Sahabat Alam Maya

Friday, September 28, 2012

Pertama Kali Makan Ayam Penyet

Orang lain dah beribu-ribu kali agaknya... tapi munna inilah kali pertama makan nasi ayam penyet. Sedap rupanya terutama sambal dia tu.

Makan ayam penyet ni di Kuantan 



Order extra yang ini 


Munna punya set ayam penyet


En abang ambil set pecal lele

Mula-mula ajak en abang makan kat sini dia taknak ... katanya macam makan nasi ayam je... tapi bila dah terhidang depan mata... dia yang lebih2 makan ....

Memang berbaloi makan di sini rasanya ... memang sedap dan kena dengan selera munna dan en abang. Siap kata lagi kalau turun kuantan sinilah tempat port utuk makan2.

Thursday, September 27, 2012

Tempahan Apam Dot Dot Lagi


Alhamdulillah.... tempahan dari kak Ain.... 150 pcs.... Dari hari ini hingga Ahad akan sibuk dengan buat Apam je ......semoga semuanya  berjalan lancar  dan apam dot dot munna menjadi .....

p/s : masih x berkesempatan nak bw sibuk betul skrg ni.... maaf ye

Wednesday, September 26, 2012

WW : Colek Mangga


Perghh... sedapnya makan sampai ngilu gigi di buatnya

Tuesday, September 25, 2012

Sample Percuma Maggi Mi Goreng

Baru-baru ni munna ada terima sample percuma dari Maggi .... benda-benda percuma ni munna mmg suka.
Ingatkan apalah yang sampai kat atas meja ofis munna ni... rupanya maggi.





Ini dia dua perisa mi goreng dari maggi....

p/s : tapi munna lagi suka mi goreng dari mee sedap

Monday, September 24, 2012

Nasi Kukus Untuk Lunch Hari Ini



Nasi kukus Balqis .... sedap juga 

Majlis Birthday Eira

Sepatutnya entry ni sebelum bulan puasa lagi dah di publish kan... tapi munna ni... faham2 je lah ye...

Majlis sambutan harijadi anak buah munna Eira yang pertama ni langsungkan  bulan 7 hari tu lagi.


Antara kuih muih yang disediakan oleh kakak sulung munna


Mee hoon goreng untuk budak-budak


Tapai pulut yang di buat oleh en abang munna. Munna pandai bungkus je.


Gara-gara mee kari masa majlis ni lah... ramai yang minta en abang munna buat lagi masa jamuan raya hari tu


Kek untuk birthday girl..... tak sempat nak ambil gambar masa birthday girl tiup lilin.... sibuk melayan tetamu yang datang.

Thursday, September 20, 2012

Resepi Puding Tauhu Buat Kak Yon


Atas permintaan kak yon munna letakkan resepi puding ni. Banyak juga versi untuk puding tauhu ni, tapi munna selalu guna resepi dari My Resepi untuk buat puding ini...Alhamdulillah menjadi.... 

Munna copy paste je resepi ni dari My Resepi

Bahan-bahan
  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-Cara
  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  7.  Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..


Wednesday, September 19, 2012

Munna Sponsor Dessert

Masih lagi ceita pasal rumah terbuka munna.

Semua dessert masa majis ini munna sendiri yang buat.


Puding roti simple


Marble Chocolate Cheese cake yang paling laris masa majlis ni. 


Puding tauhu kegemaran munna.... sejuk je masuk kat tekak ni...

WW : Yasmin Yang Muncung


Yasmin yg moody ..... ummi nak ambil gambar dia muncung je....

Tuesday, September 18, 2012

Lemang Oh Lemang

Sebelum itu munna minta maaf kerana masih belum sempat untuk membalas komen dan jelajah ke blog2 kawan semua. Sibuk dan masalah internet di ofis.... munna akan cuba bw belah malam ye...

Berkisah dari cerita rumah terbuka munna lagi. Kali ini kisah lemang yang family munna sediakan sendiri untuk para tetamu yang datang.


Lemang buluh yang dicari oleh abang ipar munna. Hampir 40 batang semuanya.


Bahan penting digunakan semasa membuat lemang. 


Proses mengisi beras pulut ke dalam buluh. Mak dan makcik munna yang siapkan semuanya.


Membakar lemang di malam hari.


Pembakar lemang yang diimport dari seberang.... memang pakar suami isteri ni.


Inilah hasilnya..... boleh di makan dengan rendang ayam kampung


ataupun serunding.

Monday, September 17, 2012

Antara Menu Yang Di Hidang Di Rumah Terbuka Family Munna

 Layan jelah gambar menu2 yang telah di hidangkan masa jamuan tersebut.






Tak sempat nak snap gambar mee kari, agar2 santan  dan air sirap selasih dan epal asam boi. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriahnya. Nanti munna up cerita pasal menu ni semua ye

Rumah Terbuka Family Munna

Khamis lepas family munna buat majlis jamuan rumah terbuka buat secara kecil-kecilan saja. Tak banyak gambar yang munna sempat ambil hari tu. Sibuk melayan tetamu dan juga Yasmin yang agak moody hari tu.

Jamuan secara kecil-kecilan aje...tetapi  tetamu yang hadir alhamdulillah habis semua makanan yang di hidang.


Yasmin yang buat perangai hari tu... asyik menangis dan nak dukung aje...


Kakak meya maintain happy.... lagi suka sebab ramai kawan dia yang datang masa tu.


Tuesday, September 11, 2012

Tertunai Sudah Hasrat Di Hati

Dapat dah yang dihajatkan ini semalam. Memang sedap je bila masuk kat mulut.


Diberi pilihan samaada coklat atau strawberry .... pastinya coklat pilihan munna.


Order satu set dengan GCB


Perghhhh.... memang sedap GCB ni.....


Friday, September 7, 2012

Rasanya Nak Makan Ini Hari Ini


Jom serbu McD.... munna belanja.

Thursday, September 6, 2012

Cek Ketiga Daripada Nuffnang


Alhamdulillah...dah selamat pun duit ini di gunakan untuk top up beli bahan kuih raya hari tu..... TQ Nuffnang

Wednesday, September 5, 2012

WW : Sambal Hitam Kuala Lipis


Sepanjang Ramadhan yang lalu.... wajib ada sambal hitam ni masa bersahur

WW : Apam Polkadots Untuk Jamuan Raya


Hari isinin yang lalu ada jamuan hari raya dengan sahabat AIM.... stock kuih raya dah habis .. jadinya inilah penyelamatnya... 

Related Posts with Thumbnails