Sahabat Alam Maya

Friday, July 1, 2011

Trailer Filem Hantu Bonceng Dan Sinopsis

Sebab ada Zizan Maharaja Lawak rasa tak sabar-sabar nak tengok cerita ni. Kalau Mamat Khalid yang punya filem rasanya mesti kelakar tapi filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham. Harap-harapnya kelakar lah... Filem ini akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti....






Mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.

9 comments:

  1. hahahahah...jenuh gelak keraih perut camnie............

    ReplyDelete
  2. munna..
    menarik lah pula sinosip filem nie...
    hantu bonceng eik.

    em......
    nak tonton gak, masa bulan raya kan??
    thanks laling, syer ttg filem nie.. minta2 lawak

    ReplyDelete
  3. Mesti kelakar juga ni kan kak, kalau zizan berlakon..

    ReplyDelete
  4. Mcm best jek.. Nak kena layan jugaklah :)

    ReplyDelete
  5. cam best je tuh? kita nantikan sahaja lah lepas raya nanti!! =D

    Bantu Untuk Vote Saya! Boleh?

    ReplyDelete
  6. laaaaaa cter hantu lg?
    tp kalo citer hantu lawak takpe..mama ske..hehe

    ReplyDelete
  7. ahahah x tahan bab just kidding ! ekekek :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails