Sahabat Alam Maya

Monday, April 18, 2011

Petua Memilih Tudung Mengikut Bentuk Muka

Nak pakai tudung pun kena pilih juga yang mana satu sesuai dengan bentuk muka kita... barulah lebih anggun dan sesuai dengan muka kita nanti. Munna nak share petua ini dengan kawan-kawan semuan ye...

Bentuk Muka Oval
Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.

Bentuk Muka Petak
Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.

Bentuk Muka Panjang
Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat
Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

21 comments:

  1. Alin punya muka yg mana satu ek??hehehehe

    ReplyDelete
  2. kene test try depan cermin sebelum beli, tapi segan gak nak try kalo beli kat pasar malam, ramai lak yg menengok nye, ye la, jadi model kan, heheheheh...

    ReplyDelete
  3. bagus munna...info yg menarik..

    ReplyDelete
  4. kalau einn, tahun 2010 muka bujur sikit la..ni dh masuk 2010, muka jadi bulat la..ahahahaha

    ReplyDelete
  5. menarik ni munna.nanti nak belek muka akak ni bentuk apa ekk..

    ReplyDelete
  6. tq gud info.. perempuanlah katakna mesti ler nak pilih yg terbaik utk diri sendiri..hhehe

    ReplyDelete
  7. kak,jat main redah je pkai.walaupun kdg2 nmpak muka bulat semcam.

    ReplyDelete
  8. dah bace2 ni...sibuk nak tengok cermin muke bentuk segi ape...bersegi nampaknye..hehee

    ReplyDelete
  9. kakmunna, hany teringin nak pakai syria tapi tu lah muka bolat ni adoiiii

    ReplyDelete
  10. amy rasa muka amy bulat...slalu x brani nk bgya ngn tudung2 n selendang2 fesyen skang...

    ReplyDelete
  11. cma punye muka cam pnjg2 ckit..he3.macih share info ni..

    ReplyDelete
  12. akak tak memilih sangat, tapi ada gak yang akak kenal pasti jenis dan warna tudung yang tak sesuai ngan muka akak.kalau boleh akak tak pakai.

    ReplyDelete
  13. Rasanya org bermuka bujur paling sesuai pakai tudung ape pun..tp sebenarnya tak kisah pon bntuk muka cmner pun kan kak munna..ASALKAN bertudung..tu yg pnting kan...

    ReplyDelete
  14. yes ! gud info dikk .. thanx , x sempat baca semua .. nanti sambung balik .. ada meeting :))

    ReplyDelete
  15. kekadang rase nk tergelak tgk org yg tak seswai ngan muke gayakan tudung...da macam2 pesen kan, sume pun nk cube tapi kite yg tengok menahan nk tergelak..

    ReplyDelete
  16. info yg menarik.. tp kdg tu kita rasa mcm tak sesuai dgn muka kita, tapi org lain nampak elok pula.. perasaan kita aje kot kan..

    Salam kenal yer munna.. Thanks sudi singgah ke blog saya..:)

    ReplyDelete
  17. info menarik nie..nnti sy bgtau istri saya mengenai info ini..sgt2 berguna..trime kasih ya

    ReplyDelete
  18. info yang menarik ni, boleh minta share kt blog n fb???

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails