Sahabat Alam Maya

Friday, November 30, 2012

Durian Crepe Punya Cerita

Semalam munna ada buat entry pasal durian crepe ni kan. Munna buat sendiri je durian crepe tu, lepas mengkaji resepi dan cara-cara membuatnya kat blog kawan-kawan. Kebetulan ada banyak durian yang en abang bawa balik dari kampung jadi terhasillah durian crepe ni. Itupun percubaan kali kedua baru berjaya buat durian crepe yang cantik dan comel-comel


Crepe yang belum di balut dgn whipping cream dan isi durian.


Proses membungkus sedang dijalankan


Inilah hasilnya.... licin je permukaan kulit crepe tu


Setelah dingap separuh.... keratan rentas durian crepe munna


Ini hasil percubaan pertama... tengoklah tak lawa dan besar gedabak...

Patutlah durian crepe ni jadi fenomena sekarang ni... memang sedap rupanya terutama buat orang-orang yang memang peminat durian tegar macam munna ni.

Thursday, November 29, 2012

Durian Crepe... Akhirnya


Lepas penat jamu mata dan  telan air liur je kat depan pc.... dapat juga munna merasa akhirnya. Nantilah munna cerita ye... busy benor hari ni

Wednesday, November 28, 2012

Giliran Munna Pula Dah Sampai

Selama ini asyik baca kawan2 je yang ada masalah nak upload gambar dlm blog sebab quota dah penuh. Nampaknya giliran munna dah sampai pula. Kenalah gigih membaca membaca dan memahami tutorial nak tambah author baru dlm blog ini. Ok lah munna nak mengodek-godek blog ni ye kejap.

Tuesday, November 27, 2012

Rezeki Anak Felda

Alhamdulillah dah dapat merasa durian runtuh dari pihak Felda. En. abang munna anak felda jadi dapatlah habuannya. Walaupun tak banyak sebab dan di bahagikan dengan 8 orang adik beradik yang lain tapi syukur alhamdulillah ... ada juga rezeki.

Monday, November 26, 2012

Sepanjang Minggu Lepas







Antara yang dan selamat di hadamkan dalam perut munna


Kak meya yang jadi peneman munna untuk 2 minggu ini di ofis sebab nenek dia pergi Sabah.. jadi takde yang jaga kenalah angkut ke ofis hari2.


Friday, November 23, 2012

Alahai.... Nasi Arab Dah Habis


Semalam teringin nak mencuba  makan nasi arab kat restoran Al-Miftah. Sekali sampai kat sana pekerja dia kata nasi arab dah habis yang tinggal cuma nasi panggang je. Nasi arab kena tunggu lagi 20 minit, munna malas nak tunggu order je lah nasi panggang. Alahai tak merasa lagi makan nasi arab.

Wednesday, November 21, 2012

WW : Pray For Gaza


Bersama-samalah kita doakan....

Friday, November 16, 2012

Misi Bermula

Orang lain dah daftar agaknya.... tapi munna baru je nak survey tadika mana satu nak hantar kakak Meya tahun depan. Rasanya pilihan hati munna nak hantar dekat Pasti Aqliah je.... tapi nak survey tadika lain dulu mana tahu ada yang bagi lebih benefits ke?........

Sekejap je masa berlalu dah nak sekolah anak munna rupanya...

Wednesday, November 14, 2012

WW : Setuju?


Musim Agaknya

Satu family kena selsema dan batuk-batuk.... Harap-harapnya semuanya cepat sembuh. Ke klinik semalam tengok rata-ratanya sebab demam dan selsema. 

Monday, November 12, 2012

Asyik Tertinggal


Peel kakak meya sekarang ni suka sangat masuk kereta tak pakai selipar ... sudahnya org pergi jalan selipar tinggal kat luar kereta... dah sampai ke tempat yang di tuju ... barulah cakap selipar takde... kena beli baru jawabnya. Sekarang ni kena ada stock selipar dia dalam kereta .... tak daya beli selipar sokmo....

Saturday, November 10, 2012

Tempahan Apam Dot Dot .... Rezeki Musim Kenduri



Alhamdulillah .... musim orang naik pelamin... tempahan apam dot dot pun meningkat.

Munna terima tempahan sekitar Temerloh je...

Siapa yang berminat ... jangan segan2 email munna ye di manmunna@gmail.com

p/s : Gigih nak menyiapkan 400pcs apam dot dot... tapi versi strawberry

Friday, November 9, 2012

Tak Berkesempatan Nak Pergi Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus


Sayangnya... tak berkesempatan untuk pergi. Kawan munna yang pergi katanya meriah sangat kat sana.... sesak dengan orang ramai yang ingin mendengar ceramah Ustaz secara live. Siap dengan orang meniaga macam2 sepanjang jalan nak ke masjid. Bertambah rezeki.... cuaca pun baik... sebelum ni hujan aje. 

Sarapan Pagi Ini


Nugget untuk anak2 ummi ... keropok lekor untuk ummi la....

Thursday, November 8, 2012

Apesal Kat Sini Takde!


Alahai ! cuma ada kat tempat2 yang tertentu je. 

Antara Yang Diraikan Tahun Ini






Antara kek yang selamat kami sekeluarga makan sepanjang tahun ni bagi meraikan ahli keluarga tersayang yang bertambah umurnya. 

Wednesday, November 7, 2012

WW : Senyum Sokmo


Bila kumpul ramai2... mcm nilah jadinya

Tuesday, November 6, 2012

Ustaz Azhar Idrus Turun Temerloh



Tadi masa on the way nak ke office masa berhenti kat traffic light ternampak banner jemputan ke Kuliah Maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus pada 8 Nov ini di Masjid Temerloh Jaya. En abang munna mesti nak pergi nanti.... mana rodong2 yang berada kat Temerloh ni.... jomlah weii... kita pakai gi ramai2.. 

Monday, November 5, 2012

Tiba-Tiba Rasa Nak Sangat

Aduhai..... bila dah selalu sangat pegang newborn baby.... tiba-tiba je rasa kalau ada baby baru bestnya. 2-3 minggu ni asyik pergi tengok newborn baby je... ada cousin dan member yang dapat newborn baby... seronoknya. Munna suka bau baby.Yasmin pun dah besar kan.. jadi bolehlah kot kalau ada rezeki.... 

Pada kawan2 bloggers yang dah dapat baby baru munna ucapkan tahniah... yang bakal nak dapat baby pula  doakan dipermudahkan segala urusan ye.

p/s: Bestnya kalau dpt twins kan mcm blogger EMME

Friday, November 2, 2012

Marble Chocolate Cheesecake Punya Resepi

Pada yang bertanya tentang resepi kek marble chocolate cheese .. ni dia munna kongsikan. 



MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak



Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya
1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua 
     adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

Nota: Marble Chocolate Cheesecake juga boleh dikukus. Ia akan menghasilkan kek yang lebih moist (lembab) jika ia dikukus.

Tengah Best Layan Game Ni

Boss takde ni.... munna pun tengah best layan game ni... ntah sapa yang download game ni kat pc office ...  dah ada depan mata layan je lah... best jugak game ni



Bilalah castle munna nak complete sempurna ni....

p/s : bila takde boss je layan game ni semua...


Thursday, November 1, 2012

Perghhhh... Sejuk-Sejuk Pun Layan


Dah berkira-kira malam ni nak pergi Mentakab Star Mall... nak makan kat McD. Menu kat atas ni mesti munna order nanti... memang suka sangat McFlurry di McD

Menu Balik Kampung

Sempena Raya Aidiladha yang lalu munna ada sediakan buah tangan untuk di bawa balik kampung en abang munna. Selalunya memang ada juga buat biskut tapi tahun ni mmg takde buat kuih langsung jadinya sediakan je lah  puding karamel dan chocolate cheese marble untuk makan-makan kat rumah mertua nanti. 

Sepatutnya raya ni beraya di rumah mak munna tapi disebabkan tahun ni adik beradik en abang munna  ramai yang tak balik jadi kami sekeluarga ambil keputusan beraya di sana. Kesian tok mek dan tok ayah sunyi je di pagi raya nanti... jadi kami yang dekat ni bolehlah balik kesana. Lagipun dekat je. 


Puding Karamel ni tok ayah suka sangat


Chocolate cheese marble dan jadi kek wajib buat sekarang ni... semuanya suka


Dua-duanya munna buat dua bahagian ...  satu untuk rumah mertua dan satu lagi untuk rumah mak munna ... barulah adil namanya



Related Posts with Thumbnails