Sahabat Alam Maya

Wednesday, April 25, 2012

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Jalan-jalan ke blog kawan-kawan munna terpaut dengan entry dari Yatzakie ni. Besarnya dugaan buat suami apabila isteri yang baru sahaja di kahwini di duga dengan dugaan yang berat. Teringat munna dengan kisah Norma.


Terharu munna membaca pengorbanan En Abil Fitri yang menjaga isterinya yang diserang penyakit saraf otak. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini dan kuat demi isterinya yang dicintai.

WW : Kesukaan Yasmin


Macaroni goreng makanan kegemaran Yasmin sekarang ni... seminggu 2-3 kali masak ni untuk Yasmin

Tuesday, April 24, 2012

Jom Mandi Manda Di Air Terjun Chamang

Hujung minggu yang lalu munna dah ahli keluarga yang lain semuanya pergi mandi manda menyejukkan badan kat Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang. Ramai juga ahli rombongan yang turut serta 4 buah kereta yang pergi semuanya full dengan umat manusia kat dalam tu.


Mencari tempat yang sesuai untuk budak2 mandi. Dah berasap kat tepi tu...sebab kami buat bbq sekali. 


Seronok budak-budak ni mandi.


Cucu munna.... mula-mula takut nak celup dalam air bila dah ok dia pulak yang tak nak balik lagi hari tu.



Anak-anak buah lelaki... macam2 aksi stunt yang diaorg buat hari tu.....

Gambar bawah ni ehsan dari google


Jambatan gantung ni seram munna nak naik...

Sunday, April 22, 2012

Konsert Mania Minggu Ketiga Terbaik


Program Mania ni buat munna setia di depan tv setiap minggu pada hari sabtu malam. Dah masuk minggu ketiga, semua artis buat persembahan yang terbaik dan mantap. Susah nak pilih artis yang mana satu harus diundi keluar setiap minggu kerana semuanya hebat-hebat dan sentiasa membuat yang memukau. 

Setakat ni munna suka Stacy sebab persembahan dia pelbagai dan sentiasa berubah setiap minggu, Jaclyn Victor pun best juga lagi2 dengan vokal dia yang mantap, Hazama pun best sentiasa ada kelainan pada persembahan dia setiap minggu tak lupa juga Hafiz dan Akim.

Rasanya konsert Mania malam tadi memang terbaik ...semuanya bagi persembahan yang mabtap dan meletopsss.......

Friday, April 20, 2012

Ada Rezeki Lagi

Alhamdulillah ...dapat BE baru lagi dari Nuffnang. Nampaknya ada lagi rezeki untuk bulan ni.


Ini BE terbaru bulan ini


Semoga bertambah jumlah earning tu.

Thursday, April 19, 2012

Makanan Barat Tapi Rasa Melayu

Macaroni kalau goreng memang anak munna suka sangat terutama Yasmin. 


Macaroni goreng campak-campak je... munna punya mesti kena banyak bawang goreng...

Wednesday, April 18, 2012

WW : Pilihlah Yang Mana Satu


Cantik Proton Preve baru ni...

Tuesday, April 17, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Tengahari ni layan kerepek ubi pedas je... memang sedap yang akak kedai ni jual. Rangup dan pedas-pedas manis memang kena dengan tekak munna rasanya


Bila tengok kerepek ubi pedas ni teringat zaman kanak2 kanak munna. Dulu mak munna jual kerepek pedas ni... munna dengan kakak akan pergi ke asrama sekolah sebelah rumah ni dah jual pada kakak-kakak kat asrama tu. Seronok rasanya sambil berjual dapat pula kakak-kakak angkat masa tu.


Begitu cepat masa berlalu dulu dan semuanya kenangan indah buat munna.

Friday, April 13, 2012

Sold Out Sokmo

Sokmo?....faham kan maksud sokmo tu apa.

Malam tadi ke Mentakab Star Mall lagi. Saja nak tengok progress di sana dan bawa budak2 berdua tu jalan-jalan. Hajat utama nak beli donut kat Big Apple sebenarnya.


Bawa balik je kalau makan kat sana habis comot budak berdua tu nanti


Aiseh.. tinggal perisa ini je yang munna suka semuanya dah sold out... beli juga sebab kakak Meya suka sangat dengan donut ni.

Hajat di hati nak makan kat  Shushi King... tapi budak berdua tu mengamuk nak ke Mc Donalds sebab nak main kat dalam tu. Pendamlah lagi hasrat di jiwa. 

Sesi Terapi Sebentar

Layan katalog Alfio Raldo hilang mengantuk di mata ni sekejap. Nak usha mana tahu ada yang berkenan di mata dan juga di hati.



Aiseh lawalah yang kaler merah ni..siap ada long strap lagi....


Ni pun cantik dan colourful sangat ..ceria je ....

Ada dah yang berkenan di hati.... ting tong....

Thursday, April 12, 2012

Kalau Dah Nak Sangat

Tiba-tiba rasa nak makan durian. Minta en. abang belikan.
Tanya nak berapa biji munna kata sebiji dah cukup.



Bila dah makan alahai tak cukuplah pulak.. dah ummi dan anak-anak semuanya suka makan durian lagi-lagi Yasmin yang dah pandai makan durian sekarang ni. Nak kena minta en abang beli lagilah nanti.
Susah juga nak dapat durian sekarang ni bukan musim kan... itupun sebiji yang beli tu pun dah cecah RM 15.

Wednesday, April 11, 2012

Terkini : Gempa Bumi Landa Acheh Dan Amaram Tsunami Di Keluarkan

Dari berita tadi munna dapat tahu berkenaan gempa bumi yang melanda Acheh hari ini. Setakat ini amaran Tsunami telah pun di keluarkan. Semoga tiada tsunami yang akan berlaku. Marilah kita doakan bersama-sama

Sebentar tadi, sebuah gempa bumi dengan skala yang sangat besar iaitu 8.9 skala Richter telah melanda Acheh  dan gegaran dapat dirasai hampir di semua tempat di Malaysia.Gempa bumi tersebut dicatatkan  Kalau ada sesiapa yang perasan, memang ada gegaran kecil dirasai. Aku sendiri rasa sebab rumah di tingkat 4. Dan Agensi Geofizikal Indonesia telah mengeluarkan amaran Tsunami yang mungkin melanda ekoran dari gempa bumi tersebut. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia 
AMARAN UNTUK SEMUA YANG BERADA BERHAMPIRAN PANTAI, SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA JAGA DAN  JAUHKAN DIRI ANDA DARI KAWASAN PANTAI SEHINGGA AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK KERANA MUNGKIN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN . SILA PATUHI AMARAN PIHAK BERKUASA DAN UPDATE BERITA DARI SEMASA KE SEMASA.
Berikut adalah info berkaitan gempa bumi yang berlaku sebentar tadi
image
Berikut adalah pusat gempa yang berlaku sebentar tadi . Info awal mengatakan gempa bumi berskala 8.9 tetapi laman web geologi menyatakan ia berukuran 8.6 skala Richter
Sama sama kita berdoa semoga tak ada sebarang kejadian buruk berlaku . yang penting sila maklumkan kepada sahabat, rakan dan keluarga untuk menjauhi kawasan pantai bimbang jika ada sesuatu yang berlaku. Nauzubillahiminzalik.
UPDATE TERKINI!!
  • Waktu Ombak dijangka sampai di Malaysia
    • Georgetown –9.11pm (11 April 2012)
    • Port Dickson – 2.10 am (11 April 2012)
    • Singapore – 7.51 am (12 April 2012)
  • Student Malaysia di Acheh kini dalam operasi menyelamatkan diri dan telah dipindahkan ke kawasan Masjid  Unsyiah dan jauh dari Pusat Kota dan dikhabarkan air sedang naik ke kawasan tanah tinggi. Doakan rakan rakan kita disana selamat dari sebarang bencana. 
  • Dikatakan Ombak setinggi 6meter telah melanda kawasan Pulau Simeulu . Kelajuan ombak dikatakan mencecah 756km/j .
  • Ombak dijangka sampai ke Malaysia lewat petang atau malam.

    Sumber Credit kepada Harilhafiz Blogspot

WW : Selamat Merehatkan Diri


Selamat bercuti semua...apa program hari ini...

Tuesday, April 10, 2012

Ariana's Story Suka-Suka Giveaway

Dah lama juga tak join GA rasanya. Kali ni munna nak join GA dari blog kak Ariana pula.


Klik banner untuk join yer....

Destinasi percutian yang munna tak boleh lupakan ialah percutian di Langkawi kerana kali ini percutian ini di sertai oleh ramai ahli keluarga munna. Bila dah ramai-ramai banyak ragam dan karenahnya tapi seronok dan meriah rasanya.

Sedap Juga!

Jalan-jalan ke pasar.  Jumpa kuih ni... sedap juga rasanya... tapi sayang munna lupa apa nama kuih ni. Hari tu tanya dah pada akak yang jual kuih ni ..tapi munna lupa lah pulak...



ada kawan-kawan yang tahu nama kuih ni tak?

Monday, April 9, 2012

Bantuan Rakan-Rakan Diperlukan

Munna cuma copy paste je artikel ni dari blog Sinar Raudah. Semoga adik sepupu blogger Amy Syaquena pulang semula ke pangkuan keluarga dengan segera dan selamat.

Salam pagi isnin semua...

Firstly saya nak minta jasa baik rakan² blogger serta pembaca² sinar raudah , untuk kongsikan artikel ini. Terima kasih saya ucapan sekiranya ada yang sudi membantu , hanya Allah saja dapat membalas budi baik anda semua..

Muhammad Nurisma Ikmal Bin Zaini , berusia 14 tahun telah di laporkan hilang apabila beliau telah keluar dari rumahnya hampir 2 minggu yang lalu.. Beliau merupakan adik sepupu saya yang tinggal di Melaka. Selama tempoh 2 minggu itu ibu saudara saya tidak tidur malam memikirkan tentang anaknya.. Pencarian telah di lakukan di sekitar Bandar Raya Melaka tetapi sehingga ke hari ini masih tidak di temui.

Laporan polis telah pun di buat , malah kehilangan adik sepupu saya ini juga telah di siarkan di dalam harian METRO pada 3 April lalu. Tapi sehingga kini masih tiada khabar berita mengenainya..Saya minta jasa baik rakan² semua sekiranya , pernah ternampak atau terjumpa wajah adik ini minta anda terus menghubungi di talian ini 0136428520.. Atau sekiranya anda sudi membantu, minta kongsikan di laman belog.. moga dengan cara ini adik sepupu saya dapat di temui dengan segera...

Sesiapa yang mempunyai akaun facebook juga boleh kongsikan di laman facebook anda , dengan hanya menekan button share untuk kongsikan artikel ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas keperihatinan dan bantuan anda semua. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda...

Muhammad Nurisma Ikmal Bin Zaini
Berusia 14 tahun
Dari Melaka
0136428520

Teringin Nak Makan iNI


Menggoda jiwa dan nafsu betul... nak pergi carilah hari ini... harapnya berjumpa

Friday, April 6, 2012

Angsa Ganas VS Beruang Comel

Siapa agaknya yang menang minggu ini dalam Super Spontan



Munna tetap setia dengan Angsa Ganas 

Gegirl Makan-Makan Di e-Station Cafe

 Gegirl lah sangat ... padahal dah jadi nenek dan mak budak pun yang join makan-makan ni


Mak munna dan kakak munna .... aksi cover line mereka sebab munna snap gambar diaorang kata nak masukkan dalam FB.


Inilah gegirl yang sebenarnya... anak buah munna. Lepas SPM jadi mengikut jelah mana nenek dia nak pergi. 

Sebenarnya mak munna ada temujanji di hospital jadi anak buah munna je yang free jadi dialah jadi bodyguard nenek dia. Bila dah selesai urusan di hospital kakak munna yang jemput diaorang. Kebetulan hari tu mak munna nak terus ke bandar sebab nak cari beberapa barang lagi persiapan dia nak pergi umrah bulan 5 nanti jadi dia ajak munna join lunch sekali. Sekali diaorang suruh munna pilih tempat nak makan jadi munna bagilah cadangan makan di e-Station Cafe sebabnya teringin nak makan sushi kat situ.

Antara makanan yang diorder hari tu


Nasi lemak dengan rendang daging


Kuew teow kung fu

Chicken Mermite Rice


Inilah pujaan hati munna... Shushi yang pelbagai....


Beverages.... munna semestinya Mocha Blend tu.... Jasmine tea tu munna tak boleh telan lah... terasa sangat macam telan bunga yg banyak kat tanah perkuburan tu...


Total semua makanan pada hari kejadian.... rasanya ada satu hidangan yg munna tak sempat snap gambar... nasi goreng thai rasanya. Terima kasih pada kakak munna kerana menaja makanan kami semua pada hari tu... lain kali belanja lagi ye...






Thursday, April 5, 2012

Indahnya Ciptaan Allah



The Firefly Squid spesis sotong bioluminescent dilengkapi dengan organ-organ yang menghasilkan cahaya khas yang dipanggil photophores yang mengeluarkan cahaya biru. Kebiasaan makhluk ini hidup dikedalaman 1200 kaki. Lokasi gambar ini di Toyama Bay, Jepun.

Sesi Bayar Hutang

Minggu ini walaupun ada entry dari munna tapi blogwalking memang terbatas sangat. Memang busy dengan kerja-kerja di office.. hanya beberapa blog je yang sempat munna terjah dan tinggalkan komen. Jadi hari ini kerja semua dah siap dan ada kelapangan jadi bolehlah blogwalking sepuasnya. Munna nak bayar hutang ni... tunggu ye!!

Wednesday, April 4, 2012

WW : Nak Makan Tak?



Amacam!.... ada berann!! 

Tuesday, April 3, 2012

Menambah Koleksi Ariani

Alang-alang ke Kuantan nak collect kupon Gambang Waterpark dari Kak Ieda hari tu. Singgah sebentar ke Butik Ariani, kebetulan pula ada sale kat sana sempat lah munna rembat tudung kat sana.

2 warna yang jadi pilihan hati
Kalau Ariani munna suka yang Tiara 120 sebab agak labuh dan selesa bila memakainya. 


Alang-alang buat kad ahli sekali dapat juga potongan tambahan bila ada sale lagi nanti.

Monday, April 2, 2012

Tak Kering Gusi Layan Super Spontan


Walaupun dah ulang kali tengok kat Astro Warna tetap ketawa tak kering gusi dibuatnya... Dua-dua kumpulan iaitu Angsa Ganas dan Beruang Comel sama-sama hebat dan Lawak. Pilihan Munna mestilah Angsa Comel sebab ada Zizan Raja Lawak. 



KL, 22 MAC 2012: Seronok betul Murai Batu melihat iklan TV untuk program baru di Astro Warna iaitu Super Spontan.
Dari segi gaya persembahan promo yang telah disiarkan dibeberapa saluran Astro, Murai Batu yakin program ini mampu melakar sejarah baru lagi buat Astro Warna yang kini dikenali sebagai saluran jenaka pilhan rakyat tempatan.
Mungkin juga, seperti mana sejarah yang telahpun dicipta Astro Warna menerusi program Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Siap dapat anugerah lagi.
Namun, Murai Batu dapat merasakan pasti ramai penonton setia saluran itu tertanya-tanya apakah sebenarnya Super Spontan?
Adakah ianya sebuah program lawak semata-mata atau pun sebuahgames show ala-ala program 1 VS 0 yang diacarakan oleh Didie Alias dan Enot?
Selepas mengorek rahsia dari orang terdekat program ini, Murai Batu diberitahu Super Spontan boleh diibaratkan sebagai sebuah program TV yang perjalanan aturcaranya mirip seperti program Maharaja Lawak Mega.Wow! Betul kah begitu?
Murai Batu difahamkan lagi Super Spontan boleh dikatakan lebih hebat dari Maharaja Lawak Mega kerana ia bukan saja mendapat penyertaan dari pelawak tempatan tetapi juga turut disertai oleh selebriti tanahair yang bergelar penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio.
Murai Batu dimaklumkan lagi, antara nama selebriti tempatan yang bakal terlibat dalam program ini adalah Adibah Noor, Rashid Salleh dan Reza. Oops, bukan Reza Mohammed pengacara Propaganza tetapi Reza Zainal Abidin.
Dalam pada itu, ada juga sumber memberitahu bahawa Super Spontan bukanlah program lawak semata-mata kerana khabarnya, program ini adalah sebuah program realiti yang mencari selebriti tempatan yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi serta bijak pandai.
Dalam erti kata yang lain, Mania mahu mencari Superstar Malaysia manakala Super Spontan mencari Super Intelligent Komedian di kalangan selebriti tempatan. Apa yang penting, Murai Batu sudah teruja mahu menyaksikan program ini. Anda bagaimana?
Related Posts with Thumbnails