Sahabat Alam Maya

Wednesday, January 30, 2013

Dugaan Lagi

Ya Allah ...... berikanlah kami kekuatan menempuhi dugaan ini. 

Petang semalam keluarga munna dikejutkan dengan berita anak saudara munna iaitu anak bongsu kakak munna yang sulung terlibat dengan kemalangan. Setakat semalam dah di sahkan oleh doktor ada darah beku di kepalanya. Saat mendengar khabar sebegini memang tak terkata dah perasaan munna waktu itu... inikan pula kakak munna. 

Mohan sahabat doakan anak buah munna ye. Tahun ni dia nak ambil PMR semoga dia lekas sembuh dan diberikan kekuatan. Setakat ni dia sedar dah boleh bercakap ... cuma nampak agak mamai kesan dari keaadaan kepalanya. 


Tuesday, January 29, 2013

Ikan Siakap Stim Kali Pertama

Ini first time munna masak ikan siakap stim... selalunya makan kat kedai je. Saja nak mencuba alhamdulillah menjadi.


Inilah rupanya..... hirup kuah tu tengah panas-panas sedapnya.


Lauk sampingan ... daging goreng kunyit


Sup sayur campur untuk 2 orang puteri munna.... meya kalau ada kentang memang dia suka .... habis kentang tu je yang dia pilih makan.

Patin stim asam boi pun sedap juga.... lepas ni nak cuba resepi tu pulak... jemu juga asyik masak patin tempoyak je....

Friday, January 25, 2013

Melawat Kawasan

Cuti Maulidur Rasul semalam di habiskan dengan membersih kawasan tanah lot yang munna beli tahun lalu. Pakat gotong royong dengan family kakak munna untuk bersihkan kawasan tanah tu.
Kakak munna pun beli 1 lot berhadapan dengan munna dan mak pula 1 lot. Kami 3 beranak ambil lot yang hujung sekali.


Kaum Adam sedang melakukan kerja-kerja  pembersihan.


Dah ada jiran munna yang mula membina rumah mereka....


Tak sampai setengah jam kat sini ... hujan lebat turun... terpaksa duduk dulu terperap dalam kereta. Semoga perancangan munna nak membina rumah sendiri akan segera tercapai. Bila tengok rumah jiran ni dah nak siap... berkobar-kobar rasa hati nak buat juga. Tapi modal masib belum mencukupi.Bersabarlah duhai hati.



Wednesday, January 23, 2013

WW : BE


Alhamdulillah... BE ketiga untuk tahun 2013

Semangtnya Kakak Meya

Walaupun badan dia panas dan selsema tapi nak juga pergi sekolah.... Tapi kesian kan dia takut nanti melepek je kat sekolah munna kata hari ni sekolah cuti... barulah dia senyap. Semoga kakak meya cepat sembuh ..... Baru je mula sekolah dah kena ambil cuti sekolah.

Tuesday, January 22, 2013

Kerepek Ngaku Lagi

Sebab budak berdua kat rumah ni suka sangat dengan kerepek ngaku... rajinlah munna buat stock kerepek ngaku ni kat rumah. Memang sekejap je licin kerepek ni kalau budak berdua tu makan.


Ngaku yang munna beli di pasaraya TF kat Temerloh ni. Hari tu ada yg bertanya mana munna beli ngaku ni kat area Temerloh. Kalau kat Tunas Manja pun boleh dapat ngaku ni... tapi rasanya dekat TF   harga lebih murah dan buah pun stock yang baru.


Ngaku yang dah di kupas kulitnya. Lepas ni sagat dan terus goreng. Sebelum angkat munna masukkan sedikit air garam untuk sedapkan lagi kerepek ngaku tu nanti.


Hasilnya.... lemak manis masin gitu rasanya kerepek ngaku ni.

Monday, January 21, 2013

Selera Mat Salleh Pagi Ini

Hari ni munna sarapan pagi ala-ala orang mat salleh ye. Ni kakak meya yang request. Pizza blackpaper tapi bukan munna yang buat, cuma beli kat pasar malam je. Request kat budak jual tu nak extra cheese dan tak payah bakar sebab munna nak bakar sendiri kat rumah.


Pagi ni sebelum masuk oven munna tambahkan lagi sosej kesukaan yasmin dah tambah juga lagi kepingan keju chisdale kat topping pizza ni.


Dah siap bakar... dan dah hadam pun dalam perut kami anak beranak Alhamdulillah.... sedap juga walaupun cuma dari pasar malam je. Harga pun boleh tahan size regular ni budak tu jual RM 15 aje.



Friday, January 18, 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 Finale


Malam ini finale bagi program Maharaja Lawak Mega. Tema minggu terakhir ni ialah muzikal komedi dan freestyle. Siapalah agaknya yang bakal di nobatkan menjadi juara.
Pilihan pertama munnna rasanya kalau ada Johan munna rasa Jozan mungkin boleh menang, tapi sebab dia takde nampak Zizan macam susah nak buat lawak seorang2 kat atas pentas tu. Tapi mana tahu kalau Johan buat come back untuk finale ni.

Kalau tak mungkin Jambu akan jadi juara, memang lawaklah diaorang berdua ni. Shiro pun hujung-hujung ni munna rasa diaorang punya persembahan memang lawak, memang boleh bagi saingan sengit pada otai2 yang lain. Apa-apa pun kitu tunggu dan lihat malam ni.
Pic ehsan en google






Thursday, January 17, 2013

Mengisi Masa Lapang


Gigih belajar jahit manik sekarang ni.... baru dua pattern ni je yg pandai... banyak lagi nak kena belajar lepas ni.... TQ pada kak Afzan biras kakak munna yang sudi ajarkan...

Wednesday, January 16, 2013

WW : Tanda Nama


Mudah dah sekarang ni.... zaman munna dulu name tag kena pergi tempah untuk ukir nama... hilang pun sokmo asyik lupa je letak kat mana...

Tuesday, January 15, 2013

Mesti Suruh Anak Yang Tulis Ni

Balik kerja semalam.. jumpa iklan ni kat cermin depan kereta munna


Beli baca tergelak jadinya tengok tulisan dia....


Ni mesti suruh anak je yang tulis....... 

Monday, January 14, 2013

BE Pertama Dan Kedua 2013


Alhamdulillah... dapat lagi BE baru dari Nuffnang. Walaupun agak kurang update dan blogwalking tapi masih ada BE yang menyinggah kat sini. Tq Nuffnang.

Nak membalas jejak lepas ni.....

Thursday, January 10, 2013

Berkesannya Cakap Cikgu

Sejak kakak meya sekolah ni... memang banyak sangat perubahan pada dia. Memang pesan cikgu dan kata-kata cikgu dia ingat sangat. Paling ketara pakai baju, dulu susah sangat pakai baju kat rumah... nak tidur mesti bukak baju. Bila munna suruh pakai baju alasan dia abah pun tak pakai baju juga. Puas pujuk dia buat tak kisah je.

Tapi sejak sekolah ni.... tak payah suruh memang dia cari baju sendiri dalam almari siap marahkan Yasmin bila adiknya tak pakai baju.Katanya cikgu suruh tutup aurat selalu sebab dia perempuan. Balik je rumah terus nak pergi  cuci bilik air sebab cikgu suruh anak2 tolong ibu cuci tandas sebab sebab ibu dah penat memasak. Alhamdulillah... semoga semangat ni terus ada dalam diri kakak Meya

Wednesday, January 9, 2013

Hari Ke 2 Dah Tertukar Beg Sekolah

Semalam hari kedua kakak meya bersekolah dah jadi eksiden tertukar beg sekolah. Ni gara-gara beg sekolah sebiji serupa sama dengan kawan dia di Pasti Aqliah.


Ini beg sekolah kakak meya....


Ini beg yang tertukar... adik Nurul Hannan yang punya


Kat dalam beg tu ada sepasang baju ... mungkin untuk Hannan pakai kat rumah pengasuh atau taska lepas sekolah... alahai kesiannya ... tak berganti lah baju sekolah dia semalam.


Ini beg sekolah Yasmin.... sibuk tgk kakak dia ada beg dia pun nak juga... semua yg munna beli untuk  kakak meya kena beli untuk dia juga.

Pagi ni hantar meya ke sekolah, pesan pada cikgu ... takut tertukar lagi... kesian kan Hannan nanti.

WW : Baju PJ


Hari ni tak pakai uniform .... cikgu meya kata ada PJ.

Tuesday, January 8, 2013

Musim Ngaku Dah Bermula


Dah nak dekat tahun baru cina ni... banyaklah ngaku yang dijual kat pasaraya. Belilah sekilo sebab teringin nak makan kerepek ngaku ni... Harga masih lagi mahal sekarang ni.... Best layan kerepek ngaku ni sambil tengok tv.

Monday, January 7, 2013

Hari Pertama Kakak Meya


Punyalah bersemangat kakak meya nak pergi sekolah hari ni... siap bangun awal lagi. Alhamdulillah ..semuanya berjalan lancar untuk hari pertama kakak meya di Tadika Pasti Aqliah. Meya pun tak meragam ... munna tunggu sekejap je lepas tu terus balik. Jemput balik macam-macam yang dia ceritakan. Seronok bila tengok dia gembira... semoga terus bersemangat dan belajar baik2 ye kakak meya.

Friday, January 4, 2013

Buah Tangan Dari Pulau Pangkor


Sukanya bila dapat buah tangan dari orang yang pergi bercuti. Kali ini dapat dari boss munna yang pergi bercuti di Pulau Pangkor. Ada key chain, udang sakura, satay ikan, ikan bilis dan belacan. 
Terima kasih boss.

Wednesday, January 2, 2013

Bermulanya Sesi Persekolahan

Rata-ratanya hari ni semuanya update pasal anak masuk sekolah ye... anak munna pun dah mula tadika tahun ni... cuma sesi pembelajaran cuma akan bermula pada 7/1/2013 nanti.... Minggu ni cuma sesi pembayaran yuran sahaja... ok jugak takdelah serabut sangat. Kat office pun hari ni cuma munna je seorang yang ada ... yg lain ambil cuti untuk uruskan persekolahan anak2 mereka. Terujanya anak yang nak sekolah tapi mak bapaknya pulak yg lebih2 termasuklah munna.

Tuesday, January 1, 2013

Durian Crepe Beli


Selama ini munna buat sendiri je durian crepe.... kali ni kebetulan jumpa yang di jual siap di kedai, apalagi rembat lah nak rasa sendiri. Bila dah makan rasanya sedap lagi yg buat sendiri ... yang ini kurang isi duriannya. Size pun kecik je.....

Pertama Untuk Tahun 2013

Selamat tahun baru semua... semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya....Banyak yang dah di rancangkan tahun ini... semoga semuanya dapat di sempurnakan.

Entry pertama untuk tahun 2013 ini
Related Posts with Thumbnails