Sahabat Alam Maya

Thursday, September 20, 2012

Resepi Puding Tauhu Buat Kak Yon


Atas permintaan kak yon munna letakkan resepi puding ni. Banyak juga versi untuk puding tauhu ni, tapi munna selalu guna resepi dari My Resepi untuk buat puding ini...Alhamdulillah menjadi.... 

Munna copy paste je resepi ni dari My Resepi

Bahan-bahan
  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-Cara
  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  7.  Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..


24 comments:

  1. rasa dia jadi macam taufu fa ke?

    macam menarik je ni...lagi kalau makan sejuk2 kan..

    ReplyDelete
  2. Lepas tu makan masa cuaca panas huuiii memanglah terasa sejuknya tekak munna. sedapnya:)

    ReplyDelete
  3. ya Allah!! sedapnya munna!! serius terliur...ni yg rasa nak buat ni...

    tengs sharing resipi...

    ReplyDelete
  4. lama munna akak tak buat puding tauhu ni....
    anak2 suka sangat......

    ReplyDelete

  5. Terimakasih munna..dah terasa rasa dalam mulut akak. En.papa pun suka..tu yg rajin nak buat. :-)

    ReplyDelete
  6. unuk jugak resepi nih...bolehlah cuba..!!!!

    salam perkenalan, dtg singgah blog tuan rumah

    ReplyDelete
  7. salam munna
    Akak dah salin resepi ni..x sabar nak rasa kesegaran puding ni..tq

    ReplyDelete
  8. bestnya kak munna! :)
    nanti nadia nak teraii la.

    ReplyDelete
  9. nampak best sangat,
    kalau ada masa nak sangat cuba (:

    ReplyDelete
  10. menarikkkk

    thanks munna.. nk tgk bahan dulu..
    ayu suka bt.. y pemakannya xada

    ReplyDelete
  11. Hello! Educate your kids with our islamic learning tools... it's fun and cute!

    Http://muslimkidsshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. macam sedap jer,.. tp warnanya mmg putih je ke.. tapi tentu sedap kan, nak copi paste resepi aar

    ReplyDelete
  13. wah, lepas ni bole belajar masak resepi ni

    ReplyDelete
  14. assalam
    akk panggil puding coktail laici..memang sedap sb lembut mcm tauhu tu kan..sdp makan sejuk2 lg byk laici lg best..

    ReplyDelete
  15. Nampak sedapnyer..besh nie kalo makan waktu cuaca panas...mesti terasa sejuk jer lepas nie.

    Nak cubalah...

    ReplyDelete
  16. sedapnye..kak Munna! leh order tak, hehehe...
    *malas ni mak buyung ni, main order je, hehehe...

    ReplyDelete
  17. macam sedap je.....macam nak try je...musim panas ni mkn pasti sedap

    ReplyDelete
  18. macam sedap je....mcm nk try je.... musim panas makan sodap ni...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails