Sahabat Alam Maya

Tuesday, August 10, 2010

Legenda Budak Setan..Memang Lagenda



Siapa yang tak pernah baca novel ni dulu... yang baru lahir dalam tahun hujung 90an mungkin ada yang tak pernah baca... tapi kalau zaman munna sekolah dulu ... novel ni memang jadi rebutan kalau ada yang bawa kat sekolah... munna salah seorang yang terjebak dengan novel ni... dulu memang minat giler dengan penulis novel ni Ahadiat Akashah...


Masa tengok Trailer movie.. memang hati membuak-buak nak tengok movie ni kat panggung... tapi apakan daya kat Temerloh ni takde panggung wayang..nak turun kuantan malaslah pulak... gigit jari jelah. ini sinopsis untuk Filem ni:

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

PELAKON: Farid Kamil, Lisa Surihani, Raja Farah, Fazura dan Que Haidar




Tiba-tiba tengok dekat Astro Prima ada drama siri untuk citer ni... alahai sukanya munna dapat jugak nak tengok citer ni... tengok trailer macam best je lagi-lagi diaorang citer masa zaman kasyah sekolah lagi... memang munna tak sabar nak tengok cerita ni....

Sinopsis Drama Lagenda Budak Setan

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah (lakonan Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Mereka sering dikenakan tindakan disiplin dan turut melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (lakonan Maslina Nasir). Kehadiran Ayu di sekolah itu telah berjaya menambat hati dan perasaan Kasyah lalu membuatkan lelaki yang sebelum ini tidak pernah kenal erti kasih sayang jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dan perasaan sayang mulai bercambah. Walau bagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (lakonan Nas T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha (lakonan Arifah Damanhuri) untuk menambat hati Ayu semula. Ayu terpaksa menerima Azmi semula walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas menamatkan persekolahan, Kasyah membawa hatinya yang luka ke luar negara setelah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di sana. Tidak lama kemudian, Ayu juga ditakdirkan mendapat tawaran di universiti yang sama.

Di sini mereka bertemu semula dan Ayu yang sebenarnya memang berniat mencari Kasyah untuk menebus kesilapannya, berjanji untuk setia setelah mengecewakan Kasyah dan menerima Azmi dahulu. Di sinilah bibit cinta mereka bermula dan perasaan sayang kembali mekar.

Namun segalanya berubah apabila Azmi yang merupakan seorang kaki perempuan sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa Ayu. Sekali lagi dia menggunakan Mak Leha untuk memenangi semula hati Ayu. Ayu dijemput pulang oleh Azmi dengan alasan ibunya sakit kuat tapi setibanya di Malaysia, segalanya sudah diatur untuk Ayu bernikah dengan Azmi, dengan izin dari ibunya yang sebenarnya sihat walafiat.

Dalam dilema dan kepedihan, jiwa Ayu tewas dengan rayuan emaknya. Tanpa kerelaan, Ayu terpaksa memenuhi permintaan itu walaupun di sudut hatinya dia terluka dan kecewa kerana dia tahu yang dia telah melukakan hati Kasyah untuk kali kedua.

Hati Kasyah sekali lagi hancur berkecai sewaktu mendapat tahu berita itu dan kini dia tidak lagi seceria seperti sebelumnya. Dia menjadi tidak terurus dan jiwanya tiada lagi cahaya dan harapan untuk menjalani kehidupan mendatang membuatkan dia lebih gemar bersendirian.

Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi semakin berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan perangai “kaki perempuan”nya yang masih tidak berubah. Ayu sering dipukul dan disakiti. Pada satu malam setelah teruk dibelasah Azmi, Ayu telah melarikan diri dan di dalam kekalutan itu kereta yang dipandunya terbabas melanggar pokok.

Mujur nyawanya masih panjang tetapi seluruh wajahnya telah hancur, sehancur hati dan jiwanya. Azmi yang melihat wajah Ayu yang tidak lagi sempurna terus membawa Ayu ke Amerika untuk menjalani pembedahan kosmetik dengan seorang pakar yang terkenal dan Ayu hanya bersetuju jika wajahnya ditukar sama sekali. Ayu kemudiannya menuntut cerai kerana tidak mahu lagi kembali ke pangkuan suaminya dan Azmi terpaksa akur.

Dengan wang pampasan perceraian yang diterimanya dan wajah serta identiti yang baru, Ayu memulakan hidup baru dengan wajah baru serta nama barunya Emilia (lakonan Jue Aziz). Di sinilah satu episod baru bermula dan Ayu, yang kini dikenali dengan nama Emilia mencari semula Kasyah.

Ayu yang cuba mendekati Kasyah dengan identiti baru sebagai Emilia tetapi akhirnya Kasyah dapat juga mengesan identiti sebenar Emilia dan cinta Kasyah yang satu waktu dulu pernah dikongsi bersama Ayu masih tak berubah, malah sanggup menerima Ayu seadanya. Cinta mereka yang masih utuh membenarkan mereka kembali bersama.

Di sinilah keindahan hakiki mula berputik dan sesungguhnya cinta yang suci itu dicampakkan ke api menjadi seri, dicampak ke laut menjadi ikan. Bagaikan tiada apa yang berlaku sebelumnya, mereka meraih cinta sebagaimana pasangan bahagia yang lainnya.

Sehinggalah satu hari, Azmi sekali lagi muncul membawa petaka sehingga menyebabkan suatu kejadian. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita cinta ini?

Untuk mengetahui jawapannya, saksikan drama Lagenda Budak Setan yang bakal bersiaran setiap Selasa bermula pada 10 Ogos ini jam 10.30 malam menerusi Astro Prima di saluran 105.

Drama bersiri Lagenda Budak Setan turut menampilkan gabungan barisan pelakon baru dan lama dan diterajui oleh pelakon terkenal dan juga pengarah filem muda, Farid Kamil yang memegang watak Kasyah serta pelakon jelita yang baru meningkat naik,Maslina Nasir yang akan memegang watak Ayu.

Turut menjayakan drama bersiri ini ialah Jue Aziz sebagai Emilia, Melissa Maureen Rizal sebagai Katerina, Nas T sebagai Azmi, Arifah Damanhuri sebagai Mak Leha dan Ngasriah Ngasri sebagai Suzana.

Credit to Murai .Com


8 comments:

  1. Salam Sis Muna, me belum penah tgk pun citer LBS nih, Novel dulu me penah la baca...hope sgt dpt tgk Filem LBS if ade kuar DVD n the series jugak, coz me selalu berebot remote tv la sis, huks~

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi LBS ni.... tak booleh komen lebih2... ape2 pun nice en3.....

    p/s :Setahun sudah berlalu.... ramadan al-mubarak akhirnya kembali jua.... sempena kedatangan bulan yang mulia ini... saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.. :)

    ReplyDelete
  3. waahhh kire nyer yg bersiri nie lagik details la ekh..?? tq 4 d info

    ReplyDelete
  4. saya kan..novel pon xpenah baca lagi..filem pon tak penah lagi..drama lah harapan utk saya memahami LBS hihi

    ReplyDelete
  5. Dah pernah baca novel nie time sek. dulu. Peh tu..ahkak pun dah tgk movie nie...mmg besh! Tak sabo nak tgk sequal movie nie cam maner.

    ReplyDelete
  6. semalam first eps... boleh lah.... nampaknya gayanya munna akan follow citer ni...

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan

    singgah sini..
    angah tak sempat nak tengok..ngntuk sangat terus bummmm zzzzzzzz

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails