkids ni munna dapat lihat betapa tabahnya ibubapa mereka membesarkan anak-anak istimewa mereka tanpa jemu dan penuh kasih sayang. Bila baca tentang penderitaan anak ini munna cukup bersyukur kepada Allah kerana memberi munna anak-anak yag sihat dan ceria.

Buat keluarga Superkids Club teruskan usaha anda untuk memberi penjagaan dan kasih sayang kepada anak-anak istimewa ini dan lebih berusaha untuk memulihkan mereka. Sesungguhnya dikurnikan anak-anak istimewa ini menjadikan kita lebih tabah dan sabar sebagai pedoman buat kita semua.

Tak lupa juga munna nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga salah seorang superkids yang telah menjadi bidadari kecil .. Alanna Qish ... Al-Fatihah buat anak kecil ini.. walaupun terlambat munna mendoakan Alanna menjadi Bidadri Kecil...

Ini Diantara Anak-anak yang cukup Istimewa

2 comments:

  1. Sesiapa pun pasti terharu membaca kisah diorang. Teringat pula kata-kata sorang ibu yang anaknya kurang upaya dlm satu rancangan TV, "Tuhan nak jadikan kami ahli syurga". Semoga diorang tabah.

    ReplyDelete
  2. Parents Alanna Qish tu ada buat video tribute untuk bidadari mereka. Memang tersentuh, bangga tengok parents yang tak sisihkan anak mereka yang 'istimewa'.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails