Sahabat Alam Maya

Thursday, March 29, 2012

Aduhai Denda RM25 Aje....


Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

P/s : Rasanya patut kenakan hukuman lebih berat macam kes kartika sari dulu....setakat RM25 je..sekali diaorg goyang sebelah badan je dah boleh bayar.... Patutlah tersengih je muka diaorang .. takde langsung muka indaf dan kesal gayanya.....

12 comments:

  1. Denda tak jadi apa..hanya mintak ditiup api kesedaran dan hidayah buat mereka2 ni..sian..

    ReplyDelete
  2. huhuhu..skang nih,pesalah x yah blur muka kan....huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. rasanya pendapatan @ tips yg diorang dapat satu malam, berpuluh kali ganda dari denda tu..

    ReplyDelete
  4. tak berbaloi langsung denda byk tu

    ReplyDelete
  5. semuga mereka dikurniakan hidayah...berakhlak baik dan menutup aurat

    ReplyDelete
  6. Akta tahun 1955!!! Patut pun denda nya maximum RM25 aja.

    ReplyDelete
  7. bagus lah macam nie
    boleh ramai layie yg menari tiang lepas nie sbb semua mampu bayar ..
    aduhhh apa nak jadi dunia dan org2 skrg ..
    mana perginya otak mereka ??
    kesedaran tuu akan ada kalau tindakan kita selalu disekat dengan perkara2 macam nie .. kalau x disekat .. kesedaran dlm diri tuu x akan ada .. nak2 mereka2 yg biasa buat kerja nie huhuh
    sedihhhhh .... negara islammm

    ReplyDelete
  8. nak kena implement hukum hudud kot baru nak serik. isk isk..

    ReplyDelete
  9. lorr...semalam sempat lerr tgk...tpi xtaw kesalahan apa...upenye kesalah sebegini...nape murah sangat erk...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails