Sahabat Alam Maya

Tuesday, March 13, 2012

Yasmin Dah Berjaya Untuk 2 Hari Ini

Dah 2 hari Yasmin berhenti menyusu badan.... kesian juga tengok dia serba tak kena lagi2 bila malam tengah tidur ...bila terjaga je .... meraban mencari susu. Tapi Alhamdulillah berjaya dah menempuhnya untuk 2 hari harapnya berterusanlah selepas ini.

Bila Yasmin teringat je susu dia cepat2 munna katakan yg susu ummi sakit jadi tak dapat bagi dia... nasib baik dia boleh terima dan faham... sekarang ni asyik cakap ..sian ummi sakit.. Tak payah susah2 munna ikut petua orang2 dulu letak macam-macam cuma cakap je ummi dia sakit terus dia faham....

Sekarang ni tengah training Yasmin minum susu formula .... nampaknya dia kurang suka. Dah bermacam-macam jenis susu dan perasa munna beli tapi nampak dia tak berminat sangat. Semalam munna cuba begi dia susu Enfagrow pula... alhamdulillah kali ni tengok dia minum lebih sikit. Lebih-lebih bila munna puji dia pandai banyaklah juga dia minum. Memang harap dia nak minum susu formula ni sebab Yasmin makan memang kurang harapkan susu je lah untuk tambahkan berat badan dia.

11 comments:

  1. Pandai Munna... tak payah bubuh apa-apa pun nampaknya Yasmin sayang ummi dia takut sakit ye... insya-allah semakin oklah tu munna

    ReplyDelete
  2. mmg kesian pisah susu dgn ank ni..apapun munna kena kuat semangat k ;) dan sy harap yasmin cepat2 sesuaikan diri dgn susu formula :)

    ReplyDelete
  3. kenapa tak bagi susu badan kat yasmin dah?

    ReplyDelete
  4. teringat saya masa mula2 wife nak putuskan susu anak sulung saya, si ziyyad...dia menyusu badan full without formula sampai umur 2 tahun.

    ReplyDelete
  5. Ok la tu dia senang nak cerai susu. Anak jiran saya dah 4 tahun duk menyusu badan lagi.. Macam2 mak dia buat tapi tak berkesan.

    ReplyDelete
  6. yea yea yasmin dh bsar! tak mo nenen lg dah tau ;P

    ReplyDelete
  7. yasmin bg lg ke kak munna?
    kenapa nk stopkan bf?
    anak2 cma 6 bulan dah xnak bf..
    terpaksa cari susu formula

    ReplyDelete
  8. insyallah..smoga dipemudahkan sgalanya

    ReplyDelete
  9. kesian kan time nk putus susu..tp tu lah kan smpai bila...kita pun jd sedih semacam je kan..

    ReplyDelete
  10. bagusnya.. kecik2 dah pandai kesian kat mamanya..

    ReplyDelete
  11. bagusnya yasmin,boleh berenti macam tu je ye..saya dulu siap kena letak macam2 nak bagi dia berenti bf..
    happy belated birthday yasmin..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails