Sahabat Alam Maya

Wednesday, August 4, 2010

Cara Penyusuan Susu Yang Betul

Munna sekarang tengah fully breast feeding anak munna yang kedua. en3 kali ni khas untuk ibu2 dan bakal2 ibu semua. sumber pengetahuan munna pinjam dari blog kak engku yg memang pakar tentang hal ni


Cara Penyusuan Yang Betul

Menyusukan bayi tidak semudah yang kita sangkakan. Malah kita tidak akan berjaya hanya dengan sekali melakukannya. Jadi jangan mudah putus asa selepas anda mempelajari teknik penyusuan yang betul.

Sebelum Menyusukan Bayi


Lembutkan payudara dengan meletakkan kain tuala yang hanya pada payudara selama beberapa minit atau berdiri di bawah air pancuran (suam).

Urut Payudara

Dengan perlahan menggunakan tangan. Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak. Gerakkan jari anda ke bawah ke arah aerola.

Mencari Puting

Bagi menyusukan bayi baru pastikan anda duduk selesa dan letakkan bayi pada kedudukan yang betul. Bayi akan mempunyai refleks naluri yang menyebabkannya mencari puting payudara untuk memperoleh makanan. Ini merupakan refleks berakar. Hingga kira-kira hari ke 10 hidupnya, rangsanglah refleks ini dengan mengusap pipinya. Bayi akan berpaling ke arah payudara dan mencari puting anda.

Melekap

Sebaik sahaja melekap pada payudara, bayi menghisap payudara dengan menggunakan rahangnya dengan cara menekan takungan susu pada dasar aerola. Sekiranya bayi hanya menghisap puting, anda akan berasa sakit dan dia pula tidak memperoleh susu.

Selepas Bayi Sendawa Atau Tidur

Dia mungkin cukup lapar hingga mengeringkan susu dari payudara pertama. Bila bayi telah kenyang, dia mungkin akan tertidur dan puting akan keluar dari mulutnya. Untuk giliran menyusu seterusnya, tawarkannya payudara yang satu lagi.

Memicit Keluar Susu Dengan Tangan

Sokong payudara dengan sebelah tangan dan mula mengurut ke bawah dari bahagian atas payudara. Gunakan seluruh tangan anda untuk mengurut payudara. Urutkan semua kawasan di sekeliling payudara termasuk di sebelah bawah.

Lengkapkan sekurang-kurang 10 putaran. Ini membantu pengaliran susu melaui saluran. Tekan ibu jari dan jari telunjuk bersama-sama dan pada masa yang sama tekan ke belakang. Susu sepatutnya terpancut keluar melalui puting. Lakukan selama 2 minit.

Memerah Susu Menggunakan Pam

Sterilkan semua peralatan dan cuci tangan anda. Pasang pam dengan lengkap. Lembutkan payudara dengan air suam dan urutnya sama seperti urutan apabila anda hendak memerah susu menggunakan tangan. pastikan anda memasang pam dengan betul dan mula mengepam susu daripada payudara. Tutup susu yang telah diperah dengan ketat dan masukkan ke dalam peti ais atau sejukkan dan didinginbekukan sehingga diperlukan.

Menyimpan Susu

Tuang susu ke dalam botol dengan menggunakan satu corong. Anda boleh mendapat kira-kira 60ml susu pada minggu awal. Pastikan anda menggunakan peralatan yang sudah disterilkan. Tutup botol dengan ketat dan masukkan ke dalam peti sejuk atau sejukkan dan dinginbekukan. Cairkan selama 4 jam pada suhu bilik. Jangan biarkan puting tercelup ke dalam susu. Jika anda hendak mendinginbekukan susu, jangan sertakan puting susu.

3 comments:

  1. Nice friend...visit my latest entry that goin' to touch ur heart..hopefully ;D

    ReplyDelete
  2. muna tahu tak saya tak ada pengalaman ini...anak saya tak menyusu badan. masa dia kecik kalau bagi jugak muntah dia...sedih tau

    ReplyDelete
  3. munna pun anak pertama tak berjaya susu kan anak dgn BF ... maklumlah masa tu tak tahu sgt pasal BF dan kebaikanya... tetapi sejak dah tahu kebaikan susu ibu munna cuba macam2 cara untuk pastikan bagi anak munna yg kedua dengan susu ibu sampai umur dia 2 tahun...Insyaallah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails